Adv

Thursday, February 19, 2015

Penangan Acute Bronchiolitis

Kenangan pahit anak warded 2 kali mase lahir dulu pun dah cukup buat aku sedih. Warded kali ketiga... Huh, memang menguji kesabaran & kekuatan hati seorang ibu. Danish Ilham dari kecik jarang demam. Except jaundice semase lahir. 1st time demam selepas hampir sebulan masuk nursery.Umur Ilham lebih kurang 4 bulan. Mase demam panas, sampai terpakse jemput Ilham dari nursery dan bawak ke klinik. Lepas tu dptlah selsema dan batuk.

Kate doktor, tu normal selepas hantar ke nursery. Kate orang, cara anak2 nak bina antibodi badan mereka. Aku pun bersangkalah baik. Tak mau la fikir mcm2 walaupun dalam hati ni berkata "eh, susu ibu kan ade antibodi. Bukan bayi susu badan ni susah demam ke?". Doktor ade la bg ubat kahak dan ubat demam. Masalahnye aku ni terlalu banyak sangat bace blog, artikel di internet dan terlalu banyak dengar cakap org. Antaranya perkara yg berkaitan selalu aku baca :

1) Cube jgn bergantung kpd ubat. Cuba amalkan natural remedy.

2) Doktor yg bg ubat kpd bayi bawah 6 bulan adalah doktor yg tiada etika.

So aku terikut2 dgn pendapat tu. Aku xbg sangat ubat kat Ilham. Bile batuk teruk je aku bg. Doktor dah pesan ubat kahak, bagi sekali sehari. Selain tu aku hanya wapkan anak dan tepuk2 anak pd wap air panas yang dah dicampurkan dgn habatusauda. Aku beli jugak krim herba Tropika utk batuk Ilham. Tak lame tu, Ilham pun sihat.. Selain tu, Ilham xpernah lagi demam. Cume selsema dan batuk on/off. Jarang bawak pg klinik/hospital sebab rase2 mcm boleh control je. Lagipun Ilham boleh je minum susu dan kekal aktif.

Masuk 6 bulan lebih Ilham dah tumbuh 2 btg gigi. Satu ptg Jumaat tu (13 Feb) cikgu nursery Ilham bagitau, Ilham kali ni meragam sikit. Asyik gigit2 botol, merengek2 dan susah nak tido. Cikgu dok suapkan susu pun sampai Ilham muak dah. Aku rase ni mcm nak tumbuh gigi je meragam die. Malam tu Ilham demam. Suhu dlm 37 - 38 darjah celcius. Aku just jerlum je dgn kain basah. Tgh malam tu Ilham dah ok. Esoknye kami siap keluar pg shopping barang dapur. Petangnya, Ilham demam semula. Malam ok balik. Pendek kate, on/off sepanjang Sabtu dan Ahad tu. Husband suruh bagi ubat pun aku dengan egonye tak bagi. Kate aku, dengan baby jgn biase2kan bagi ubat.. Gigihlah aku menjerlum baby. Dah lame2 tu risau demam baby tak kebah2, aku bg jugak ubat paracetamol. Lepas tu kuranglah meragam die. Aku assume, die meragam nak tumbuh gigi sebab die asyik gigit tangan die. So, aku urut2 la gusi Ilham, bagi teething rusks.

Hari Isnin nak keje, husband dah suruh aku cuti utk jaga Ilham. Tapi aku rase Ilham ok je boleh pegi nursery. Kalau badan panas, boleh suruh cikgu jerlum je. Aku pun xde bekalkan ubat kpd cikgu. Bile rujuk dgn mak abah dan kawan2, ramai yg setuju kate mungkin demam nak tumbuh gigi. Ade juga yg berpendapat, bile baby demam ni, petanda die sakit sesuatu. Aku perasan juga Ilham punye nafas laju, tp ms tu aku hanya bersangka baik. Malas nk fikir ape2. Orang kate kene ikut instinct ibu jugak kan..

Sebelum lunch hour, tibe2 cikgu nursery whatsapp. Kate suhu badan Ilham naik dan Ilham mcm lemah sangat. Aku pun panik jugak sebab cikgu ni selalu klau setakat batuk/demam sikit2, cikgu ok je jaga. Tp kali ni cikgu sendiri rase Ilham lain dan tak seperti biase. Aku pun ambillah Ilham dr nursery dan bawak pg hospital. Ingat nak jumpe paediatrician Ilham tp beliau dah start cuti Chinese New Year plak.

Menunggu result blood test di KPMC

So aku dan husband pg la KPMC (Kajang Plaza Medical Center) di Bandar Puteri Puchong. Jumpe doktor, die check pernafasan Ilham dan doktor kate ade kahak dlm paru2 dan suggest utk buat blood test. Result blood test tu menunjukkan ade jangkitan. (Platelet darah putih dan kandungan protein dlm darah tinggi - bacaan 100+. Kalau normal 5). Doktor nasihatkan baby masuk wad, tp disebabkan KPMC bukan panel hospital utk insurans Ilham, kami request doktor buat referral letter kpd Columbia Asia Hospital utk admit baby di sana. Hati ni sedih gile. Sambil menunggu bil tu aku dah menangis dah. Sedih gile dengar baby nak kene admit. Stress gile. Lepas tu aku terus balik rumah, packing2 barang utk pg hospital.

Mase mula2 warded. Kesian anak mommy :'-(
Nasib baik bawak mainan Ilham.. Tak lah Ilham bosan

Mase ni Ilham rase janggal sebab ade bandage kat tangan die

Di hospital, paediatrician check, mmg ade jangkitan. Kene buat lg blood test dan x-ray. Mase nak admit tu dah malam pulak, hospital xdapat nak contact Prudential utk sahkan coverage insurans Ilham. Setahu aku bukan semua penyakit boleh cover on the spot. Ade juga grace period time die. Tak silap klau pasal jangkitan paru-paru, berkenaan pernafasan ni mesti 4 bulan selepas ambil polisi. Doktor kate tak serius sangat. Boleh juga kalau nak balik dan tak perlu admit. Just treatment di rumah je. Tapi rugi la.. Bil sebagai pesakit luar dah beratus2, baik warded. Boleh insurance cover. Bil kat KPMC je td dah beratus2. Baru check darah & consultation. Last2 kami decide utk admit je Ilham. Disebabkan kami kene admit malam dlm pukul 9 lebih, kene la bayar deposit Rm1500, sebab xdpt lg pengesahan dr Prudential malam tu.

Daddy tgh jaga supaya Ilham tak lasak ms masukkan antibiotics

Malam tu, bermalamlah kami di hospital. Sebelum masuk wad, kami pergi ke Emergency Room utk bg nebulizer kpd Ilham. Lepas tu doktor dah sahkan Ilham ade Acute Bronchiolitis (lepas aku bace laporan perubatan Ilham lepas discharge). Serious aku masih lg confuse ape beza bronchiolitis, pneumonia dan bronchopneumonia. Sebab sebelum tu nurse bgtau Ilham kene bronchopneumonia. Tetapi, yang pasti Ilham ade jangkitan pada saluran pernafasan dan menyebabkan die susah nak bernafas. Antara treatment yang diberi, antibiotics (masuk mcm drip), physiotherapy (percussion & suction) dan nebulizer. Alhamdulillah, insurans pun cover semua dan dapat entitlement single bed room.

Seronok Ilham Uncle Husni & Auntie Syaq datang melawat


Kesian daddy penat jage Ilham...

Ilham & Uncle Husni


Ilham & Auntie Syaq!

Pengalaman baby dah mula lasak masuk wad amat2 mencabar bagi aku..huhu.. Aku cukup risau dengan drip kat tangan die, risau jatuh katil, risau terhantuk kat palang katil dan risau meronta2 bila doktor bagi antibiotics & buat nebulizer. So aku mintaklah bantal spare dr nurse..huhu.. Klau bagi nebulizer, klau die tengah tido senang sikit. Kalau die berjaga, terpakse husband aku pasang video kegemaran die "Baa Baa Black Sheep". Barulah die duduk diam. Sama juga bile jumpe Physiotherapist. Sambil tepuk2 bukaklah video bagi die leka. Mase buat percussion tu la baru kami belajar teknik yang betul mcm mane nak tepuk belakang anak. Selalu jugak try buat kat rumah tp xlame sebab Ilham asyik marah2, menangis tak suke. Tp doktor buat kat hospital die diam je.. Doktor tepuk kuat jugak tp mungkin cara tu buat die selesa.. So lepas ni bolehlah amalkan kat rumah :

1) Bedung anak / balut anak (letak lah video ke tablet ke ape, bagi die selesa)

2) Tiarapkan baby, letak bantal bawah kaki dan pastikan kedudukan kepala dan badan lagi rendah dari kaki (mencondong ke depan)

3) Tepuk kuat tetapi tempo perlahan dengan tangan menekup. Kalau tangan terbuka, baby akan rase sakit.

4) Selepas 5 minit, ulang tepukan yang same tetapi dengan posisi mengiring ke kiri dan ulang sekali lg dengan posisi mengiring ke kanan. (Bile mengiring, badan juga masih mencondong ke depan)


Nak neb pun kene bukak video..Kalau tak, xmau die..


Pengalaman yang betul2 mencabar emosi aku adalah suction. Physiotherapist akan sedut hingus / kahak dari hidung dan mulut. Aku bace la dlm blog, banyak pendapat org kate proses suction ni menyakitkan dan mencederakan organ dalam baby. Akan keluar kahak & darah sikit. Kebanyakan org kate xbagus la treatment tu. Meremang jugak bulu roma aku. Mule la aku terbayang besar mn lah tube tu eh.. Masuk ke dalam sampai mane la agaknye eh.. Huh! Seram.

Sebelum sedut, doktor pesan baby kene puasa 2 jam. Doktor akan bagitau bile the last feeding. Ade sekali tu, oklah.. Tokpa & tokmi datang melawat selepas Ilham punye last feeding. Tokpa bawak Ilham jalan2 dalam hospital sampai die tertidur dalam stroller. Senanglah, die xmerengek2 nak menyusu / menetek nak tido.

Tokpa dtg melawat bwk Ilham jalan, tengok nurse2 comel..hihihi

Ade sekali tu, doktor bagitau last feeding pukul 7.30 pagi sebab doktor nak sedut pukul 9.30 pagi. Pagi tu lepas baby minum susu dalam 1 jam kemudian, die merengek2 nak tido plak. Daddy pegi breakfast plak. Kalau aku dok dukung/dodoi, mmg la die nak menetek sebab die boleh bau kan.. Kalau daddy ade, boleh daddy dodoikan, mesti boleh tido tanpa nenen..huhu. Lagi setengah jam je nak pukul 9.30 pagi tp Ilham dok mengamuk2 nak nenen. Kesian plak aku tengok. Tak suke tengok die nangis lame2. Last2 bg jugak breastfeed. 5 minit terus tidur. Last2 doktor terpakse postpone ke ptg buat suction. Doktor kate, kalau buat jugak takut baby muntah susu plak.

Daddy melayan perasaan sementara anak tengah tido 

Bile dah sampai turn Ilham ptg tu (lepas berjaya puasa 2 jam, thanks to daddy), physiotherapist tu buat percussion dulu untuk longgarkan paru-paru. Lepas buat percussion barulah start buat suction. Tube yg doktor pakai rupe2nye kecik je.. Besar sikit je dari benang. Bile masuk dalam hidung, xdelah menyakitkan baby / mencederakan organ dalaman baby. Xde setitik darah pun yang keluar. Aku je emotional lebih. Biaselah mula2 tu menitislah jugak air mata. Dah lame tu aku pun rilek je. Malu je dengan doktor.huhu.. bukan amende pun. Anak aku merengek jugak tp bukan sebab sakit. Tapi die mmg tak suke dipegang kepala, tangan dan kaki. Memanglah die bising.

Ni baru lepas sedut... Kesian die.. Penat. Puasa 2 jam pulak tu

Hari ketiga tu doktor dtg check Ilham, kahak dah xbanyak dan Ilham dah ok.. So boleh discharge.. Kirenye aku terase mcm Ilham warded sebab doktor nak buat further test je. X-ray dan lain2 blood test utk memastikan takde penyakit lain (Influenza A, H1N1, Microplasma, etc). Treatment die sebenarnye kat rumah pun boleh. Rase tak puas hati plak doktor release Ilham awal sangat. Tp xkan aku nak bersuara kpd doktor plak suruh tahan anak aku lg kan..hihi. Bukan ape, sebagai ibu, bile jaga anak di hospital ni rase ringan sikit beban tu. Nurse bantu semua, doktor dtg check selalu, bile sampai masa nurse dtg bg ubat, makanan disediakan dan persekitaran pun tenteram. Aku just fokus jaga Ilham, bg susu, main dgn die, manja2 dgn die.. Bile kene discharge tetibe rase bimbang plak..hahaha.. So takut Ilham kene batuk lg, aku sambung cuti jaga Ilham kat rumah dan gilir2 dgn husband. Lagi 2 minggu baru Ilham masuk taska.

Mommy tumpang seronok dapat makanan sedap


Beli kat cafe. Pekene nescafe yg sedaaaap

Lepas ni, aku & husband akan amalkan ape yg doktor nasihat:

1) Bile demam lebih 3 hari bwk klinik/hospital

2) Bile batuk bg ubat, rajin2 tepuk belakang baby utk longgarkan paru-paru (percussion)

3) Bile xsihat jgn bawak anak keluar

4) Bile xbwk anak pg klinik/hospital anak dah tak batuk/selsema jgn assume anak sihat luar dalam. Instinct seorang ibu kadang2 boleh jadi salah..huhu..

5) Nak buat natural remedy tu boleh biarlah selepas doktor sahkan takde ape2 yg serius. Kdg2 kite dok beriya nak ubatkan anak guna kaedah2 semulajadi tp tanpa sedar, sakit anak tu dah tahap kritikal dan kene juga rujuk dgn doktor.

6) Kesihatan mommy & daddy pun kene jaga. Sebelum ni aku syak juga aku laki bini pun penyumbang penyakit kpd anak. Diri sendiri demam, malas makan ubat dan tak rajin pakai mask bile uruskan anak. (Selalu aku breastfeed pun lupe nak pakai mask bile aku selsema teruk).

7) Walaupun ibu bapa ade ambil extra vaccination (contoh Pneumococcal), bukan bermaksud kite boleh sambil lewa menjaga kesihatan anak. Pneumococcal tu prevention kpd jangkitan yang lebih teruk tp bukan bermaksud takkan kene selsema & batuk lansung.

8) Kalau fully breastfeed pun bukan bermaksud kite boleh ambil mudah dgn kesihatan anak. Ramai yg berpendapat, susu formula yang banyakkan pembentukan kahak tp aku sendiri breastfeed. Formula hanya utk top up bile susu tak cukup di nursery shj. Aku jugak syak aku xjage pemakanan sampai kahak Ilham susah nak hilang. Maklumlah mommy kuat makan coklat! Bertaubatlah mommy!

9) Kalau selsema & batuk ni, walau ape jua cara kite bg treatment kpd anak, kite kene pastikan kahak sentiasa keluar tak kire dari muntah / buang air besar. Bile kahak tak keluar, itulah yang akan jd terkumpul dan lama2 boleh kene jangkitan.

10) Amalkan persekitaran yang bersih. Ingat nak beli Plasma Cluster la. Nanti mommy nak kecek kat daddy la ;p

Chewah ckp panjang lebar, mcm la aku doktor! ;p Tu pendapat aku la.. Lain org lain cara kan. Sekian.

No comments:

Post a Comment