Adv

Tuesday, February 24, 2015

Evolusi Botol Susu Danish Ilham

Dari mengandungkan Ilham, aku fikir nak beli botol susu yg terbaik. Biarlah boleh pakai lame. Mase tu tak fikir pun sama ada anak kite serasi atau tak dengan botol susu tu. 1st time beli botol susu baby ms di Baby Expo tak ingat kat mane. Kat PICC tak silap. Beli yang kecik je dulu sbb fikir2 newborn tak minum banyak2. Lepas tu kene consider jugak kalau baby xserasi dengan puting botol tu. Anak aku mmg susu badan. Tapi aku kdg2 bagi juga minum formula bile die stay dengan daddy die, atau bile stok susu badan tak cukup di taska. Botol first yang aku beli untuk baby - Philips Avent 4oz (2)

Botol Avent pertama aku beli. Mase tu ade offer RM60+ utk 2 botol 4oz

Botol ni wide neck, senang baby nak pegang & senang nak basuh.. xpayah pakai berus bagai..

Dah lame lepas tu jalan2 kat Parkson Sunway Pyramid, ade plak 50% off untuk Nuby Premium Starter Set. Set botol ni mmg aku suke gile sejak aku belum mengandung lg. Sebab die ade step by step dr lahir sampai umur setahun. Boleh latih baby perlahan-lahan tukar puting ke straw. Siap boleh bg solid food lg.

Premium Starter Set untuk newborn sampai umur setahun. Siap dengan berus sekali

Bile Ilham dah 4 bulan lebih, die dah pandai pegang botol sendiri. So aku pasang handle ni


Bile dah lame2 baru aku tau yang botol plastik ni walaupun BPA free, masih mengandungi bahan kimia. Jadi dinasihatkan tukar botol setiap 6 bulan. Dah lame2 baru terfikir, kenape tak beli botol kaca je. Tak payah tukar lansung. Zaman sekarang siap ade jual sleeves getah lg utk mengelakkan pecah. Husband pun prefer beli yang kaca. Lebih environmental katenye. So kami belilah botol kaca brand AaryGreen.

Glass bottle AaryGree. Selamba aku beli warna ni. Sbb aku suke..hihi.. Actually ni bukan warna pink ye. Ni magenta. Warna pink ade jugak tp bukan mcm ni


Kegunaan botol ni selalu aku pakai di taska / bile2 terpakse minum formula. Aku terperasan, sukatan die mcm xberape tepat especially 1oz die tinggi gile. Sebab sukatannye bukan pada botol tp pada sarungnya. Mcm bersamaan dgn 2oz. Bile aku sukat2 (tuang air dan sukat dgn botol lain), hmmm.. Mmg lebih 1oz sukatan 1 botol die. Kirenye, klau nk buat 6oz susu, kene letak 5oz air. Boleh pulak gitu..huhu. Aku xboleh kalau nk bancuh susu, terlebih / terkurang ni. Sbb anak kecik lg kan. Takut jugak xikut sukatan. Last2 pakai jugak la botol tu cume kegunaan sendiri je. Tak berani nak bagi taska. Nak explain kat cikgu kang cikgu pun confuse. Mcm sekarang ni guna utk bagi air masak je.

Lepas tu kami beli glass bottle brand Phillips Avent. Dah survey2 nak beli online (fabulousmom /onebabyworld) sbb ade discount. Bile pegi Baby Palace di IOI City Mall, ade plak offer... Jauh lg murah dr online.. Ape lg, sambar terus. 1 botol besar, 1 botol kecik dan masing2 punye sleeves. Bezanya, sarung die tak lah semenarik seperti yg lain tp aku suke botolnye sbb sukatannye jelas pada botol. Sarungnya selain utk melindungi botol dr pecah, ia juga boleh mengawal suhu panas susu.. Mcm insulation jugak la..

 
Avent glass bottle 4oz

Ni sekali dgn sleeve die

Avent glass bottle 9oz. Ukuran die jelas, senang aku nak tengok 

Ni sekali dgn sleeve 
Bile Ilham dah start makan, aku dah boleh pakai botol + feeder Nuby tu.. Lebih mudah nak bg makan. Bagi makan pada si kecik ni agak mencabar jugak. Bile kite nak suap, tangan die pun sibuk nak menyuap jugak..

Aku tukar bile nak train pkai cup.. Kdg2 je ikut mood die...hihi..

Bile nak makan, aku tukar ke sudu ni. Just picit je botol tu. (Botol dalam set tu ade 2 jenis. Satu silikon, satu lg plastik)


Aku tak berape puas pakai feeder mcm ni.. Rase mcm lambat sebab nak goncang2..hihi.. Pakai sudu & mangkuk jugak senang. Boleh kuis2 sampai licin..



Dah 7 bulan, aku try jugak la slow2 utk ajar Ilham untuk minum susu pakai cup. Die boleh, cume lepas 2-3 teguk, die xmau dah. Marah die. Die masih suke menyonyot la tu. Hihi.. Nanti dah lame2 biase, try pakai straw plak.. Kali ni harap, botol2 kaca Ilham berjaya bertahan. Itulah main purpose die kan? Tahan lama.. Hihi. Harap sangat tak pecah, tak sumbing.. Sok2 bile dah tak pakai boleh jual/bagi kat orang.hihi..

Thursday, February 19, 2015

Penangan Acute Bronchiolitis

Kenangan pahit anak warded 2 kali mase lahir dulu pun dah cukup buat aku sedih. Warded kali ketiga... Huh, memang menguji kesabaran & kekuatan hati seorang ibu. Danish Ilham dari kecik jarang demam. Except jaundice semase lahir. 1st time demam selepas hampir sebulan masuk nursery.Umur Ilham lebih kurang 4 bulan. Mase demam panas, sampai terpakse jemput Ilham dari nursery dan bawak ke klinik. Lepas tu dptlah selsema dan batuk.

Kate doktor, tu normal selepas hantar ke nursery. Kate orang, cara anak2 nak bina antibodi badan mereka. Aku pun bersangkalah baik. Tak mau la fikir mcm2 walaupun dalam hati ni berkata "eh, susu ibu kan ade antibodi. Bukan bayi susu badan ni susah demam ke?". Doktor ade la bg ubat kahak dan ubat demam. Masalahnye aku ni terlalu banyak sangat bace blog, artikel di internet dan terlalu banyak dengar cakap org. Antaranya perkara yg berkaitan selalu aku baca :

1) Cube jgn bergantung kpd ubat. Cuba amalkan natural remedy.

2) Doktor yg bg ubat kpd bayi bawah 6 bulan adalah doktor yg tiada etika.

So aku terikut2 dgn pendapat tu. Aku xbg sangat ubat kat Ilham. Bile batuk teruk je aku bg. Doktor dah pesan ubat kahak, bagi sekali sehari. Selain tu aku hanya wapkan anak dan tepuk2 anak pd wap air panas yang dah dicampurkan dgn habatusauda. Aku beli jugak krim herba Tropika utk batuk Ilham. Tak lame tu, Ilham pun sihat.. Selain tu, Ilham xpernah lagi demam. Cume selsema dan batuk on/off. Jarang bawak pg klinik/hospital sebab rase2 mcm boleh control je. Lagipun Ilham boleh je minum susu dan kekal aktif.

Masuk 6 bulan lebih Ilham dah tumbuh 2 btg gigi. Satu ptg Jumaat tu (13 Feb) cikgu nursery Ilham bagitau, Ilham kali ni meragam sikit. Asyik gigit2 botol, merengek2 dan susah nak tido. Cikgu dok suapkan susu pun sampai Ilham muak dah. Aku rase ni mcm nak tumbuh gigi je meragam die. Malam tu Ilham demam. Suhu dlm 37 - 38 darjah celcius. Aku just jerlum je dgn kain basah. Tgh malam tu Ilham dah ok. Esoknye kami siap keluar pg shopping barang dapur. Petangnya, Ilham demam semula. Malam ok balik. Pendek kate, on/off sepanjang Sabtu dan Ahad tu. Husband suruh bagi ubat pun aku dengan egonye tak bagi. Kate aku, dengan baby jgn biase2kan bagi ubat.. Gigihlah aku menjerlum baby. Dah lame2 tu risau demam baby tak kebah2, aku bg jugak ubat paracetamol. Lepas tu kuranglah meragam die. Aku assume, die meragam nak tumbuh gigi sebab die asyik gigit tangan die. So, aku urut2 la gusi Ilham, bagi teething rusks.

Hari Isnin nak keje, husband dah suruh aku cuti utk jaga Ilham. Tapi aku rase Ilham ok je boleh pegi nursery. Kalau badan panas, boleh suruh cikgu jerlum je. Aku pun xde bekalkan ubat kpd cikgu. Bile rujuk dgn mak abah dan kawan2, ramai yg setuju kate mungkin demam nak tumbuh gigi. Ade juga yg berpendapat, bile baby demam ni, petanda die sakit sesuatu. Aku perasan juga Ilham punye nafas laju, tp ms tu aku hanya bersangka baik. Malas nk fikir ape2. Orang kate kene ikut instinct ibu jugak kan..

Sebelum lunch hour, tibe2 cikgu nursery whatsapp. Kate suhu badan Ilham naik dan Ilham mcm lemah sangat. Aku pun panik jugak sebab cikgu ni selalu klau setakat batuk/demam sikit2, cikgu ok je jaga. Tp kali ni cikgu sendiri rase Ilham lain dan tak seperti biase. Aku pun ambillah Ilham dr nursery dan bawak pg hospital. Ingat nak jumpe paediatrician Ilham tp beliau dah start cuti Chinese New Year plak.

Menunggu result blood test di KPMC

So aku dan husband pg la KPMC (Kajang Plaza Medical Center) di Bandar Puteri Puchong. Jumpe doktor, die check pernafasan Ilham dan doktor kate ade kahak dlm paru2 dan suggest utk buat blood test. Result blood test tu menunjukkan ade jangkitan. (Platelet darah putih dan kandungan protein dlm darah tinggi - bacaan 100+. Kalau normal 5). Doktor nasihatkan baby masuk wad, tp disebabkan KPMC bukan panel hospital utk insurans Ilham, kami request doktor buat referral letter kpd Columbia Asia Hospital utk admit baby di sana. Hati ni sedih gile. Sambil menunggu bil tu aku dah menangis dah. Sedih gile dengar baby nak kene admit. Stress gile. Lepas tu aku terus balik rumah, packing2 barang utk pg hospital.

Mase mula2 warded. Kesian anak mommy :'-(
Nasib baik bawak mainan Ilham.. Tak lah Ilham bosan

Mase ni Ilham rase janggal sebab ade bandage kat tangan die

Di hospital, paediatrician check, mmg ade jangkitan. Kene buat lg blood test dan x-ray. Mase nak admit tu dah malam pulak, hospital xdapat nak contact Prudential utk sahkan coverage insurans Ilham. Setahu aku bukan semua penyakit boleh cover on the spot. Ade juga grace period time die. Tak silap klau pasal jangkitan paru-paru, berkenaan pernafasan ni mesti 4 bulan selepas ambil polisi. Doktor kate tak serius sangat. Boleh juga kalau nak balik dan tak perlu admit. Just treatment di rumah je. Tapi rugi la.. Bil sebagai pesakit luar dah beratus2, baik warded. Boleh insurance cover. Bil kat KPMC je td dah beratus2. Baru check darah & consultation. Last2 kami decide utk admit je Ilham. Disebabkan kami kene admit malam dlm pukul 9 lebih, kene la bayar deposit Rm1500, sebab xdpt lg pengesahan dr Prudential malam tu.

Daddy tgh jaga supaya Ilham tak lasak ms masukkan antibiotics

Malam tu, bermalamlah kami di hospital. Sebelum masuk wad, kami pergi ke Emergency Room utk bg nebulizer kpd Ilham. Lepas tu doktor dah sahkan Ilham ade Acute Bronchiolitis (lepas aku bace laporan perubatan Ilham lepas discharge). Serious aku masih lg confuse ape beza bronchiolitis, pneumonia dan bronchopneumonia. Sebab sebelum tu nurse bgtau Ilham kene bronchopneumonia. Tetapi, yang pasti Ilham ade jangkitan pada saluran pernafasan dan menyebabkan die susah nak bernafas. Antara treatment yang diberi, antibiotics (masuk mcm drip), physiotherapy (percussion & suction) dan nebulizer. Alhamdulillah, insurans pun cover semua dan dapat entitlement single bed room.

Seronok Ilham Uncle Husni & Auntie Syaq datang melawat


Kesian daddy penat jage Ilham...

Ilham & Uncle Husni


Ilham & Auntie Syaq!

Pengalaman baby dah mula lasak masuk wad amat2 mencabar bagi aku..huhu.. Aku cukup risau dengan drip kat tangan die, risau jatuh katil, risau terhantuk kat palang katil dan risau meronta2 bila doktor bagi antibiotics & buat nebulizer. So aku mintaklah bantal spare dr nurse..huhu.. Klau bagi nebulizer, klau die tengah tido senang sikit. Kalau die berjaga, terpakse husband aku pasang video kegemaran die "Baa Baa Black Sheep". Barulah die duduk diam. Sama juga bile jumpe Physiotherapist. Sambil tepuk2 bukaklah video bagi die leka. Mase buat percussion tu la baru kami belajar teknik yang betul mcm mane nak tepuk belakang anak. Selalu jugak try buat kat rumah tp xlame sebab Ilham asyik marah2, menangis tak suke. Tp doktor buat kat hospital die diam je.. Doktor tepuk kuat jugak tp mungkin cara tu buat die selesa.. So lepas ni bolehlah amalkan kat rumah :

1) Bedung anak / balut anak (letak lah video ke tablet ke ape, bagi die selesa)

2) Tiarapkan baby, letak bantal bawah kaki dan pastikan kedudukan kepala dan badan lagi rendah dari kaki (mencondong ke depan)

3) Tepuk kuat tetapi tempo perlahan dengan tangan menekup. Kalau tangan terbuka, baby akan rase sakit.

4) Selepas 5 minit, ulang tepukan yang same tetapi dengan posisi mengiring ke kiri dan ulang sekali lg dengan posisi mengiring ke kanan. (Bile mengiring, badan juga masih mencondong ke depan)


Nak neb pun kene bukak video..Kalau tak, xmau die..


Pengalaman yang betul2 mencabar emosi aku adalah suction. Physiotherapist akan sedut hingus / kahak dari hidung dan mulut. Aku bace la dlm blog, banyak pendapat org kate proses suction ni menyakitkan dan mencederakan organ dalam baby. Akan keluar kahak & darah sikit. Kebanyakan org kate xbagus la treatment tu. Meremang jugak bulu roma aku. Mule la aku terbayang besar mn lah tube tu eh.. Masuk ke dalam sampai mane la agaknye eh.. Huh! Seram.

Sebelum sedut, doktor pesan baby kene puasa 2 jam. Doktor akan bagitau bile the last feeding. Ade sekali tu, oklah.. Tokpa & tokmi datang melawat selepas Ilham punye last feeding. Tokpa bawak Ilham jalan2 dalam hospital sampai die tertidur dalam stroller. Senanglah, die xmerengek2 nak menyusu / menetek nak tido.

Tokpa dtg melawat bwk Ilham jalan, tengok nurse2 comel..hihihi

Ade sekali tu, doktor bagitau last feeding pukul 7.30 pagi sebab doktor nak sedut pukul 9.30 pagi. Pagi tu lepas baby minum susu dalam 1 jam kemudian, die merengek2 nak tido plak. Daddy pegi breakfast plak. Kalau aku dok dukung/dodoi, mmg la die nak menetek sebab die boleh bau kan.. Kalau daddy ade, boleh daddy dodoikan, mesti boleh tido tanpa nenen..huhu. Lagi setengah jam je nak pukul 9.30 pagi tp Ilham dok mengamuk2 nak nenen. Kesian plak aku tengok. Tak suke tengok die nangis lame2. Last2 bg jugak breastfeed. 5 minit terus tidur. Last2 doktor terpakse postpone ke ptg buat suction. Doktor kate, kalau buat jugak takut baby muntah susu plak.

Daddy melayan perasaan sementara anak tengah tido 

Bile dah sampai turn Ilham ptg tu (lepas berjaya puasa 2 jam, thanks to daddy), physiotherapist tu buat percussion dulu untuk longgarkan paru-paru. Lepas buat percussion barulah start buat suction. Tube yg doktor pakai rupe2nye kecik je.. Besar sikit je dari benang. Bile masuk dalam hidung, xdelah menyakitkan baby / mencederakan organ dalaman baby. Xde setitik darah pun yang keluar. Aku je emotional lebih. Biaselah mula2 tu menitislah jugak air mata. Dah lame tu aku pun rilek je. Malu je dengan doktor.huhu.. bukan amende pun. Anak aku merengek jugak tp bukan sebab sakit. Tapi die mmg tak suke dipegang kepala, tangan dan kaki. Memanglah die bising.

Ni baru lepas sedut... Kesian die.. Penat. Puasa 2 jam pulak tu

Hari ketiga tu doktor dtg check Ilham, kahak dah xbanyak dan Ilham dah ok.. So boleh discharge.. Kirenye aku terase mcm Ilham warded sebab doktor nak buat further test je. X-ray dan lain2 blood test utk memastikan takde penyakit lain (Influenza A, H1N1, Microplasma, etc). Treatment die sebenarnye kat rumah pun boleh. Rase tak puas hati plak doktor release Ilham awal sangat. Tp xkan aku nak bersuara kpd doktor plak suruh tahan anak aku lg kan..hihi. Bukan ape, sebagai ibu, bile jaga anak di hospital ni rase ringan sikit beban tu. Nurse bantu semua, doktor dtg check selalu, bile sampai masa nurse dtg bg ubat, makanan disediakan dan persekitaran pun tenteram. Aku just fokus jaga Ilham, bg susu, main dgn die, manja2 dgn die.. Bile kene discharge tetibe rase bimbang plak..hahaha.. So takut Ilham kene batuk lg, aku sambung cuti jaga Ilham kat rumah dan gilir2 dgn husband. Lagi 2 minggu baru Ilham masuk taska.

Mommy tumpang seronok dapat makanan sedap


Beli kat cafe. Pekene nescafe yg sedaaaap

Lepas ni, aku & husband akan amalkan ape yg doktor nasihat:

1) Bile demam lebih 3 hari bwk klinik/hospital

2) Bile batuk bg ubat, rajin2 tepuk belakang baby utk longgarkan paru-paru (percussion)

3) Bile xsihat jgn bawak anak keluar

4) Bile xbwk anak pg klinik/hospital anak dah tak batuk/selsema jgn assume anak sihat luar dalam. Instinct seorang ibu kadang2 boleh jadi salah..huhu..

5) Nak buat natural remedy tu boleh biarlah selepas doktor sahkan takde ape2 yg serius. Kdg2 kite dok beriya nak ubatkan anak guna kaedah2 semulajadi tp tanpa sedar, sakit anak tu dah tahap kritikal dan kene juga rujuk dgn doktor.

6) Kesihatan mommy & daddy pun kene jaga. Sebelum ni aku syak juga aku laki bini pun penyumbang penyakit kpd anak. Diri sendiri demam, malas makan ubat dan tak rajin pakai mask bile uruskan anak. (Selalu aku breastfeed pun lupe nak pakai mask bile aku selsema teruk).

7) Walaupun ibu bapa ade ambil extra vaccination (contoh Pneumococcal), bukan bermaksud kite boleh sambil lewa menjaga kesihatan anak. Pneumococcal tu prevention kpd jangkitan yang lebih teruk tp bukan bermaksud takkan kene selsema & batuk lansung.

8) Kalau fully breastfeed pun bukan bermaksud kite boleh ambil mudah dgn kesihatan anak. Ramai yg berpendapat, susu formula yang banyakkan pembentukan kahak tp aku sendiri breastfeed. Formula hanya utk top up bile susu tak cukup di nursery shj. Aku jugak syak aku xjage pemakanan sampai kahak Ilham susah nak hilang. Maklumlah mommy kuat makan coklat! Bertaubatlah mommy!

9) Kalau selsema & batuk ni, walau ape jua cara kite bg treatment kpd anak, kite kene pastikan kahak sentiasa keluar tak kire dari muntah / buang air besar. Bile kahak tak keluar, itulah yang akan jd terkumpul dan lama2 boleh kene jangkitan.

10) Amalkan persekitaran yang bersih. Ingat nak beli Plasma Cluster la. Nanti mommy nak kecek kat daddy la ;p

Chewah ckp panjang lebar, mcm la aku doktor! ;p Tu pendapat aku la.. Lain org lain cara kan. Sekian.

Thursday, February 12, 2015

Baby Car Seat : Friends or foe?

Ajal Papan Pemuka

Baling: Seorang bayi lelaki berusia sebulan menemui ajal akibat terhentak pada papan pemuka kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan balak di Kilometer 47.3, Jalan Baling-Sungai Petani, berdekatan Kampung Charok Bemban, Kupang, di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang apabila mangsa Zul Izul Islam Zulfazli, sebulan, dikatakan terlepas daripada pangkuan ibunya selepas kereta dipandu bapanya, Zulfazli Zulkifli, 23, dipercayai merempuh tayar depan sebelah kanan lori terbabit menyebabkan kenderaan itu remuk di bahagian hadapan.
Sebelum kejadian, ketiga-tiga beranak itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Tersusun, Bandar Riang, Gerik, Perak.
Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, bayi itu dipercayai meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Baling, manakala bapa mangsa parah di kepala dan menerima rawatan sementara ibunya Nurul Najihah Mohd Bakri, 19, dirawat sebagai pesakit luar.

Sumber dari Harian Metro : http://www.hmetro.com.my/node/30195

Lepas terbace satu keratan akhbar yang telah dikongsi oleh salah seorang ahli Facebook group Perkembangan Anak Anda (banyak betul mommy ni join group..) aku terkesima dan rase simpati sangat.. Tumpang rase sedih. Memikirkan ibu yang baru melahirkan anak dan masih dalam pantang, kehilangan insan yang paling disayangi.

Aku nak mengaitkan berita ni dengan penggunaan baby car seat bagi anak2 yang berusia bawah 2 tahun. Pengalaman aku mase ambil anak di nursery, banyak kali juga aku tengok mak ayah yang ambik anak2, pegang anak sambil drive, pegang baby sebelah tangan sambil bawak motor, anak2 membonceng tak pakai helmet dan lain2. Aku takdelah poyo sangat nak pi tegur. Tapi pandang dengan perasan bimbang je la.

Sorry, muke mommy yg besar. Baby rilek2 je. Mase ni umur 44 hari. Daddy yg drive. Kadang2 mommy duduk belakang, kadang2 mommy duduk depan.

Mase ni 1st time nak drive sorang2 dgn baby. Saje testing2. Kene praktis sebelum masuk keje.

Orang dok tanye aku, tak kesian ke baby duduk belakang, dalam car seat?.. Sebab baby car seat aku letak belakang. Ade jugak mak2 yang tanye ms aku letak baby / ambik baby di nursery. 
Aku just jawab "Tak lah.. ok je..".
"Tak menangis die??". 
"Kalau die dah menyusu, dah tukar lampin, die tak menangis..Kalau die menangis nak tidur pun, biar je die nangis. Lame2 die tidur sbb dlm kereta berbuai2..".
"Ye tak ye kan..".
Pastu aku tengok mak tu pegang anak die sambil drive kereta..huhu.. Mungkin dekat2 je kot die drive. Aku doakan yang terbaik je lah untuk die. Mungkin die pun nak belajar2 jugak letak anak dalam baby car seat.

Kalau dulu, baby car seat ni bukanlah satu keperluan. Sebab kebanyakan ibu2 adalah suri rumah. Tak timbul masalah, ibu drive sorang2 sambil nak bawak anak. Aku ingat lagi, arwah nenek aku pun beli baby car seat (style lame2 punye) mase nak bawak adik bongsu aku pegi pasar sekali dengan die. Tu sebab, arwah nenek drive kereta. Kalau orang lain mungkin bas. Lebih mudah nak bawah budak kecik, berbanding drive kereta sorang2.

Tapi sekarang ni, baby car seat ni dah jadi satu keperluan. (Mcm stroller). Sebelum beranak aku dah beli baby car seat sebab dah terfikir, letak baby dalam baby car seat lebih selamat. Lagi pun, memudahkan aku nk drive sorang2 dengan baby nanti. Kalau dari Puchong ke Putrajaya, takkan aku nak pegang anak sambil drive kan?

Antara sebab yang aku dengar, tak nak letak baby dlm car seat (Bile drive berseorangan) :

Kesian anak menangis
Ade juga yang menegur tak nangis ke baby letak dalam baby car seat? Kesian kat anak die nangis. Pada pendapat aku, bende ni kene latih dari kecik. Mase bawah 6 bulan, baby kurang peka dengan sekeliling lagi. Kalau dah menyusu, dah cukup tido, dan tukar lampin, Insya Allah die tak menangis. Kalau baby dah besar sikit nih mmg susah nak train duduk dalam car seat sebab die dah kenal keadaan sekeliling, dah kenal die duduk dengan siapa.. Ade juga kenalan aku, sanggup letak baby atas tempat duduk, mase drive sorang2. Lepas tu boleh plak ter"emergency brake".. Tercampak baby tu ke bawah.
Aku cadangkan "Letaklah baby kat atas lantai kereta, beralaskan tilam, at least kalau emergency brake, baby tu tak tercampak. Just bergolek je kat bawah..".
"Haish... ade ke letak baby kat bawah.. kat kaki kite tuuu.. Kesian letak anak kat kaki..".
Dalam hati aku berkata..."err... takpelah, kalau ko sanggup anak ko tercampak dr letak kat bawah lantai kereta..". Okla tu cadangan aku, dari aku pakse die beli baby car seat..hihi..

Mase ni, baby menangis sebab traffic light lame sangat. Bile jalan je, die diam plak.. Mase kecik2 die suke kereta bergerak. Tapi bile dah besar, die ok je termenung dalam kereta sorang2..hihi..

Mahal, tak mampu
Untuk makluman semua, baby car seat ade dijual di mana-mana jua anda berada. Semurah RM80.00/unit. (Sebab aku pernah belikan baby car seat untuk officemate & adik ipar aku). Tak mahal sangat. Nak mahal, beribu-ribu pun ade. Option lain, nak beli yang 2nd hand pun berlambak.. Search je kat Lelong.com.my / Mudah.my. Ramai je orang yang nak let go baby car seat sebab mmg tak pakai lame kan..hihi

Anak tak suke
Sama seperti stroller, baby kene jugak praktis duduk dalam car seat sejak awal2 lagi. Supaya baby biasakan diri duduk dalam tu. Macam aku, Danish Ilham dah duduk dalam baby car seat sejak keluar dari hospital (Umur 6 hari). Pastikan anak tu dah menyusu dan dah tukar lampin. Kalau die mengantuk nak tidur, lagi bagus.. Jangan panik bile die meragam sebab nak tidur. Sebab sepanjang pengalaman aku, bile die menangis nak tido, letak kereta, dalam 5 minit, mesti die terus tidur. Dengan aircond, kereta bergoyang-goyang.. mmg cepat die tidur..hihi.. Tapi kalau die lapar, kene lah bagi die susu ye.. Mak ayah mesti tau beza anak menangis nak tidur atau menangis lapar kan?? ;)

Bile anak dah besar sikit, cubelah letak ape2 toys yang menarik minat die. Ade sesetengah parents letak tablet bagi anak tengok dalam kereta.. Sekurang2nya, anak tu tak boring dan taklah asyik nak melekap kat mak je..

Dah ade macam2 ragam dah bile duk dalam kereta..


Memang bukan mudah juga travel sorang-sorang dengan baby. Terutama sekali bile baby menangis dalam perjalanan. Selalunye, aku rancang perjalanan aku. Menyusukan die dulu, bagi baby kenyang, baru drive. Andai kata drive long distance, jam plak tu.. Mmg aku terpakse cari mane2 tempat berhenti yang sesuai untuk menyusukan baby. Tapi ingat, kalau duduk di belakang sambil menyusukan baby, jangan lupe kunci pintu kereta!. Ade lah jugak beberapa kali dari Puchong ke Putrajaya / Putrajaya ke Puchong, aku terpakse berhenti mase dalam perjalanan. (Tapi bukan berhenti tepi jalan ye). Nak pergi kerja pun kdg2 pernah juga baby lapar sangat ms on the way. (Tu special case sebab baby bangun awal sangat dan dah menyusu awal2..). So terpakse berhenti sekejap menyusukan baby. Lame2 dah biase..

Cara yang sebenar nak letak baby car seat kat seat belakang. Ni pun aku main tipu..hihi.. Aku letak baby car seat mengadap ke depan sebab senang nak monitor baby melalui cermin pandang belakang. Baby car seat sepatutnya pasang di belakang seat sebab airbag tu sangat2 bahaya kalau kene baby. Impak kene airbag pun sangat kuat. Untuk kereta yang takde airbag, terpulanglah kepada masing2.. Selain tu, aku prefer letak belakang sebab kalau jadi ape2, windscreen / ape2 bende kat depan tu pun boleh bahayakan baby. Lagipun, kadang2 boleh mommy & daddy bermanje2 berdua2an di depan..hihi..

Mase ni dah umur 6 bulan lebih.. Kalau mood ok, die ok lah..hihi.. Kadang2 terpakse gak aku menyanyi2 & selawat untuk menghiburkan die.. Kadang2 die pun menghiburkan aku. Cakap2 sorang2, nyanyi2..vavavava..wiwiwiwiw..gigigigig...hihi..

Buat parents yang suke travel pun akan terima manfaat yang same kalau awal2 lagi latih anak duduk dalam car seat. Kebanyakan negara2 luar, memang menguatkuasakan undang-undang letak baby dalam car seat semasa memandu. Sampai tahap nak pangku baby untuk menyusu sekejap pun kene berhentikan kereta. Ade satu insiden yang diceritakan oleh kawan aku, ade mat salleh nak offer tumpangkan die ke tempat sewa kereta di Australia, tapi mat salleh tu just boleh tumpangkan si ayah je.. Die kate tak boleh tumpangkan mak & baby sebab kereta die tak de baby car seat..haish.. Diorg mmg tak berani nak bawak baby kalau takde car seat. Gitula citernyeee..

Pendek kate, ajal maut mmg di tangan Allah, tapi kite boleh berusaha untuk mengelakkan ape2 yang buruk terjadi.. "Kita Boleh Mengubahnya..". Familiar tak..? hihi..

Tuesday, February 10, 2015

Danish Ilham's 1st Foods!

Siape yg tak excited nak bg makan kat anak. Aku & suami pun xsabar nak bagi anak makan. Lebih2 lg bile Danish Ilham dah start keluar air liur, dok menggigit2, asyik pandang semacam bile tengok orang makan.. Zaman mak aku dulu, bagi anak makan mase umur 4 bulan. Terus bagi makan bubur nasi. Aku pun xtau menahu pasal ilmu nak bg anak makan nih. 

Sampailah ade sekali tu kawan aku invite aku masuk group Facebook - My Baby Homemade SolidFood. Mase tu barulah aku tau pasal penyediaan puri la, homemade finger food la.. Dan banyak lagi. Aku ingat main balun bagi ape2. Aku jenis sempoi. Taklah terlalu rigid sangat. Tapi, aku pegang prinsip ni: Selagi anak kecik, kite boleh control ape yg anak kite makan. Kite boleh bagi die makanan yg terbaik (sayur, buah, tanpa garam, tanpa gula, tanpa perisa), sebab bayi akan terima je ape2 makanan yg kite bagi. Mase ni la kite nak biase2kan makan sayur & buah. Nanti mase anak2 kite dah besar, dah boleh memilih makanan, dah boleh beli makanan sendiri..  Mase tu, kite nak control pun xboleh. Cara paling mudah, bagi makan Nestum kpd anak. Aku pun suke cara mudah dan senang ni. Tetapi untuk bayi yg berusia 6 bulan, tak elok kalau kite bagi makanan yang telah diproses, makanan segera, bergaram, bergula dan makanan berperisa tiruan. Kalau boleh elak, elak la ye. 

Sebagai guideline




Sekarang dah mudah, sebab dah tau care mudah sediakan makanan anak. Siap boleh buat stok berbulan. Seperti yang aku rujuk dalam group / article, aku mulakan bagi baby dengan puri buah dan sayur dahulu. Biarlah manisnya semulajadi. Bukan gula tambahan. Klau kecik2, dah biasa mkn makanan sedap, manis, masin, takut dah besar nanti jd picky eater. 

Aku mulakan bagi baby makan puri epal. Mase tu baby baru umur 5 bulan setengah. Daddy excited pegi beli perkakas2 nak buat puri. Terus buat, bg baby makan. Mmg die suke sangat. Lambat suap sikit je, nak marah. Seminggu dua tu just bagi puri epal je. Tu pun sekali sehari je kat rumah. Tak bagi di taska lg. Lepas 6 bulan lebih barulah buat stok lebih sikit dan pelbagaikan makanan. Tp masih puri. Cume kali ni bagi puri carrot, green beans dan pear. 

1st trial buat puri epal untuk Danish Ilham. Bekas beli kat Daiso je. RM5.00

Tak sabar betul... Siap boleh tak cukup lagi.. Mase nih 5 bulan setengah



Masalah Danish Ilham ni, dah pandai jugak memilih. Tak nak makan carrot & green beans. Mungkin sbb texture die agak x creamy. Aku mungkin xkukus lame. Last2 campur sikit dgn epal dlm carrot dan green beans. Sepatutnye try bagi sayur dulu.. Barulah die xtolak makan sayur..huhu.. Lepas ni kene bagi lagi try makan sayur.. Sampai die nak.. 

Epal dan carrot aku kukus pakai pengukus elektrik je..


Ni masa mule2 nak belajar buat stok untuk seminggu. Bagi kat nursery je. 2 bekas untuk 2 kali makan. Malam, aku tak bagi makan dah.

Bercerita pasal green beans, atau terjemahan yang aku tau, kacang hijau. Aku pun dah confused. Takkan nak bagi baby makan kacang hijau yang kite dok buat bubur kacang tu?? Google punye google, baru aku tau, green beans atau dikenali sebagai french beans adalah kacang buncis. Adooii.. Mommy fail lah bab membeli2 sayur nih.. Nasib baiklah kat Tesco ade tulis "French Beans". hahaha. Kalau kat pasar, mau kene marah dengan makcik penjual sayur. "Aih?? kacang buncis pun tak kenal???".

Cara nak simpan puri pun same jugak dengan simpan breastmilk. Boleh bekukan dan simpan utk tempoh yg lame. Baru2 ni ade pegi supermarket konon2 nak beli butternut squash (xtau dlm bahasa melayu ape) dgn keledek (sweet potato). Butternut squash harge dlm RM20.00++ sebijik. Lepas tu cari keledek. Tengok2 ade lebih 6 jenis keledek.. Aku dah x ingat ape 6 jenis tu, antaranya japanese sweet potato. Aku dgn husband dah pening. Takde ke keledek biase je!? Tak pun tulis "KELEDEK / SWEET POTATO" je?. Klau aku, selalu membeli ikut label je. Tanye husband aku sebab die lebih pandai bab buah2an dan sayur2an ni. Sekali, die pun xsure. Last2 tak beli..haha. Lepas ni tak tau lah nak prepare menu ape plak.

Ni stok untuk 2-3 minggu jugak. Puri epal, kacang buncis, carrot dan pear. Ade yang dah campur2, ada yang beli. Ni gambar sebelum aku simpan dalam freezer. Kalau simpan dalam freezer, boleh tahan 3 bulan. Kalau esok nak hantar ke nursery, malam ni, aku dah defrostkkan puri dalam fridge. Esoknya, bagi cikgu nursery dalam cooler bag sekali dengan susu badan.


Anak tak rilek2 je. Mak yang beriya. Beli sudu kapal terbang.. Konon2 nak menggalakkan anak makan. Anak aku nih, bagilah sudu ape pun, die makan saje..hihi

Storage ni aku beli untuk simpan stok dan terus bagi kat cikgu. Kalau makan dua kali, aku bagi lah 2 bekas. Tapi sementara ni aku pakai bekas dadih dulu.. saje nak abiskan stok. Dah buang semua, baru aku pakai bekas nih..

Bekas ni beli saje2. Best sebab senang nak keluarkan puri yang beku. letak dalam mangkuk. Fungsi same je dgn mane2 storage. Kadang2 aku bawak bile travel. Baby makan dari dalam bekas tu.

Bile travel, aku beli makanan bayi dlm botol je.. Brand Heinz. Takde pengawet, perisa tiruan, pewarna, gula dan garam. Kalau nak yg organic pun ade. Kalau nak beli makanan bayi melalui online pun boleh di Baby Eats by Justlixa (Ade Facebook page, Blogspot dan Instagram).

Makanan yang aku beli masa travel baru-baru ni. Satu botol boleh pakai untuk 2x makan. Untuk Ilham, sehari jelah. Kalau dah sekali bukak, boleh tahan 48 jam je. Lepas tu dah kene buang.

Makanan baby dalam botol tu, aku tuang separuh dalam bekas nih. Jangan bagi baby makan terus dari botol. Sebab kalau tak abis, dah kene buang. Ade bakteria dari air liur baby tu. #Tapi kdgn2 mommy main tipu. Baby tak suke makan sangat zucchini & peas. Mommy simpan balik. (Makan terus dari botol) Esoknya, campur dgn epal kasi baby perabis..haha

Kadang2 malas nak letak bip. Sebab kain, nanti kene selalu basuh. Lupe nak beli bip plastik plak tu. Aku letak tisu je..hihi..

Dah ready sangat nak makan nih!

Puri carrot + epal. Berak pun kaler oren..hihihi


Mase Ilham umur 6 bulan lebih aku baru perasan die dah ade 2 batang gigi bawah. Sekarang makin kerap die terliur bile tengok org makan. Aku beli Heinz Teething Rusks. No added colours, no added sugar, no artificial flavours, no preservatives. Aku suke beli Heinz sebab variety dan senang nak cari walaupun travel oversea.



Daddy belikan teething rusks ni untuk travel. Tapi mase hari minggu hari tu, Ilham sibuk dtg ke meja makan, tengok semacam orang makan. (Datang dengan  walker die..). Last2 bagi die try makan. Mule2 berkerut. Tapi duk berulang2 gigit. Leka betul die.. Sampai comot..hihihi..

Mase ni dah try buat puri betik dan bubur nasi campur ayam (masak bubur + ayam + carrot dan blend). Banyak jugaklah stok aku buat.. Dah beku, simpan dlm tupperware. Konon2 utk sebulan. Ade puri frozen apple, betik, carrot dan bubur nasi.

Lepas nih, mungkin nak try bubur nasi plak. Mungkin brokoli. Labu ke.. Tengoklah mcm mane nanti. Nanti beriya2 merancang, resepi siap, sekali nak pegi supermarket takde jual plak. huhuhu.. Tetapi anakku yang tersayang ni tetap kene diajar suke makan sayur. Jgn jadi macam mommy die..hihihi..