Adv

Friday, October 17, 2014

Imunisasi dan pemeriksaan bulanan bayi

Perghh.. Tajuk bahasa skema. Haha

Mcm2 pendirian ibu2 sama ada nak bg vaksin pada anak ke tak. Ade yg berpendapat, vaksin ni menyebabkan anak2 lg cepat sakit dan hanya boleh dihindari melalui pemakanan semulajadi dan susu ibu sahaja. Malah ade yg berpendapat, baby hanya perlu diberi susu ibu sahaja sehingga 2 tahun (tanpa makanan) ~ ni lagi sesat rasenye. Bagi pendapat aku plak, biarlah aku amalkan ape yg kebanyakan ibu2 normal amalkan. Aku bagi susu badan kepada baby (walaupun tak sepenuhnya, kdg2 campur bile di nursery) dan aku bagi juga vaksin kpd baby. Malah aku bagi vaksin tambahan jika perlu. Sbb aku akan ikut nasihat pediatrician aku sepenuhnya. Sah2 lah die lg pakar kan. Mungkin sesetengah ibu memilih cara dengan memberi natural remedies sepenuhnya. Terpulanglah. Tp aku mengamalkan kesemua pilihan yang ade.

1st MONTH IMMUNIZATION
Appointment dgn doktor pukul 8 malam, tp just follow up demam kuning baby je. Pediatrician advice, xpayah buat dulu. Nanti 2nd month baru buat sekali harung. Selalu kite dengar suntikan 3 serangkai kan? Tp kali ni baby aku terus buat 6 serangkai pada bulan kedua nanti.

2nd MONTH IMMUNIZATION 
Genap baby 6 weeks, baby boleh cucuk untuk 6 in 1 vaccine. Kebetulan plak ade follow up dgn doktor pasal prolonged jaundice tu. Appointment dengan doktor hari Sabtu, pukul 10 pagi. 6 in 1 vaccine ni termasuklah Diphtheria, Tetanus, Pertussis, Polio, Haemophilus Influenzae Type B dan Hepatitis B. Kirenye kurang injection, xde lah budak tu melalak sakan. Hihi. Selain tu, pediatrician suggest ambil vaccine Rota Virus sekali. Aku setuju. Ade juga yang berpendapat, haram sebab ade DNA babi. Tp kalau penyakit tu dah jd wabak dan DNA babi tu ade bagi tujuan perubatan, diharuskan. Bukan aku ckp. Dr Zubaidi yg cakap. Pendapat peribadi aku pun, takde masalah kalau untuk tujuan perubatan. Samalah dgn vaksin2 wajib yg lain. Ianya diambil dr lembu brahma dan lembu2 lain tp xtau sumber tu halal atau tak. Terpulang kepada masing2. Aku yakin dgn pilihan aku dan semuanya untuk kesihatan anak.

Sebelum doktor inject, doktor nak bagi vaksin Rota Virus dulu. Nasib baik ubat makan. Lepas tu br inject. Baby aku xnangis bile doktor inject die, tp die mengamuk sakan bile doktor pegang tangan & kaki die. Doktor inject kat peha plak tu. Doktor pesan, menyusukan baby selepas 30 minit sbb br lepas makan ubat & inject. Hmm.. Melalak la budak tu. Nasib baik bawa dukung, jalan2, masuk kereta die bertenang sikit. Lepas tu br menyusu. Doktor bg ubat demam siap2. Tengahari tu baby dah start sengal2 kat peha. Kesian aku tengok die menangis kesakitan setiap kali die gerakkan kaki die. Susah nak tido. Nasib baik lewat petang tu dah ok.

Kos check up baby di Columbia Asia Hospital boleh tahan jugak harge die. Tp sebab aku & husband nak stick to one pediatrician. Die lebih faham anak aku sejak lahir lebih2 lg ms die kene prolonged jaundice aritu. Baby dapatlah discount 10% sebab die ahli Columbia Kids Club.


Kos :

1st dose: Rotarix Oral Vaccine (Rota Virus) - RM138.00
1st dose: Hexaxim Vaccine (6 in 1) Injection  - RM130
*Tak termasuk kos consultation, admin dan blood test follow up demam kuning baby

Walaupun dalam hati rs xde keperluan nak amik vaksin Rota Virus (tp ambil jugak lah atas nasihat doktor), pd minggu yg sama, kami dpt berita 2org anak kawan kene jangkitan rota virus. Cirit birit hampir 20 kali sehari. Ini pun satu pengajaran jugak bg kami. Alhamdulillah, kami dah ambilkan utk baby. Yang penting usaha. Allah yang menentukan.

3rd MONTH IMMUNIZATION
20 Oktober 2014 ni genap Danish Ilham 3 bulan dan masuk nursery dah. So aku buat appointment dengan doktor utk check up pada 16 Oktober, 8 malam. Kali ni utk 2nd dose 6 in 1 injection, 2nd dose Rota Virus (last dose) dan 1st dose PCV (Pneumococcal). Sebelum kami decide sama ada nak ambil vaksin pneumococcal atau x, pediatrician ade bagi leaflets dan CD untuk kami study dulu dan buat keputusan. PCV ni vaksin untuk melindungi drpd 13 jenis bakteria pneumococcal yg boleh mengakibatkan jangkitan kpd otak, darah, paru-paru dan telinga tengah. Bakteria ni biase ditemui dalam saluran pernafasan dan disebarkan melalui batuk dan bersin. PCV ni agak kontroversi sebab vaksin ni hanya utk 10-13 penyakit shj. Tp sebenarnye ade beratus penyakit pneumococcal. Sesetengah berpendapat berbaloi ke bayar mahal sekadar vaksin utk 10-13 penyakit je. Ade yg rs berbaloi dan ade yg rs tak berbaloi. Ade juga berpendapat, segala penyakit boleh dihindari hanya dengan susu ibu tanpa apa2 vaksin tambahan.

Pendapat aku plak, vaksin tambahan ni satu keperluan sbb penyakit tersebar melalui pelbagai aspek. Selain nursery (selalu org salahkan nursery la kan..), persekitaran, migration, pemakanan, etc. Tak hantar anak ke nursery bukan satu jaminan anak xkan sakit. Aspek kebersihan dan pergaulan pun kene ambil kire. Jadi tepukla dada, tanyela selera.


Sebelum ke hospital, aku menyusukan baby siap2. Sampai hospital, timbang berat.. Alhamdulillah, berat baby dah naik. Berat die 5.45kg setakat 2 bulan 3 minggu. Doktor pun bg remark ok, takde masalah. Lepas tu doktor bg makan ubat Rota Virus dan bg 2 injection kat peha. 1 kiri, 1 kanan. Doktor letak sticker kat peha lepas injection. Comel gile.. Mcm biasa doktor pesan, puasa sekejap 30 minit. Lepas 30 minit br boleh bg susu.



Lepas inject aku tanye jugak doktor, pasal baby yg kerap jeluak susu ni. Doktor kate jgn bimbang, itu normal. Otot injap bawah saluran makanan esofagus (lower esophageal sphincter) belum matang lg dan akan ambil masa. Mak aku suruh tanye doktor pasal probiotik / prebiotik untuk elakkan muntah susu. Doktor jawab prebiotik semua tu pun xkan berkesan dan xkan boleh hentikan jeluak susu. Sebab setakat ni baby xde msalah. Melainkan die muntah laju, berat xnaik, perut kembung, kemungkinan ade masalah usus tersumbat. Tp jarang berlaku. Doktor sendiri xbimbang, sebab berat badan baby pun naik cantik. Next appointment pada pertengahan bulan Disember (masa baby umur 5 bulan) nanti untuk 3rd dose 6 in 1 injection dan 2nd dose PVC (Pneumococcal).

Kos :

2nd dose: Rotarix Oral Vaccine (Rota Virus) - RM138.00
2nd dose: Hexaxim Vaccine (6 in 1) Injection  - RM130.00
1st dose: PCV (Pneumococcal) - RM250
*Tak termasuk kos consultation dan admin

5th MONTH IMMUNIZATION

Sepatutnya, injection seterusnya pada pertengahan Disember 2014, masa Danish Ilham umur 5 bulan. Mase nak pegi check up, Ilham kene batuk pulak. So, doktor just check batuk je. Doktor tak berape recommend untuk bagi injection kepada baby. Sebabnya, nanti susah doktor nak pastikan kalau ade apa2 alahan, demam atau apa2 masalah selepas injection tu sama ada disebabkan oleh vaccination tu atau sebab demam/batuk die. So kami terpakselah akur. Mcm rugi gak datang check tp tak kene inject sbb kene gak charge consultation & admin..hihi.. Tapi tak pelah, kite tunggu dulu Danish Ilham dah betul2 ok, baru kite bawak pegi ambik injection.

6th MONTH IMMUNIZATION

Doktor suruh datang lagi sekali selepas seminggu last visit untuk bagi Hexaxim Vaccine (6 in 1) Injection dan PCV (Pneumococcal). Tapi kami pulak terlupe. Husband plak outstation so tak dapat nak bawah baby. Last2 terpakse jugak aku bawa baby sorang-sorang pegi check up. Mase tu nak dekat 6 bulan dah umur Danish Ilham.. Masa bawak baby tu, kebetulan kat pipi baby ade mcm merah2. Tak pasti eczema ke, kurap susu ke atau fungus. Bolehlah check sekali.

Tanda merah ni lah yang ade kat pipi. Tangan die pun gatal jugak suke cakar2.. bertambah teruk rupenye..

Ilham baru bangun, tido dalam kereta.. Kesian die..

Datang hari Sabtu, orang ramai.. Tunggu la lame sikit..

Nasib baik baby baik.. Tak mengamuk2.. Bolehlah sambil2 tu mommy beli makanan untuk breakfast

Tunggu lame, sampai Ilham pun tertido.. Kesian budak kecik nih..


Jumpe doktor je, aku dah nervous. Sebab lambat sebulan dah untuk inject. Nasib baik doktor tu kate, takde masalah. Just in time katenye untuk amik last dose 6 in 1 injection dan 2nd dose PCV. Mase ni umur Danish Ilham 6 bulan 4 hari. Berat 8+ kilo, tinggi 70+ cm. Lepas tu doktor bagi injection. Mengamuk budak kecik nih sebab tengah tido..huhu.. Takpelah.. sikit je sayang ye..hihi.. Nanti mommy upah susu.

Berkenaan tanda merah kat pipi Ilham tu, doktor kate sebelah kiri kesan air liur dan sebelah kanan tu fungus (kesan tu makin melebar). Doktor nasihatkan, rajin2 lap muke baby especially nampak banyak air liur / ade kesan susu. Bile lame sangat terbiar kat muke baby, boleh menyebabkan ade kesan merah2 mcm ruam / fungus. Sebab air liur baby tu pun ade bakteria. Sebenarnya, masalah ni on & off. Dulu lagi doktor dah pesan tp mommy selalu terlupe..huhu. Doktor offer nak prescribe krim untuk anti-fungus. Hmm.. oklah, buat simpan2 stok untuk masa akan datang. Sebelum keluar dari bilik doktor, aku mintak doktor bagi ubat selsema.. (pelik tak aku...hahaha). Sebab anak aku dah 6 bulan, so aku rase nak stand by lah ubat selsema.. Next time, kene selsema boleh bagi ubat. Mungkin bagi sesetengah ibu bapa tak mau bagi sebarang ubat kepada anak. Tp pendirian aku lain kot. Selagi doktor benarkan, aku bagi je. Sebab tak nak tunggu lame2, takut jangkitan lain plak yang jadi. Kalau anak selsema / batuk terlalu lame, aku risau dan bahaya juga untuk anak. Especially anak aku tinggal kat nursery. Mommy gatal sangat mintak macam2 ubat kat doktor kan.. Nah kau bil nak dekat RM500.. haih.. nasib baik ade discount. Menyesal jugak sebenarnya..hahaha

3rd dose: Hexaxim Vaccine (6 in 1) Injection  - RM130.00
2nd dose: PCV (Pneumococcal) - RM250
*Tak termasuk kos consultation dan admin

No comments:

Post a Comment