Adv

Thursday, February 12, 2015

Baby Car Seat : Friends or foe?

Ajal Papan Pemuka

Baling: Seorang bayi lelaki berusia sebulan menemui ajal akibat terhentak pada papan pemuka kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan balak di Kilometer 47.3, Jalan Baling-Sungai Petani, berdekatan Kampung Charok Bemban, Kupang, di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang apabila mangsa Zul Izul Islam Zulfazli, sebulan, dikatakan terlepas daripada pangkuan ibunya selepas kereta dipandu bapanya, Zulfazli Zulkifli, 23, dipercayai merempuh tayar depan sebelah kanan lori terbabit menyebabkan kenderaan itu remuk di bahagian hadapan.
Sebelum kejadian, ketiga-tiga beranak itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Tersusun, Bandar Riang, Gerik, Perak.
Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, bayi itu dipercayai meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Baling, manakala bapa mangsa parah di kepala dan menerima rawatan sementara ibunya Nurul Najihah Mohd Bakri, 19, dirawat sebagai pesakit luar.

Sumber dari Harian Metro : http://www.hmetro.com.my/node/30195

Lepas terbace satu keratan akhbar yang telah dikongsi oleh salah seorang ahli Facebook group Perkembangan Anak Anda (banyak betul mommy ni join group..) aku terkesima dan rase simpati sangat.. Tumpang rase sedih. Memikirkan ibu yang baru melahirkan anak dan masih dalam pantang, kehilangan insan yang paling disayangi.

Aku nak mengaitkan berita ni dengan penggunaan baby car seat bagi anak2 yang berusia bawah 2 tahun. Pengalaman aku mase ambil anak di nursery, banyak kali juga aku tengok mak ayah yang ambik anak2, pegang anak sambil drive, pegang baby sebelah tangan sambil bawak motor, anak2 membonceng tak pakai helmet dan lain2. Aku takdelah poyo sangat nak pi tegur. Tapi pandang dengan perasan bimbang je la.

Sorry, muke mommy yg besar. Baby rilek2 je. Mase ni umur 44 hari. Daddy yg drive. Kadang2 mommy duduk belakang, kadang2 mommy duduk depan.

Mase ni 1st time nak drive sorang2 dgn baby. Saje testing2. Kene praktis sebelum masuk keje.

Orang dok tanye aku, tak kesian ke baby duduk belakang, dalam car seat?.. Sebab baby car seat aku letak belakang. Ade jugak mak2 yang tanye ms aku letak baby / ambik baby di nursery. 
Aku just jawab "Tak lah.. ok je..".
"Tak menangis die??". 
"Kalau die dah menyusu, dah tukar lampin, die tak menangis..Kalau die menangis nak tidur pun, biar je die nangis. Lame2 die tidur sbb dlm kereta berbuai2..".
"Ye tak ye kan..".
Pastu aku tengok mak tu pegang anak die sambil drive kereta..huhu.. Mungkin dekat2 je kot die drive. Aku doakan yang terbaik je lah untuk die. Mungkin die pun nak belajar2 jugak letak anak dalam baby car seat.

Kalau dulu, baby car seat ni bukanlah satu keperluan. Sebab kebanyakan ibu2 adalah suri rumah. Tak timbul masalah, ibu drive sorang2 sambil nak bawak anak. Aku ingat lagi, arwah nenek aku pun beli baby car seat (style lame2 punye) mase nak bawak adik bongsu aku pegi pasar sekali dengan die. Tu sebab, arwah nenek drive kereta. Kalau orang lain mungkin bas. Lebih mudah nak bawah budak kecik, berbanding drive kereta sorang2.

Tapi sekarang ni, baby car seat ni dah jadi satu keperluan. (Mcm stroller). Sebelum beranak aku dah beli baby car seat sebab dah terfikir, letak baby dalam baby car seat lebih selamat. Lagi pun, memudahkan aku nk drive sorang2 dengan baby nanti. Kalau dari Puchong ke Putrajaya, takkan aku nak pegang anak sambil drive kan?

Antara sebab yang aku dengar, tak nak letak baby dlm car seat (Bile drive berseorangan) :

Kesian anak menangis
Ade juga yang menegur tak nangis ke baby letak dalam baby car seat? Kesian kat anak die nangis. Pada pendapat aku, bende ni kene latih dari kecik. Mase bawah 6 bulan, baby kurang peka dengan sekeliling lagi. Kalau dah menyusu, dah cukup tido, dan tukar lampin, Insya Allah die tak menangis. Kalau baby dah besar sikit nih mmg susah nak train duduk dalam car seat sebab die dah kenal keadaan sekeliling, dah kenal die duduk dengan siapa.. Ade juga kenalan aku, sanggup letak baby atas tempat duduk, mase drive sorang2. Lepas tu boleh plak ter"emergency brake".. Tercampak baby tu ke bawah.
Aku cadangkan "Letaklah baby kat atas lantai kereta, beralaskan tilam, at least kalau emergency brake, baby tu tak tercampak. Just bergolek je kat bawah..".
"Haish... ade ke letak baby kat bawah.. kat kaki kite tuuu.. Kesian letak anak kat kaki..".
Dalam hati aku berkata..."err... takpelah, kalau ko sanggup anak ko tercampak dr letak kat bawah lantai kereta..". Okla tu cadangan aku, dari aku pakse die beli baby car seat..hihi..

Mase ni, baby menangis sebab traffic light lame sangat. Bile jalan je, die diam plak.. Mase kecik2 die suke kereta bergerak. Tapi bile dah besar, die ok je termenung dalam kereta sorang2..hihi..

Mahal, tak mampu
Untuk makluman semua, baby car seat ade dijual di mana-mana jua anda berada. Semurah RM80.00/unit. (Sebab aku pernah belikan baby car seat untuk officemate & adik ipar aku). Tak mahal sangat. Nak mahal, beribu-ribu pun ade. Option lain, nak beli yang 2nd hand pun berlambak.. Search je kat Lelong.com.my / Mudah.my. Ramai je orang yang nak let go baby car seat sebab mmg tak pakai lame kan..hihi

Anak tak suke
Sama seperti stroller, baby kene jugak praktis duduk dalam car seat sejak awal2 lagi. Supaya baby biasakan diri duduk dalam tu. Macam aku, Danish Ilham dah duduk dalam baby car seat sejak keluar dari hospital (Umur 6 hari). Pastikan anak tu dah menyusu dan dah tukar lampin. Kalau die mengantuk nak tidur, lagi bagus.. Jangan panik bile die meragam sebab nak tidur. Sebab sepanjang pengalaman aku, bile die menangis nak tido, letak kereta, dalam 5 minit, mesti die terus tidur. Dengan aircond, kereta bergoyang-goyang.. mmg cepat die tidur..hihi.. Tapi kalau die lapar, kene lah bagi die susu ye.. Mak ayah mesti tau beza anak menangis nak tidur atau menangis lapar kan?? ;)

Bile anak dah besar sikit, cubelah letak ape2 toys yang menarik minat die. Ade sesetengah parents letak tablet bagi anak tengok dalam kereta.. Sekurang2nya, anak tu tak boring dan taklah asyik nak melekap kat mak je..

Dah ade macam2 ragam dah bile duk dalam kereta..


Memang bukan mudah juga travel sorang-sorang dengan baby. Terutama sekali bile baby menangis dalam perjalanan. Selalunye, aku rancang perjalanan aku. Menyusukan die dulu, bagi baby kenyang, baru drive. Andai kata drive long distance, jam plak tu.. Mmg aku terpakse cari mane2 tempat berhenti yang sesuai untuk menyusukan baby. Tapi ingat, kalau duduk di belakang sambil menyusukan baby, jangan lupe kunci pintu kereta!. Ade lah jugak beberapa kali dari Puchong ke Putrajaya / Putrajaya ke Puchong, aku terpakse berhenti mase dalam perjalanan. (Tapi bukan berhenti tepi jalan ye). Nak pergi kerja pun kdg2 pernah juga baby lapar sangat ms on the way. (Tu special case sebab baby bangun awal sangat dan dah menyusu awal2..). So terpakse berhenti sekejap menyusukan baby. Lame2 dah biase..

Cara yang sebenar nak letak baby car seat kat seat belakang. Ni pun aku main tipu..hihi.. Aku letak baby car seat mengadap ke depan sebab senang nak monitor baby melalui cermin pandang belakang. Baby car seat sepatutnya pasang di belakang seat sebab airbag tu sangat2 bahaya kalau kene baby. Impak kene airbag pun sangat kuat. Untuk kereta yang takde airbag, terpulanglah kepada masing2.. Selain tu, aku prefer letak belakang sebab kalau jadi ape2, windscreen / ape2 bende kat depan tu pun boleh bahayakan baby. Lagipun, kadang2 boleh mommy & daddy bermanje2 berdua2an di depan..hihi..

Mase ni dah umur 6 bulan lebih.. Kalau mood ok, die ok lah..hihi.. Kadang2 terpakse gak aku menyanyi2 & selawat untuk menghiburkan die.. Kadang2 die pun menghiburkan aku. Cakap2 sorang2, nyanyi2..vavavava..wiwiwiwiw..gigigigig...hihi..

Buat parents yang suke travel pun akan terima manfaat yang same kalau awal2 lagi latih anak duduk dalam car seat. Kebanyakan negara2 luar, memang menguatkuasakan undang-undang letak baby dalam car seat semasa memandu. Sampai tahap nak pangku baby untuk menyusu sekejap pun kene berhentikan kereta. Ade satu insiden yang diceritakan oleh kawan aku, ade mat salleh nak offer tumpangkan die ke tempat sewa kereta di Australia, tapi mat salleh tu just boleh tumpangkan si ayah je.. Die kate tak boleh tumpangkan mak & baby sebab kereta die tak de baby car seat..haish.. Diorg mmg tak berani nak bawak baby kalau takde car seat. Gitula citernyeee..

Pendek kate, ajal maut mmg di tangan Allah, tapi kite boleh berusaha untuk mengelakkan ape2 yang buruk terjadi.. "Kita Boleh Mengubahnya..". Familiar tak..? hihi..

2 comments:

  1. Sis, kalau umur baby dah nak masuk 5 bulan sesuai tak letak dalam car seat ni? Car seat saya sparco juga...tapi tak install lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. Kalau rs2 baby kecik, boleh letak body & head support

      Delete