Adv

Sunday, February 8, 2015

Akhirnya Danish Ilham jatuh katil juga..

Tidur pun dah semakin lasak.. berguling2, berpusing.. bahaya budak kecik nih..

Antara benda yang paling takut aku fikir kalau anak aku jatuh katil. Walau pun ade yang ok, takde masalah, tak kurang juga ade yang mengalami masalah.. Tak nak fikir. Kalau anak orang jatuh katil, aku beriya marah dalam hati. "Kenape dibiarkan budak tu tido tepi katil??". "Kenape tak pandang budak tu??". Huh, cakap kat orang mmg aku pandai.. Sebab belum pernah jadi kat diri sendiri kan.. Belum jadi kat aku pun aku dah paranoid. Tengah2 tido pun, boleh terbangun menjerit takut anak jatuh. Padahal anak tu elok je tido / main dengan daddy die. Punye lah takut kan..

Baru tadi baring posisi lain, sekarang ni dah tukar posisi lain plak.

Aku ingat lagi, mase tu hari Sabtu. Selalu malam minggu, kami tidur kat sofa bed kat depan TV. Danish Ilham tido, diapit oleh aku dan husband. Pagi2 dalam pukul 7, aku terbangun sebab terdengar baby menangis. Bukak2 mate, tak nampak baby! Husband aku pun takde! Aku dengar baby nangis kat bawah katil. Menjerit2 aku.. "Abang..! abang..!". Husband aku keluar dari bilik tidur, terus lari angkat baby dari bawah katil. Menangis2 budak tu. Sakit kesakitan. Aku dah berair mata.. Husband dok tenang2kan baby, barulah baby diam, tersenyum ketawa nampak mommy.. Kami monitor baby dalam 24 jam.. Setakat ni ok je.. kat kepala pun tak de ape2 kesan.. Alhamdulillah..

Rupe2nye, husband terasa panas mase tengah2 malam.. So husband pindah tido dalam bilik. Tinggalkan aku dan baby tido kat luar. Sebelum tu husband dah siap2 letak bantal kat sekeliling sofa bed. Tapi bile nampak baby jatuh dengan bantal2 kat bawah katil, nampak mcm die tolak sekali dengan bantal2 kat situ.. Ganas betul budak kecik ni tido..haisshh

Mommy dah fobia, Danish Ilham jatuh katil, terus suruh daddy bukak baby cot

Lepas insiden tu, terus aku suruh husband bukak baby cot. Malam2 bile die tido, biarkan je dalam baby cot. Bile nak menyusu baru bawak kat katil. Selain tu, faktor nak tido dalam aircond pun ye jugak.. Baby kuat berpeluh.. Bile tido dalam aircond, lame sikit tido..hihi..


Bile kami pegi holiday pun, kami request baby cot dari pihak hotel.. Senang baby nak bergolek2 dalam tu..


HAPPY NAMPAK!

Untuk peringatan, janganlah pandang ringan tempat baby bermain / tido. Biarkan orang kate kite ibubapa yang over-protective. Asalkan anak kite sentiasa diawasi dan tak berlaku perkara2 yang tidak diingini. Sekiranya terjadi apa2 kepada anak, ibubapa kene monitor keadaan anak dalam mase 24 jam. Kalau ade simptom2 mcm ni, jangan lengah2 bawak pegi jumpe doktor.

1) Pengsan/tak sedarkan diri selepas jatuh
2) Keluar darah atau cecair jernih dari hidung / telinga
3) Muntah
4) Tak aktif mcm biase
5) Mengalami sawan
6) Lebam pada bahagian belakang telinga
7) Mengalami apa2 perubahan fizikal (muke herot, lemah bahagian kaki atau tangan)
8) Tidak stabil semasa berjalan.

No comments:

Post a Comment