Adv

Sunday, October 26, 2014

Danish Ilham ke taska!

Dari mase aku pregnant lagi aku terfikir2 nak hantar baby kat nursery mane. Nak hantar kat Puchong atau kat Putrajaya. Puchong dekat dgn rumah tp jauh dr ofis. Susah kalau ade ape2 emergency. Klau kat Putrajaya pulak, semua memanjang penuh je. Sebab ramai dah org hantar anak kat taska. Bagusnye dekat dgn office dan boleh dapat recommendation dr kawan2. Aku dah call 3 nursery (Alam Ria, Bonda Mama, Vonad) tp semua dah penuh untuk tahun 2014. Padahal aku call pada bulan Disember 2013! Aku call awal2 pun masih penuh. Yela, kalau dlm taska ni susah ade kosong sebab sekali budak masuk stay sampai besar. Lepas tu ade kakak/abg, mestilah adik-beradik diutamakan dr orang baru. Last2 ade kawan ade recommend Taska Bintang Bestari bertempat di Presint 14, Putrajaya. Aku terus whatsapp, nasib baik ade kosong. Terus weekend tu aku dtg untuk tengok2 tempat dan sembang2 dgn cikgu. Generally, taskanya ok, dekat jugak dengan office. Cikgu pun baik2. Okla kot. Terus aku daftar untuk kemasukan baby bulan November 2014. Pendaftaran bayar RM100. Pergh, gila awal booking nursery.

Bersalin hujung bulan Julai 2014, so hantar baby ke nursery mula bulan Oktober 2014. Aku contact cikgu awal2, kate nak hantar anak 2 minggu awal. Aku whatsapp cikgu, tanye jugak apa barang2 yang perlu disediakan dan bile perlu buat bayaran. Cikgu bagitau, tilam, bantal, barang mandian semua kene bawak sendiri. Kalau bawak formula, label berape scoop / Oz. Lepas tu aku share dengan cikgu pasal masalah baby aku ni selalu jeluak susu (muntah susu). Tanya cikgu, macam mane cikgu susukan baby, berapa orang stand by dalam bilik baby dan mcm mane diorg handle kalau ade baby selalu jeluak susu. Cikgu pun jawab, cikgu susukan baby di riba dan akan disendawakan. Cikgu yang jaga baby akan standby 24 hours dalam bilik baby dan akan bergilir-gilir untuk solat / makan. Lepas tu cikgu minta aku jangan bimbang, setakat ni ok, takde masalah dengan baby yang selalu jeluak susu.

Tentang bayaran pulak, nanti kene bayar pada hari pertama selepas hantar baby. Bayaran aku kene RM380/sebulan, pendaftaran RM100. Ramai juga yang kate mahal. Bagi aku murah la nih. Sebab tempat2 lain yang aku call ada yang caj RM500/sebulan (Bonda Mama). RM800/sebulan pun ade. Tapi tak silap seorang cikgu akan jaga seorang baby. Bagus jugak.. Tempat2 yang caj RM250-300 semua dah penuh.. Hmm.. mestilah kan..

2 hari sebelum aku mula kerja, aku dah start packing2 barang yang perlu dibawa ke nursery. Antara barang-barang yang aku packing untuk ditinggalkan di nursery :

1) Tilam - Mula ingat nak beli. Tapi terfikir kat rumah baby belum tidur dalam baby cot sebab menyusu badan sebelah aku atas katil. So boleh bawa tilam di nursery
2) Bantal
3) Blanket
4) Barang mandian (Bath gel, shampoo, losyen, bedak)
5) Minyak telon
6) Puting
7) Bedung
8) Susu formula yang telah dilabel
9) Feeding bottle


Barang-barang kegunaan harian plak :

1) Baju siang + baju lebih
2) Baju tidur
3) Diapers (5 helai)
4) Barut (2 helai)
5) Susu badan (dalam packet / botol)
6) Cooler bag + ice pack


Besar tu hanye untuk 1st day je sbb barang banyak



Tilam & bantal

Hari aku packing barang2 adalah hari yang paling emosi bg aku. Rase sebak plak. Mcm nk hantar anak pg sekolah berasrama je..hahaha. Tak lah sedih sangat.. tp sedih jugak bukan sbb rindu tp sbb memikirkan baby aku manja sangat bile kat rumah. Sebelum tidur mesti nk menetek dulu. Dah jd mcm pacifier plak. Klau x, die akan merengek. Kdg2 bile dah mengantuk sangat, die tidur jgak xlame lepas merengek. Selain tu aku bimbang dengan masalah baby kerap jeluak susu. Walaubagaimanapun, aku terpakse berserah dan letak sepenuh kepercayaan kpd cikgu2 di taska utk jaga baby aku dgn baik.

Peti ais bergerak.. Ko ade??

Cikgu pesan, nnti kene bwk cooler bag khas utk nursery untuk simpan susu baby. Nnti fridge penuh / takut tertukar dgn susu budak lain. Petang tu jugak aku pegi beli cooler bag dan ice pack utk nursery

Untuk hari pertama, husband nk join sekali hantar baby ke nursery. Pagi2 bangun dalam pukul 5 lebih. Aku siap2 kan susu baby dulu, letak dalam cooler bag dan terus bersiap. Masalahnye baby tak bangun2 lagi. Last skali, bile bangun pun, xnak menyusu. So kami terus bertolak. Aku bawak baby pakai carrier. On the way tu mcm biaselah, die merengek. Tapi bila dah sampai highway, tido dah die. Sampai nursery, die bangun mintak susu plak. So terpakse menyusukan die kat nursery plak. Nasib baik dah singgah office utk punch in. (Aku masuk kerja pukul 7.30 pagi). Lepas dah abis menyusu dan sendawakan die, aku pun gerak la pegi ofis.. Hati tak sedih sangat tp tersangat2 la bimbang. Tapi aku keraskan hati jugak. Pegi ofis dengan perasaan gumbira.

Petang tu dalam pukul 5, punyela excited ambik baby.. Sampai di nursery, cikgu yang jaga die pass kan baby pada aku. Waah.. dah siap mandi, berbedak semua. Cume aku pelik kenape bau die lain eh? O.. baru aku perasaan die tak pakai bedak Johnson & Johnson. Sebab dah terbiasa die bau Johnson & Johnson, aku rase janggal plak. Biasalah, di nursery diorang akan pakaikan mn yang sempat capai je.. So takde hal sangat. Lepas tu aku nampak keliling mata baby mcm merah dan bengkak semacam. Hmm.. Nampak gaya mcm menangis lame je budak nih.. haish.. Manje la anak mommy ni.. Takpela, mungkin 1st day. Aku keraskan hati. Sebenarnye kesian sangat kat anak aku. Mungkin die nak nenen, mungkin nak org dukung/dodoi. Takpelah, aku doakan anak aku biasakan diri kat taska. Yang peliknye, sejak duduk nursery ni, baby selalu tidur lame kat rumah. Agak luar biasa jugak. Tanya kwn2, rupenye biasa bg baby yg pg nursery. Mula2 mmg selalu tido lame bile balik rumah. Mungkin die penat / hanya berjaga di nursery.

Daddy beli hooded sweater & toys baru.. yeay..

Akibat kesian kat baby selalu keluar rumah seawal pukul 6 pagi, husband belikan sweater + hood sbb selalu sangat berembun. Terbersin2 baby pagi tu. Nak buat camne, terpakse keluar rumah awal2. Sampai nursery dlm 6.45 pagi, sempat la mommy sampai pejabat sebelum 7.30 pagi.

No comments:

Post a Comment