Adv

Sunday, February 8, 2015

Danish Ilham : 0 - 6 months

Dalam entry ni, aku nak share secara general perkembangan Danish Ilham. Dilahirkan pada 20 Julai 2014, berat 2.84 kg, c-sect. Mase lahir die ade jaundice. 1st two months tu mmg masih lagi kuning, dan berat pun tak berapa naik. Bile flash back balik gambar2 die, kesian betul tengok die.. Kecik jeee. Sampai ade pernah akak ni tegur kat Pavilion, "anak ni berapa hari?". Rase nak terajang pun ade akak tu. Hagak2 lah anak baru berapa hari dah bawak ke Pavilion. Sengal. Mase tu Ilham umur 2 bulan. Bile cakap "eh tak.. 2 bulan..". Akak tu boleh plak cakap "eh.. kecik eh...!". Rase nak bagi penumbuk je. Fuh emosional betul aku mase tu. Ko sape? Stranger plak tu. Biadap sungguh. Akak tu kemetot je, tak tinggi pun. Dah lah pendek, ade hati mengata anak orang kecik plak. Main sifat plak akak nih. Sabar2.. Mungkin akak tu xnampak baby aku betul2 kot. Berselimut plak dalam stroller, nampak kepala je. Muke tak bulat. Tapi nak buat mcm mane, orang Malaysia ni kekadang terlebih "prihatin". Bimbang terlebih tengok anak orang. Mak ayahnye rilek2 je.

Danish Ilham dilahirkan dengan rambut yang lebat jugak. Muke bulat! Ade dimple di dagu dan pipi. Ikut daddy la kot. Tanda lahir di punggung. Ade earlobe ikut daddy jugak. Ramai orang kate, generally muke ikut mommy.
Seronok daddy belikan baby balloon! Mase ni, moment sangat2 precious.. Baby pandang mommy.. mcm kenal je..

Mase ni Danish Ilham berusia seminggu. Masih nampak kuning. Tapi muke masih lagi bolat!

Mase ni selepas discharge dari hospital kali ke-dua. Hari Raya ke-dua. Berat die turun sikit ms admitted. Which is normal bagi minggu pertama.

Berusia hampir sebulan. 3 minggu lebih. Nampak mcm lagi kuning dan badan semakin susut. Masa ni gagahkan diri bagi breastfeed banyak2 selepas disahkan kene prolonged jaundice. Lepas buat blood test, fungsi hati, ginjal semua ok.. Doktor pun kate, kuning turun mmg akan ambil mase. Mungkin 2-3 bulan.

Mase ni umur 2 minggu. Dah pandai tersengih dan ketawa masa tidur.. Comel sungguh!

Kuning dah start turun mendadak mase nih. Sbb aku nampak perubahan warna kulit muka & badan dah semakin cerah. Blood test pun turun mendadak. Doktor kate dah semakin ok. Alhamdulillah.. Seawal 2 bulan Danish Ilham dah start mengiring2.. Kepala die kuat.. Bile tiarapkan die, die cukup suke dok angkat kepala..

Mommy & daddy dah rajin bawak Ilham keluar jalan2 shopping.

Seronok ketawa mase tengah nak tidur - hampir 2 bulan


Mase ni 7 minggu. Muka die dah nampak cerah, mata pun dah sepenuhnya putih. Takde kuning dah!

Start tido mcm2 ragam. Bile bedung, tak lame lepas tu mesti dapat lepaskan diri.


Mase ni dah pandai ketawa bile diagah ~ 2 bulan

Masa ni 1st time bawak Ilham pegi Pavilion. Masa ni lah ade akak tanya "Anak berapa hari ni?" Hmm.... Tak taulah nak marah ke nak ketawa..

Dah pandai posing depan camera! Haih.. budak2 zaman sekarang.. ~ 2 months

2 months 1 week ~ Dah suke bergurau senda dengan mommy. Especially bile bangun tidur pagi2..



Daddy bawak mommy & baby jalan2 ke Melaka sempena mommy cuti panjang

Masa ni dah nampak berisi sikit dah bile tak pakai baju.




Ni semua gambar yang daddy curi2 ambil masa mommy & Ilham tengah tidur. You are so like me baby! No DNA test needed (Mom & son version) lols..

2 bulan 3 minggu ~ Bawak baby untuk monthly check up. Berat 5.67 kg.. Alhamdulillah..


Ilham tak cukup 4 bulan lagi, jadi mommy tak boleh nak kendong Ilham pakai carrier. Masa nih mommy kendong Ilham pakai ring sling tapi tak berapa mahir.

Last2 mommy terpakse kendong Ilham dalam soft structured carrier (SSC) walaupun belum cukup 4 bulan. Insya Allah ok sebab badan Ilham agak besar, belakang & kepala Ilham pun dah kuat.

Danish Ilham ~ 3 months

3 bulan ~ Esok nak masuk nursery dah..!

1st day at nursery!

Mommy selalu kesian dengan budak kecik nih sebab awal2 pagi lagi dah keluar rumah.. Kerap sangat berembun sampai demam, batuk, selsema. Semua.. Takpelah sayang, kalau Ilham tak sakit, mommy pun tak dapat nak belajar mcm mane nak jaga Ilham..

On mommy's birthday lunch. Masa Ilham dah start tinggal di nursery. Alhamdulillah, everything's went well. Cikgu nursery Ilham pun baik :-)

Masa ni 1st time pakaikan Ilham legging denim. Tapi perempuan punye..hihihi.. Sebab lelaki punya tak lawa & tak fit.

3 bulan 1 minggu ~ Ilham dah pandai bersembang2, membebel2..

Video kegemaran Ilham sejak dalam hari lagi - Baby TV Baa Baa Black Sheep. Tak pernah plak die bosan tengok video tu

3 bulan 3 minggu ~ Mommy & Daddy bawak Ilham swimming..

Ni jumpsuit favourite mommy. Sebenarnya untuk baby umur 6 bulan ke atas. Tp Ilham dah boleh pakai. Sejak tu, mom & dad terpaksalah shopping baju2 besar untuk Ilham. Tersilap langkah dah beli baju ikut umur Ilham 


3 bulan 3 minggu ~ Habit Ilham masa ni masuk tangan dalam mulut. Kadang2 sampai 2 tangan!


Ketawa beriya bersembang dengan Ginger
4 bulan 1 minggu ~ Majlis Aqiqah & Kesyukuran Danish Ilham!
Seronok Ilham ketawa dengan nenek


4 bulan 1 minggu ~ Majlis Aqiqah & Kesyukuran Danish Ilham!




Selepas seminggu Majlis Aqiqah Danish Ilham, kami cukur botak kepala baby. Comel la plak!
4 bulan 2 minggu


Nampak sangat2 segak! Tapi daddy tak sabar nak baby tumbuh rambut. Ilham ni kulit cerah dan kulit sensitif. Bile berpeluh, garu2 sikit, dah merah2.. Bile botak, lagi jelas.. Huhu. Sekarang ni plak habit baru die, cakar2 muke, cakar kepala, cakar telinga.. Balik dari nursery tak bertanda di muka mmg tak sah!

Pesan mak mentua, pakai selalu tutup kepala takut senang masuk angin / sejuk. Daddy belikan topi kebun untuk Ilham.. We loved it so much!!


My one and only Hang Kebun

Ilham teman mommy beli barang dapur di Alamanda

4 bulan 3 minggu ~ Dah semakin ketara habit Danish Ilham suke menggigit! Nasib baik mase mommy pregnant daddy ade beli buku gambar yang diperbuat daripada kain siap ade teether kat bucu die.. Buat sementara ni, Ilham gigit tu dulu ye.. Nanti mommy cari teether..

5 bulan ~ Duduk dalam carrier pun dok menggigit/menghisap jugak. Kene jugak letak drool pad nih

Yeay... dah dapat teether! Nyum3..

5 bulan 1 minggu ~ Tak abis2 menggigit2.. Gigi nak tumbuh kot



   

5 bulan 1 minggu ~ Sekarang ni kalau Ilham nak tidur lame, kene ade bantal peluk. Bile die mimpi2 ke, tak berapa nyenyak ke, peluk2 bantal boleh sambung tidur balik.. Sejak tu daddy belikan bantal peluk gambar kambing biri2...hihi.. sbb Ilham suke tengok Baa Baa Black Sheep


Sejak dah tiarap sendiri masa umur 4 bulan setengah dulu, asyik memanjang nak tiarap je.. Bangun tidur pukul 5 pagi pun nak tiarap, kacau2 orang.. siap boleh pusing2 plak. Tau2 aku bangun tidur je, kepala die kat bawah, kaki die kat muka aku..haish.. Sekarang pun dah pandai cari nenen sendiri.. pandai plak nak selak2.

Dah pandai tengok handphone plak. haih

Mainan budak kecik nih ade banyak tapi tak boleh bagi main bende yang sama selalu. Kene selang2, kalau tak die akan bosan.



5 bulan 1 minggu ~ Tangan tak tinggal..hihi

Masa ni dah boleh didudukkan. Tapi kene tengok lah kang die menggelongsor. Boleh tahan lasak anak bujang nih..


Sekarang ni bile menyusu pakai botol, Ilham dah pandai nak pegang sendiri.. Teringat ade Starter Set Nuby.. Ade botol sekali dengan handle, dengan straw pun ade. Boleh pakai sampai umur setahun..

Terus je bagi Ilham try pakai botol nih.. senang die pegang handle..


Sekarang Ilham asyik pandang je orang makan.. Dah nampak mcm terliur plak dengan makanan.. Sebulan lebih dah air liur die asyik keluar, sampai kat pipi naik ruam.. Nasib baik doktor kate normal cume kene amalkan lap dengan kain basah. Mommy tak sabar nak bagi Ilham makan masa umur 6 bulan nanti..hihihi

Playgym ni jarang aku keluarkan.. Kadang2 je.. Sebab Ilham cepat bosan.. Sekali sekala aku keluarkan, seronok lah die main..

Dah tahap bahaya plak budak kecik ni duduk kat bouncer.. Asyik nak bangun walaupun dah pasang harness.. Hmm, xpe.. nanti mommy kecek daddy belikan Ilham Jumperoo OK! hihi..


Bile dah umur dalam 5 bulan lebih, dah senang sikit bawak baby keluar.. die dah pandai main sendiri, bercakap2 sendiri.. So senang lah kami laki bini berdating, minum2, makan2..

5 bulan lebih, susu formula baby dah start minum 6 oz..

Dah ade kawan! Mr. Pingu

Tidur pun dah semakin lasak.. berguling2, berpusing.. bahaya budak kecik nih..


Daddy tak sabar nak bagi makan kat Ilham.. hihi.. Gigih daddy pegi beli barang2 untuk buat puri epal.. So, kami bagilah baby makan awal seminggu sebelum 6 bulan.. hihi.. nasib baby pandai makan.. Tak sabar plak tu..


Lagi sekali daddy tak sabar tengok Ilham berjalan.. Daddy beli walker. At least, senang sikit nak buat kerja. Tapi kene pantau selalu jugak. Orang selalu bagi anak main dalam walker umur 8 bulan. Tapi kami balun je.huhu..

Jumperoo pun beli jugak! Seronok tengok Ilham melompat-lompat. Nampak die lebih enjoy..

Mommy tak perasan Danish Ilham dah ade gigi! Cikgu yang perasan lg awal.. haisshh.. Mase ni 6 bulan 1 minggu

Disebabkan baru tau, Ilham dah ade gigi, kami beli Heinz Teething Rusks. Seronok die menggigit2..

Ilham dah start merangkak sikit2.. especially bile die bersungguh2 nak sesuatu. Contoh, tengok huruf2 kat foam tu atau tunjuk nenen bile die nangis lapar..hihi..

No comments:

Post a Comment