Adv

Monday, June 23, 2014

Columbia Asia Hospital Puchong - 7th check up & Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

Doktor set appointment untuk this check up awal sikit berbanding sebulan sekali. Lepas ni kate doktor, die akan start buat 2 minggu sekali. Wuuu.. semakan hari, semakin takut dan nervous plak..

Kebelakangan ni, selera aku makin menjadi-jadi. Cuaca plak makin panas. Asyik nak minum air sejuk je. Tetibe selalu mengidam ABC plak..haish.. Sehari sebelum pegi check up, mengidam nak mkn Nasi Goreng Paprik & ABC plak. Lapar la jugak sbb tengahari tu tak makan ape2 pun. Just mkn kurma & biskut je. Husband aku layankan je. Die pun dah tak larat nak bising dah. Dicontrol2 makan, berat naik jugak.. Baik balun je makan..hihi. Bila balik rumah, timbang berat.. huh naik lagi.. Kire2, total keseluruhan kenaikan berat badan aku adalah 16 kilogram! Rilek2.. jgn stress.. Nak melantak, kite melantak.. lepas bersalin nnti berpantang betul2.. Kena kerja keras!!

Tak pernah suke mkn ABC tp ms sarat mengandung ni suke gile plak mkn ABC
Seperti biasa, hari ni buat check up ambil time off separuh hari. Malam sebelum tu dah packing barang baby & mommy siap-siap untuk bawak ke hometown aku (tempat berpantang). Kesemua baju baby, sterilizer, warmer, breastpump, barang-barang mandian, diaper, tungku, bengkung, ubat-ubat berpantang dan mcm2 lagi semua dah packing nak bawak balik kampung. Supaya senang nanti husband dah xpayah bawakkan lagi dah. Bag untuk bersalin je aku bawak kehulu-kehilir sekarang ni. Just in case..hihi

Mase sampai hospital, hati dah redha je dengan berat badan sendiri.. Berserah je berapa banyak naik. Tp kali ni naik 1.5 kilogram je. Doktor pun cakap "good..!". Padahal, nak hujung2 boleh lah cakap kan. Selalu orang kate, bile dah hujung2 nih, berat badan dah tak naik sangat dah. Lepas tu check ultrasound, baby ni buat hal lagi tak nak tunjuk muke.. ciss.. Kate doktor, selalu cmtu. Baby check up ms petang selalu tak nak tunjuk muke. hihi.. Takpelah, asalkan baby sihat. Doktor buat routine check on the measurement, Alhamdulillah semua ok, development pun seperti yang sepatutnya tapi doktor cakap baby punye upper body besar sikit dan tinggi compare dengan ukuran normal. Seram plak aku dengar..huhu. Lepas tu boleh plak doktor tanye "You nak try lahir normal kan?". Tetibe aku mcm tak nak mengangguk. hahaha.. Husband yang jawab "A'ah doktor, nak try normal..". Vitamin kat rumah tak abis lagi. So, takde amik ubat. Bil murah la skit..hihi..

Hari Isnin depan tu ade Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Peguam Negara 2014. Alhamdulillah rezeki baby dapat APC untuk tahun ni pula. Dapat jugak lah pengalaman naik pentas kali kedua, tapi kali ni sangat2 special sebab naik pentas dengan baby..hihi. Agak stress jugak memikir nak pakai baju ape. Takkan nak pakai baju mengandung yang hari2 aku pakai pegi keje. Tak glamer. Nak beli baju beriya plak, rugi sebab tak bleh pakai lame. Tak lame lagi dah nak beranak. Tp nak merasa pkai baju raya mengandung plak..hishh pening. Last2 jumpe la baju yang bukan baju mengandung tp orang mengandung boleh pakai. Sekurang2nya lepas bersalin pun boleh pakai jugak.

Pagi tu tak sempat nak breakfast. Just sempat sambar kueh 2 biji, minum nescafe beberapa teguk je sbb aku lambat smpai. Mase ambik gambar group photo, aku dah lapar. Tunggu VIP lame jugak, tapi yang seronoknya tibe2 diorg sediakan tempat duduk aku kat depan. Mesti sbb diorg notice aku sorang perut besar. huhu.. Alhamdulillah, kalau tak aku mmg tak larat nak berdiri lama2. Dah lah kaki dah start bengkak, kasut pun dah ketat, tumit tinggi plak tu. Syukur..

I really love my dress.. Baby, nanti raya, Insya Allah kite pakai baju ni lagi ye..

Mase ni 34 weeks.. Gigih pakai high heels. Tp tak tinggi sangat la.. Jalan atas pentas pun control. Abis majlis terus tukar baju, sarung selipar jepun. Rimas plak pkai baju glamer2, dah lah panas! Lengan baju tu nasib baik tak masuk dalam kuah kari..

 


APC tahun ni aku dedicate kan khas kepada suamiku yang tersayang. Selain ucapan terima kasih kepada bos, terima kasih juga kepada husband yang banyak membantu aku bagi idea dan tunjuk ajar. Terima kasih Allah di atas rezeki-rezeki yang dikurniakan.
 

Sunday, June 15, 2014

Baby room makeover!

Antara aktiviti yang paling menyeronokkan bagi para ibu adalah menghias bilik baby. Terutama sekali bagi yang pertama kali menjadi ibu. Beriya eh ade bilik baby.. Walaupun pada hakikatnya, bayi akan tidur bersama dengan maknya dalam master bedroom, tp bilik baby tetap ade..hihi.. Asal2nye rumah kami ade 1 master bedroom dan 2 guest room, tp kami jadikan salah satu guest room tu bilik baby. Bak kate husband aku, tempat lain tak berape bersih tak pe, yang penting bilik baby kene ade dan mestilah tempat yang paling bersih. Maklumlah, rumah aku ni cepat berhabuk dan agak jarang vacuum rumah.

First sekali husband aku pasang rak bentuk zirafah. Fungsinye aku pun tak pasti nak letak ape, tapi sebab comel sangat, aku beli..hihi. Bolehlah letak je barang2 baby. Itu bisa diatur.

Lepas tu, kami hias dinding dengan frame2 gambar yang dah bertahun tertunggak tak bergantung. Frame2 tu aku beli custom made dari DY Wall Deco. Kami just beli untuk letak gambar2 kami travel. Tp menyesal jugak beli dulu2, sbb sekarang gambar2 travel kami lagi banyak yang menarik..hihi.. Kalau tak, boleh letak gambar pegi Europe ke, Korea ke, Japan ke.. Tak pelah, dah beli, gantung je la.. dari menyemak dalam stor.


Selain tu, kami pasang changing table yang kami beli dari Ikea. Senang je pasang die, sekejap je dah siap.. Lepas siap pasang changing table, husband aku terlebih excited plak nak letak alas. Beriya-iyalah die mengepam alas changing table tu.  Alas changing table tu mcm pelampung, kat tepi2 die kene pam dan akan jadi mengelembung supaya baby tak terhantuk / cedera kene tepi meja dan didalamnya ada span.


Ni rupe changing table yang dah siap pasang

Kerja-kerja mengepam sedang dilakukan

Ni dah siap pam..

Nak selesa lagi, boleh letak sarung die.. Material diperbuat daripada kain kapas (mcm towel), so lepas baby dah mandi, boleh letak kat situ.. Senang nak keringkan baby. Tak nak letak sarung pun ok, sebab kalau baby terkencing, alasnye senang basuh.

Sarung ni aku beli di Ikea RM19.00/2 pcs. Dua2 kaler putih dan ade corak heartshape kaler biru & lagi satu kaler merah
Sekarang tinggal nak vacuum, mop, buang habuk dan letak Foam Alphabets Mat! (my favourite part!). Asalnye, aku nak letak lampu dan wall sticker yang colourful untuk hias bilik baby, tapi husband tak bagi sebab crowded dan over sangat katenye. Sok2 anak dah besar, satu hal nak tanggalkan wall sticker plak..hihi.. Masuk je 8 bulan lebih aku dah start packing barang2 baby & barang2 sendiri. Ms tu bilik baby dah kosong sbb semua dah packing untuk bawak balik berpantang di rumah mak. Ms ni lah aku semangat nak pasang Foam Alphabets Mat!

Barang2 baby semua dah packing nak bawak balik kampung. So, senang la sikit nak kemas bilik. Ni just permulaan. Kate husband aku, tunggu aku cuti pantang, die akan buat final touch untuk bilik baby.. Ambooi.

Bilik baby buat simple2 sudah lah.. biar tak banyak barang, luas dan bersih..hihi.. Kang banyak2 barang, buat kumpul habuk je.

Wednesday, June 11, 2014

Columbia Asia Hospital Puchong - 6th check up & Birthday Celebration for Daddy

Ni gambar sebelum pegi check up, sempat bermanja dengan anak kawan aku. Mcm tau2 je ade baby boy dlm perut aku. Bukan main manje budak nih.. Mase ni aku 30 minggu.
Hari ni 30 Mei 2014, check up kali ke 6.. Hari ni makan banyak sikit sbb kat ofis ade buat makan-makan. Lepas husband balik dari solat Jumaat terus ke hospital. Kali ni, minum air banyak sikit dan bawak bekal air siap-siap sbb tak nak jadi mcm dulu, susah nak buang air kecil. Dah awal2, buat urine test, jumpe doktor plak yang lambat.. haish.. Lame gak tunggu sbb ade patient yang dok keluar masuk dari bilik doktor. Ape pasal ntah. Timbang2 berat naik lagi 3 kilogram. Aduhhh.. ape nak jawab dengan doktor & husband aku lepas nih. Husband dah jeling2, sibuk tanye berapa berat naik bulan ni.

Masuk je bilik doktor, doktor kate "ha... naik 3 kilogram, mak die banyak makan nih...". Aku sengih je. Lepas tu terus scan. Doktor kate kepala dah ke bawah, so katenye bukan breach. Tp anytime die boleh berubah. Doktor duk ukur2, aku pun tak pay attention sangat sbb dok perhati baby.. Rindu dengan baby, dah lame tak jenguk die..hihi.. Doktor nak scan muke, tp muka baby melekap ke plasenta plak. So tak berape jelas. Last month punye scan lagi nampak jelas muke baby. Kali ni, nampak sikit je.. Muke baby monyok jee..mcm tengah tido. Kat luar tadi kemain menendang die! Spot the double chin! hahaha.. Geram aku tengok. Lepas tu doktor kate, ade lagi satu check up pada 20 Jun 2014 dan selepas tu doktor akan arrangekan check up setiap 2 minggu. Eeii.. dah start takut!

Abis scan, doktor suruh aku pegi cucuk kancing gigi (ATT - Anti Tetanus Toxoid). Kate orang selalu dah kene cucuk selepas 28 minggu kehamilan. Nak citer sikit pasal injection kancing gigi ni, dulu-dulu suntikan ni compulsory sbb orang dulu-dulu kebanyakan beranak di rumah, dalam kereta, atau di mana-mana. So kenelah inject kancing gigi nih bagi mengelakkan jangkitan kuman akibat persekitaran yang kurang bersih atau penggunaan peralatan yang tidak disteril. Zaman sekarang, ibu-ibu yang hamil boleh diberi pilihan untuk tak ambil suntikan kancing gigi sebab kebanyakannya bersalin di hospital di mana persekitaran dan penggunaan peralatan yang bersih. Tetapi, better ambil je la suntikan kancing gigi tak kire kat mane kite bersalin. Bukan mahal pun. Nak2 kalau kat GH dapat free. Kat hospital/klinik swasta pun dalam RM10-15 je. Tak rugi kalau ambil. Kene plak kat hospital pun kite kadang2 meragui kebersihan persekitaran dan peralatan yang digunakan.

Aku ni dah lah penakut nak cucuk2 nih. Amik darah dulu tak rase ape2. Tp inject kancing gigi nih, sakit plak rasenye. Doktor yang inject tu dah kasi warning. Kalau ade allergy kepada apa2 ubat, kene bagitau awal2. Dalam 2-3 hari ni, normal kalau rase sengal2 kat tangan atau tak berape sihat.

Tetibe ade kos untuk nursing procedure. Dah balik baru perasan.. huhu.. Tak tau plak amende tu.
Nak tanye balik pulak..


Balik dari hospital, kami laki bini singgah plak pegi Paradigm Mall, sambung melantak plak kat sane..hihi.. Mane tak nye mommy gemuuukk.. huhuhu..

Mmg tengah mengidam nak makan nachos.. Catat rekod dalam sejarah, kami makan licin!

Aku celebrate birthday husband aku pada 5 Jun 2014. Gigih sungguh aku keluar rumah, pegi Putrajaya, ambik brownies yang aku tempah, beli makanan untuk birthday party, collect kek dari Baskin Robbins dan beli balloon. Sakit jugaklah kaki hari tu sbb dok keluar satu hari. Saje bagi husband rehat duduk rumah sempena birthday die. Selalu die yang buat macam2. Aku sekeluarga buat surprise birthday party utk die dan ade lah mkn2 skit.

Dinner berdua dulu @ his favourite restaurant Bumbu Bali

Bukan utk birthday boy.. Aku yg sbnarnye terlebih excited nak balloon..hihihi



Ice cream favourite my husband ~ Jamoca Almond Fudge





32 weeks!




Mase weekend, sambung lg berdating berdua. Tengok wayang & lepak minum