Adv

Showing posts with label pemeriksaan kehamilan. Show all posts
Showing posts with label pemeriksaan kehamilan. Show all posts

Sunday, July 6, 2014

Columbia Asia Hospital Puchong - 8th check up

Selamat menyambut Ramadhan diucapkan kepada semua.. Ramadhan pada tahun mmg amat2 bermakna bagi kami sekeluarga kerana kami akan menyambut cahayamata tersayang kami..huhu.. Nervous yet excited! Berpuasa pada kali ni mmg mencabar keimanan. Tak larat, bosan tapi alhamdulillah setakat ni masih boleh bertahan.

Doktor dah set appointment check up setiap 2 minggu. Check up ni 1st week of puasa. Susah rasanye kalau nak buat urine test mase puasa. Sbb tak minum air. So, aku terpakse tahan buang air kecik dari pagi..huhu.. Sepatutnya husband tak dapat ikut sbb ada urusan kerja tapi tetibe boleh plak die teman aku.. Aku kesian gak dengan husband, setiap check up kene amik time-off. Kene plak lepas ni aku akan pegi check 2 minggu sekali, kesian plak die kene amik time-off setiap 2 minggu. Aku tak kisah sebenarnya sama ada husband ade atau takde. Lebih2 lagi sesi check up tu sekejap je dan selalu tak de problem. Cume husband suke join sekali sbb nak tengok baby..hihi..

Hari ni cepat plak kami sampai di hospital. Sampai2, terus buat urine test, timbang berat & check tekanan darah. Suprisingly berat aku turun 1 kg! Mungkin sebab puasa la kot. Huh, nampak sangat selama ni mak baby yang banyak makan..hihihi.. Rase seronok, sbb husband tak membebel, doktor pun tak bising.. Tak lame tunggu, doktor pun panggil. Doktor pun terkejut berat turun, die tanye "Puase eh?". So tak mustahil la kalau turun. Ade hikmahnye aku berpuasa masa dah sarat mengandung, at least boleh turunkan sikit berat badan. Lepas tu doktor tanye "Ade ape2 masalah?". Aku dengan husband serentak "Hmmm..". Rase2 kami tak de masalah tp mcm tak best plak kalau tak cakap ape2 kan. Tapi memang setakat ni, tak de masalah pun. Alhamdulillah, baby bergerak aktif walaupun aku berpuasa. Cume keputihan banyak sikit la.. Tapi tu normal la bagi orang mengandung kan? Tu yang malas nak share. So, bile tak de ape2 masalah, doktor teruskan routine scan mcm biase, tengok perkembangan baby. Doktor dok ukur2, cakap sorang2, mcm biasela, kdg2 kami kurang faham ape yg doktor cakap. Yang kami tau, doktor ukur lilit kepala, perut, kire berat.. setakat 2.8kg. "So far baby ok la yang.. sihat walafiat..". Itu je la ayat standard doktor ni..haha..

Senget plak gambar baby ni.. hihi.. Malas nak adjust

Lepas tu doktor tanye "Vitamin..?". Aku jawab, aku nak pil kalsium je sebab fikir stok Pramilet ade lagi dan cukup sampai bersalin. Pil kalsium bleh aku sambung makan dalam pantang nanti. Sebelum keluar, aku mintak doktor keluarkan surat pengesahan tarikh dijangka bersalin untuk aku apply cuti bersalin 3 bulan kat ofis. Terkejut gak aku, doktor tulis aku 34 minggu dan tarikh dijangka bersalin 10 Ogos 2014. Rupe2nye, doktor ikut EDD yang first aku dapat dari Klinik An-Nur, Presint 15 Putrajaya. Kirenye hari ni, dalam sistem aku masih 34 minggu 6 hari. Ikut kiraan aku, dah 36 minggu. Tak pela, ikutkan je..

By the way, saje nak citer, aritu ade jualan kat ofis aku, ade booth jual soft toys. Ok la harge nye.. Aku beli satu soft toys yang senang baby pegang dan foot finder & wrist rattle set. Sangat sesuai untuk infant. Kat kedai, setakat soft toys yang ade batang untuk baby pegang tu mau RM20-30. Aku beli kat sini RM10 je dan bende alah kat bawah ni aku dapat RM20. Jadilaaa.. 



Wednesday, June 11, 2014

Columbia Asia Hospital Puchong - 6th check up & Birthday Celebration for Daddy

Ni gambar sebelum pegi check up, sempat bermanja dengan anak kawan aku. Mcm tau2 je ade baby boy dlm perut aku. Bukan main manje budak nih.. Mase ni aku 30 minggu.
Hari ni 30 Mei 2014, check up kali ke 6.. Hari ni makan banyak sikit sbb kat ofis ade buat makan-makan. Lepas husband balik dari solat Jumaat terus ke hospital. Kali ni, minum air banyak sikit dan bawak bekal air siap-siap sbb tak nak jadi mcm dulu, susah nak buang air kecil. Dah awal2, buat urine test, jumpe doktor plak yang lambat.. haish.. Lame gak tunggu sbb ade patient yang dok keluar masuk dari bilik doktor. Ape pasal ntah. Timbang2 berat naik lagi 3 kilogram. Aduhhh.. ape nak jawab dengan doktor & husband aku lepas nih. Husband dah jeling2, sibuk tanye berapa berat naik bulan ni.

Masuk je bilik doktor, doktor kate "ha... naik 3 kilogram, mak die banyak makan nih...". Aku sengih je. Lepas tu terus scan. Doktor kate kepala dah ke bawah, so katenye bukan breach. Tp anytime die boleh berubah. Doktor duk ukur2, aku pun tak pay attention sangat sbb dok perhati baby.. Rindu dengan baby, dah lame tak jenguk die..hihi.. Doktor nak scan muke, tp muka baby melekap ke plasenta plak. So tak berape jelas. Last month punye scan lagi nampak jelas muke baby. Kali ni, nampak sikit je.. Muke baby monyok jee..mcm tengah tido. Kat luar tadi kemain menendang die! Spot the double chin! hahaha.. Geram aku tengok. Lepas tu doktor kate, ade lagi satu check up pada 20 Jun 2014 dan selepas tu doktor akan arrangekan check up setiap 2 minggu. Eeii.. dah start takut!

Abis scan, doktor suruh aku pegi cucuk kancing gigi (ATT - Anti Tetanus Toxoid). Kate orang selalu dah kene cucuk selepas 28 minggu kehamilan. Nak citer sikit pasal injection kancing gigi ni, dulu-dulu suntikan ni compulsory sbb orang dulu-dulu kebanyakan beranak di rumah, dalam kereta, atau di mana-mana. So kenelah inject kancing gigi nih bagi mengelakkan jangkitan kuman akibat persekitaran yang kurang bersih atau penggunaan peralatan yang tidak disteril. Zaman sekarang, ibu-ibu yang hamil boleh diberi pilihan untuk tak ambil suntikan kancing gigi sebab kebanyakannya bersalin di hospital di mana persekitaran dan penggunaan peralatan yang bersih. Tetapi, better ambil je la suntikan kancing gigi tak kire kat mane kite bersalin. Bukan mahal pun. Nak2 kalau kat GH dapat free. Kat hospital/klinik swasta pun dalam RM10-15 je. Tak rugi kalau ambil. Kene plak kat hospital pun kite kadang2 meragui kebersihan persekitaran dan peralatan yang digunakan.

Aku ni dah lah penakut nak cucuk2 nih. Amik darah dulu tak rase ape2. Tp inject kancing gigi nih, sakit plak rasenye. Doktor yang inject tu dah kasi warning. Kalau ade allergy kepada apa2 ubat, kene bagitau awal2. Dalam 2-3 hari ni, normal kalau rase sengal2 kat tangan atau tak berape sihat.

Tetibe ade kos untuk nursing procedure. Dah balik baru perasan.. huhu.. Tak tau plak amende tu.
Nak tanye balik pulak..


Balik dari hospital, kami laki bini singgah plak pegi Paradigm Mall, sambung melantak plak kat sane..hihi.. Mane tak nye mommy gemuuukk.. huhuhu..

Mmg tengah mengidam nak makan nachos.. Catat rekod dalam sejarah, kami makan licin!

Aku celebrate birthday husband aku pada 5 Jun 2014. Gigih sungguh aku keluar rumah, pegi Putrajaya, ambik brownies yang aku tempah, beli makanan untuk birthday party, collect kek dari Baskin Robbins dan beli balloon. Sakit jugaklah kaki hari tu sbb dok keluar satu hari. Saje bagi husband rehat duduk rumah sempena birthday die. Selalu die yang buat macam2. Aku sekeluarga buat surprise birthday party utk die dan ade lah mkn2 skit.

Dinner berdua dulu @ his favourite restaurant Bumbu Bali

Bukan utk birthday boy.. Aku yg sbnarnye terlebih excited nak balloon..hihihi



Ice cream favourite my husband ~ Jamoca Almond Fudge





32 weeks!




Mase weekend, sambung lg berdating berdua. Tengok wayang & lepak minum









Sunday, January 19, 2014

Columbia Asia Hospital Puchong - Pendaftaran dan 1st check up

Misi untuk mencari hospital untuk bersalin dah pun selesai. Tak fikir lame2, suami decide suruh aku bersalin di Columbia Asia Hospital di Puchong je. Just 10 minit drive je dari rumah aku di Puchong Perdana. Nak bersalin di hometown aku, Seremban, suami tak bagi plak. Masalah juga di kawasan rumah aku nih. Nak bersalin hospital kerajaan punyelah jauh. Paling dekat pun Hospital Serdang, jauh sikit di Hospital Putrajaya, Hospital Kajang, Hospital Shah Alam (tak pasti dah siap ke belum), Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Klang (dua hospital last tu mmg merepek la.. jauh bebenau).

Kalau fikir dekat dengan rumah (dalam 10 minit drive), ade 2 je hospital iaitu Columbia Asia Hospital dan KPMC Puchong Specialist Centre yang terletak di Bandar Puteri, Puchong. Kalau you all tengok dua2 hospital ni, mestilah akan pilih Columbia Asia Hospital. KPMC Puchong Specialist Centre tu nampak uzur bebenor.. Kalau dah decide nak bersalin kat mane, baru boleh buka buku check up pregnancy dan buat check up dengan doktor yang sama terus di hospital di mana kite merancang untuk bersalin.

Orang kate, "Ala.. sakit beranak semua sama je.. tak kire di mana juga kite bersalin..". Ha.. sebab sakit beranak tu sama la, sesetengah orang pilih untuk bersalin di hospital swasta. Sekurang-kurangnya, bile kite rase sakit bersalin tapi dapat layanan yang bagus, facilities yang lengkap dan environment yang best. Ade juga orang yang bernasib baik dapat bersalin di hospital kerajaan, dapat bilik single, layanan yang baik, suami pun boleh sama2 sambut anak. Tp amat jarang la.. Selalu di hospital kat luar Lembah Klang la. Di belah Selangor, KL dan Putrajaya, pesakit dah makin ramai dan bertambah sesak, kite mmg tak boleh nak salahkan doktor / nurse yang kdg2 stress dan bagi layanan yang kurang mesra. Tapi aku sendiri tak tau mcm mane dengan nasib aku nanti. So, kite berdoa jela agar semuanya dipermudahkan.

Pada 9 & 10 Januari 2014 (Khamis dan Jumaat), aku ambil cuti kononnye nak pegi buka buku kat Klinik Kesihatan Puchong, check up di Columbia Hospital dan booking nursery. Kebetulan suami pun cuti nak exam. Sampai2 je aku di Klinik Kesihatan Puchong, orang ramai gile. Nak daftar untuk buka buku, orang di kaunter kate untuk hari ni dah ramai sangat orang. Dah abis quota. Setakat pukul 8 pagi tadi, dah 30 orang daftar. So untuk hari ni, dah tak boleh dah. Diorang mintak aku datang awal2 pagi hari Isnin (13 Januari 2014). Hmm.. aku terpakse akur jela. Mungkin Isnin ni kene jgak ambik time off untuk buka buku. Dah lah tak boleh buka buku di Putrajaya (dekat dengan office aku). Kene juga buka buku di Puchong sebab alamat rumah di Puchong. Kemudian nanti, mase 2nd check up baru boleh transfer ke Putrajaya.

Walaupun aku dah decide untuk buat check up dan bersalin di Columbia Hospital, aku pergi jugak ke Klinik Kesihatan. Sbb kate orang, mcm mane pun perlu jugak untuk buka buku merah di klinik kerajaan. Katenye nanti kalau ade ape2 masalah, mudah nak refer ke hospital kerajaan. Aku ade juga tanya pendapat kepada officemate2, saudara mara dan blogger. Pelbagai pandangan yang dikemukakan. Ade juga rakan2 yang kate, tak de masalah kalau tak bukak buku di klinik kerajaan pun. Kalau di klinik / hospital swasta ade buka buku check up pregnancy diorg sendiri, boleh bawak je buku tu sebagai medical reference just in case nak bersalin di hospital kerajaan / ade masalah yang perlu dirujuk dengan hospital kerajaan. Ade jugak yang kate wajib buka buku di klinik kerajaan sbb nanti kalau ade masalah, susah nak refer kepada hospital kerajaan dan mereka xkan layan. (Which is impossible diorg xkan layan kan.. peraturan yang agak rigid dan tak masuk akal, mmg susah aku nak ikut nih..huhu). Anyway, kalau tak pasti nanti aku tanye lah doktor nanti untuk kepastian.

Lepas tu aku terus ke Columbia Hospital, Puchong untuk daftar dan buat appointment. Sampai2 je di hospital tu, receptionist tu tanye, nak pilih doktor mane satu. Aku specifically pilih Dr. Raja Juhaidah Raja Abdullah (O&G). Malangnya, Dr. Raja Juhaidah tak available hari ni. Yang ade Dr. Ng Soon Pheng dgn Dr. Silvam Sellapan je yang ade. Alamak.. xkan nak mintak doktor lelaki plak yang check. Kalau check up mule2 je tak pe lagi, tapi masalahnye, akan stay dengan doktor yang sama sampai aku bersalin nanti. Aku tanye, kalau bukan hari ni, bile lagi Dr. Raja Juhaidah available? Receptionist tu kate esok petang (Jumaat) pukul 3 petang. Fuuhh.. legaa.. Ok la tuh, esok pun aku cuti lagi. Terus diorang setkan appointment aku dengan Dr. Raja Juhaidah tu hari Jumaat pukul 2.30 petang. Pesan die, mintak datang awal sbb nak register untuk first timer. Lega dah aku.. Suami aku pun boleh balik rumah dengan aman tenteram dan sambung study sebab esok exam die pagi.

Dalam hati ni mmg tak rase tenteram, sbb sangat2 nervous nak pergi check dengan doktor. Mcm2 bende negatif aku fikir. Tapi hati sangat2 excited! Esok tengahari nye, lepas suami balik dari solat Jumaat, die terus jemput aku bawak pegi hospital. Sampai di hospital, isi borang, buat ujian air kencing, check tekanan darah dan timbang berat aku. Tak lame lepas tu masuk dalam bilik doktor. Mule2 aku nak masuk sorang, pastu Dr. panggil suami sekali masuk.. :-) Dr. Raja ni cantik dan nampak muda la..Tapi rase2 die umur2 mcm mak aku. Senyum je die mase aku masuk.. walaupun aku nampak die mcm penat gile. Die tanye, berapa lame dah kahwin, aku cakaplah dah 6 tahun lebih. Die tanye lagi, mmg planning ke mcmane? Aku cakap mula2 mmg planning. Dr. tu pun tulis dalam buku ~ Married since 2007, voluntarily subfertility (pilihan utk tidak hamil secara sukarela). Kirenye bukan IVF ke, IUI ke, ade masalah miscarriage sebelum ni ke, atau masalah2 kesuburan yg lain. Setahu aku kalau ade masalah, doktor akan ambil perhatian lebih sikit lah..

Selain tu, doktor tu sembang2 dengan suami, tanye.. kenape planning? Busy kerja ke? You masih study ke? Terus suami aku cakap, "long distance marriage..". Ketawa doktor tu.. die pun faham.. die kate, dulu pun die penah ade masalah yang sama. Stress duduk berjauhan suami isteri. Susah kalau jauh2.. Lega aku doktor ni tak banyak soal lagi.


Masa aku baring, doktor terus scan. Terus nampak baby! Terkejut aku..hihi.. Suami aku lagi excited sbb die first time tengok aku scan. Aku ketawa seronok tengok baby tu bergerak2, mcm berenang2, aktif gile! Berair dah mate aku.. Sampai doktor nak ukur baby pun susah, sebab die dok ligat sangat bergerak2. Suami aku kate "die tengah makan keropok lekor tu doktor..". Ketawa doktor tu. (Sbb sebelum keluar aku pekene keropok lekor & pisang goreng..hihi). Lepas tu doktor zoom, dan tengok 3D plak. Baby tu main peekaboo plak..tutup muke dengan tangan die. Last skali, doktor bagi kami dengar heartbeat die.. Sungguh, kami sangat bersyukur2 sebab dapat dengar dan lihat kurnian ilahi yang sangat2 ajaib ni.. Suami aku menyesal tak rakam video. Katenye lepas ni kalau doktor bagi, die nak rakam video plak. :-D


Sebelum keluar dari bilik doktor, doktor ade bagitau die nak bagi aku acid folic. Aku bagitau yang aku dah ambil Obimin Pluz. Die pun ok je. Kate doktor, Obimin Pluz tu pun dah cukup. So takde ubat-ubatan. Di kesempatan ni aku sempat tanye Dr. Raja, "perlu ke saya buka buku di Klinik Kesihatan?". Doktor jawab "kalau you dah planning nak bersalin kat sini, tak perlu dah. Kalau ape2 hal, mane2 doktor masih boleh rujuk buku yang sama". Bile aku citer kat doktor pasal pendapat2 lain yg berbeza, die terus kate toksah dengar2 cakap orang. Tu dulu, sekarang semua dah senang. Ok, setel masalah.


Keluar dari bilik doktor, nurse bagi buku dan aku terus proceed ke cashier. Total bil RM153.50. Aku tngok dalam resit siap ade discount lg.


Aku terus batalkan rancangan aku untuk buka buku di Klinik Kesihatan Puchong memandangkan doktor pun advise tak perlu. Alhamdulillah, baby sihat, aku pun sihat, semua ok.. Hari ni sangat2 happy! Sbb dalam perut aku betul2 ade baby!! Balik tu proceed plak ke Mother, Baby and Kids Expo di PWTC. Terus lupe dah plan hari ni sepatutnye nak pegi book nursery. Huhuhu