Adv

Sunday, December 28, 2014

Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Danish Ilham

Pada 30 November 2014, kami mengadakan Majlis Aqiqah & Kesyukuran untuk Danish Ilham. Confirmation tarikh pun agak short notice. Persiapan untuk adakan majlis pun agak terhad. 3 hari sebelum majlis, suami ada persidangan di Melaka plak, jadi semua jadi kelam kabut. Cepat2 buat check list, terus tempah yang patut ditempah on the spot. Hajat di hati nak buat ala kadar sebab tengah bulan tapi memandangkan ni anak sulung, cucu sulung, cicit sulung, jadi kami buatlah meriah sikit.

Masa majlis tu ada berzanji, berendoi dan tahlil sekali. Aku agak excited sebab ade berendoi. Tak pernah tengok berendoi lagi. Kalau dah ade berendoi, kenelah ade buaian berendoi kan.. barulah seronok.hihi.. Gigih lah cari tempat sewa buaian berendoi. Konon2 nak sediakan door gift biasa2 je. Sekali bile survey2 maak ai.. mcm2 pilihan yang cantik2. Murah2 plak tu. Hmm.. Mulalah kepala ni ada mcm2 idea..

Persediaan majlis

Sewa Buaian Berendoi - RM300 termasuk pelamin, lighting, tiang backdrop, kain backdrop, bantal, teddy bear, carpet putih, hiasan bunga & lantern (RM100 security deposit)
Tempahan dari : https://www.facebook.com/BuaianBerendoiTermurah

Door Gift (Customised Yassin, Air mineral, Thank you card, gula-gula & bag organza) - RM3.30/set
Door Gift (Customised Yassin & kotak) - RM2.50/set
Sticker bulat (7 cm) 100 pcs - RM50
Tempahan dari : http://tempahanyassin.blogspot.com
FB Page : https://www.facebook.com/tempahanyassin

Paperbag polka dot - RM30/100 pcs

Bunga Telur + Bunga Masin - Sponsored by mom in law

Catering (Aqiqah kambing termasuk masak kari, lauk pauk, buah-buahan, ulam2, air, buffet style, khemah, kerusi meja & setting) - RM14/pax
Azman Catering - 012-6836236 (Catering yang sama mase wedding aku. Setting die mmg sangat terbaik)

Kaunter ice cream : RM200
Encik Badri - 013-6333445

Nak cerita pasal tempahan buaian berendoi, aku dah survey di sekitar Seremban. Harga agak mahal dan aku tak berapa berkenan design nye. Mungkin sebab kurang saingan kot. Bile aku survey di sekitar Lembah Klang, mmg banyak pilihan, harga yang berpatutan. Paling best, boleh pilih DIY (self-collect) atau sekali dengan penghantaran dari KL ke Seremban. Aku contact Buaian Berendoi Termurah melalui Facebook, diorg offer pakej serendah RM150/set sehingga RM300/set. Aku pun setuju ambil set RM300 dan katenye boleh ambil sendiri di Rawang, boleh muat dalam kereta. Aku pun macam tak percaya je..huhu.. Bile kami pergi ke Rawang, ambil set pelamin, mmg muat2 dalam kereta kami. Set pelamin berendoi DIY ni bagusnya, kite boleh design pelamin & hiasan mengikut kreativiti sendiri. Tu yang seronok. Tapi aku nervous jugak.. Mcm lah aku pandai sangat mendesign.

Ni la rupe barang-barang set pelamin berendoi kami. Nampak sikit je kan?? Kami pun tak percaya. Ragu2 jugak, mcm mane lah rupenye nanti. Ntah pandai ke tak aku pasang sendiri. Tu la, sape suruh tunjuk pandai nak pasang sendiri??

Mase ni testing pasang backdrop. Adik bongsu aku volunteer nak menghias.. Tetapi ideanye ditolak mentah2 oleh aku..huhu..

Sementara belum menghias pelamin aku testing dulu letak baby dalam buaian.. Takut gak masa majlis nanti die melalak plak. Seronok plak die duduk dalam buaian. Siap buat perangai lasak die. Sampai terperosok plak kepala die kat tepi tilam tu..haishh

Seronok bersantai nampak!

Setiap aku letak die dalam buaian tu mmg tak boleh duduk diam.. Kelakar pun ade.




Ni lah rupe pelamin berendoi yang aku dah siap pasang & hias. Tak susah cuma kene tau mane yang perlu dibuat dulu. Tak tau plak aku, frame backdrop tu boleh extend mcm tu sekali. Ingat kecik je. Kain & kerawang tu susah sikit nak pasang & nak bagi nampak kemas. Sampai tahap aku jahit kain & kerawang tu sikit sebab nak bagi kedut2 kain tu nampak cantik. Flower bouquet kat kain tu idea adik bongsu aku. Hmm.. not bad, cantik plak kat mate aku.

Husband balik dari conference je terus dah siap. Laki aku ni cerewet sikit. Kire die tukang bagi final touch.hihi

Kami kumpul semua gambar2 baby Ilham dari dalam perut untuk buat slideshow. Gambar ni aku ambil dari softcopy Thank You card. Jadi sepanjang majlis, ade lah slide gambar2 baby & background music.




Kami tak sempat nak plan nak pakai baju ape. Kelam kabut sangat. Last2 pakai baju hitam..huhu.. Aku je pakai tudung hijau hihi..

Amboi kemain seronok baby Danish Ilham dengan nenek ye...

Majlis dimulakan dengan tadarus Al-Quran oleh pihak perempuan, diikuti dengan barzanji dan nyanyian berendoi.




Selesai berendoi, pihak perempuan selawat, mula sesi perkenal baby dan agih door gift. Baby Ilham sangat2 baik.. Tak menangis. Cume die tercengang2 ramai sangat orang cium die..hihi






Baby bermesra dengan datuk saudara

Budak tecit nih kalau menyusu mmg sangat2 tak sabar. Sampai nak pegang botol sendiri

Selepas selesai barzanji, berendoi dan selawat oleh pihak perempuan, pihak lelaki plak proceed untuk bacaan Yassin dan tahlil. Masa baby mcm dah nak tido dah..


Kesian anak bujang mommy kepenatan

Daddy plak ambil alih jaga baby Ilham

Selesai tahlil, sesi perkenal baby kepada pihak lelaki plak dan agih door gift







Posing sikit, baju baru. By Hatta Dolmat

My beautiful sister with beautiful outfit. By Jovian Mandagie

Baby Ilham dah tukar baju.. sedang bermesra dengan bestfriend mom & dad.. Uncle GG. Thanks for coming uncle.

Gerai kegemaran aku ~ Gerai Ais Krim!! Makanlah berapa banyak ice cream ko nak.. Seronok gile. Aku tak heran tak makan nasi. Asal dapat makan ice cream

Berapa kali round aku makan ice cream pun tak ingat dah







Miscommunication ~ aku request khemah warna hijau tiffany / hijau turquoise. Tp dapat hijau lumut. Hmm.. pun cantik jugak! hihi






Moyang, atuk, makcik dan sepupu yang hadir.. Tak lupe ice cream di tangan..hihi


Sesi posing-memposing dengan suami dan baby







Danish Ilham & Auntie Syaqirah

Mase ni baby dah penat gile dah. Tak lama lepas tu die tido.. kesian die..



Antara door gift untuk para tetamu






Antara hadiah yang diterima dari tetamu yang hadir. Terima kasih kpd mak mentua, Uncle GG dan Puan Rajiah..

Syukur alhamdulillah atas limpah kurnia yang Allah berikan kepada kami. Terima kasih atas kedatangan tetamu yang dikasihi di Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Danish Ilham. Terutama sekali pihak surau Taman Dato' Wan yang sudi memeriahkan dan memberkati majlis kami dengan sesi barzanji, berendoi, tahlil dan selawat. Kepada rakan-rakan pejabat, seisi keluarga kami dan mentua juga yang sama-sama memeriahkan majlis kami. Terima kasih juga kepada Danish Ilham sebab die baik sangat..huhu.. Semuanya berjalan dengan lancar.