Adv

Sunday, December 21, 2014

Danish Ilham's swimming time!


Mommy & Daddy Danish Ilham cukup suke dengan aktiviti air. Mestilah kene latih Danish Ilham supaya tak takut dengan air. Setiap kali mandi pun serupa macam nak berenang dalam bath tub tu. Sampai tahap aku pun susah dah nak handle. Pernah sekali husband aku mandikan baby, punyelah kaki baby mengayuh dalam bath tub, sampai bath tub terbalik.. haih.. nasib baik husband pegang baby. Lepas ni kena hati-hati dan pegang baby kemas2. Dah semakin aktif sekarang. Mule2 terfikir, seawal umur berapa boleh bawak baby mandi swimming pool? Any dos and don'ts? Ada beberapa perkara yang kite kene ambil tahu kalau nak bawak baby swimming :

1) Sebaik-baiknya, kite boleh bawa baby pegi swimming selepas 6 minggu supaya boleh mengelakkan baby kene sebarang jangkitan. Walaupun baby boleh berenang dari lahir, tapi kebanyakan kelas swimming untuk baby yang berusia 6 minggu dan ke atas.

2) Baby boleh pegi swimming walaupun belum dapat immunization. Tapi pendapat aku, sebaik-baiknya bawaklah selepas dapat immunization. Tapi kalau aku, aku takkan bawak sekurang-kurangnya 3 hari selepas cucuk immunisasi. Sebab mase tu takut baby demam lepas cucuk. Tak silap aku di Hippopo Baby Spa pun tak benarkan baby yang baru cucuk pegi swimming. Dah cucuk immunisasi, dah sihat, barulah boleh bawak pegi mandi-manda..

3) Kalau baby berusia 6 bulan dan ke bawah, digalakkan mandi di kolam air suam, sekurang-kurangnya 32 darjah celcius. Sama ada kite sediakan air kolam sendiri atau bawaklah pegi baby spa sebab kat baby spa mmg disediakan kolam air suam untuk baby. Jgnlah bawak baby pegi mandi air sungai plak kan sebab air sungai terlalu sejuk. Aku sendiri pun tak tahan.

4) Barang keperluan baby pun kene sediakan. Jgn main bagi mandi bogel je. hihi.. Jgn pakaikan baju yang terlalu tebal / baju lengan panjang. Sebab baju2 tu menyebabkan baby lagi kesejukan. Seelok-eloknya pakaikan pakaian mandi. Mcm aku, aku pakaikan baby dengan rompers je. Nipis, ringan dan tak longgar. Jangan lupa pakaikan lampin juga pada baby. Takut kang die terberak plak, lagi susah. Swimming diaper ade jual kat supermarket. Setahu aku, ade Huggies Swim Diapers tp susah nak cari. Kat Cold Storage je ade jual. Sebagai alternative yang lain, boleh pakaikan cloth diapers. Letak insert boleh, tak letak insert pun boleh. Sekurang-kurangnya, tak de la berak bertaburan dalam kolam. hahaha. Kalau nak baby swimming sendiri, boleh pakaikan baby neck float / swim trainer.

5) Sebelum bawak baby masuk kolam, kene mandikan baby dengan air paip dulu. Jgn terus direct dengan air swimming pool. Ni common sense la kan sebab orang dewasa pun kene buat mcm tu kan. Ke korang tak pernah buat?? huhu.

6) Bagi baby susu  dan rehat yang cukup. Kalau tak nanti baby bad mood atau ade kemungkinan die meraung plak dalam kolam.

7) Basahkan / masukkan kaki baby perlahan-lahan untuk bagi pengenalan dulu pada baby. Takut die terkejut. Mase tu nak tengok reaksi baby sama ada die ok ke tak dengan keadaan suhu air tu. Kalau die meraung, jgn pakse2 plak. Mungkin die tak selesa, sejuk, stress dan lain2. Kalau baby dah ok baru teruskan bawa swimming.

8) Mulakan sesi dengan 10 minit dulu. Lepas tu baru boleh lama sikit, ke 20 minit. Kalau baby bawah umur 1 tahun, dinasihatkan tak boleh swimming lebih dari 30 minit. Aku siap pakai jam dalam swimming pool ok, sbb tak nak bagi baby lame2 dalam kolam.

9) Elakkan baby tertelan air kolam.. Yucks! Bukan ape, takut kene diarrhoea. Tak tau air tu bersih ke tak kan.. Melainkan bawak mandi kat baby spa, mmg air tu ditukar setiap kali mandi. Dijamin bersih dan bebas klorin.

10) Elakkan bawa baby mandi ms panas / hujan. Walaupun boleh sapu sunblock, tp kesian jugak kat baby. Kulit baby sangat2 sensitive, tak tau mcm mane keadaan baby kalau kene panas. Dahlah sunblock tu kalau masuk mata jadi pedih..haha. So parents kene sabar sikit ye, bawak baby pegi mandi bile cuaca cantik, kesihatan baby ok dan mood baby ok.. Baru semua orang boleh enjoy!
Gigih tak mommy pegi cari neck float sampai pakse orang COD? hahaha

Mentang-mentang tempat luas, bukan main laju die berjalan dalam air. Sampai tinggalkan daddy die..
  
Alhamdulillah mase ni, mood die ok.. Lepas swimming, mandi, tukar baju terus die tidur. Penat la tu ye?
Masa ni umur 6 bulan.. neck float tu mcm dah tak muat je..huhu.. Takpe, lepas ni boleh try swim trainer..

No comments:

Post a Comment