Adv

Friday, October 17, 2014

Confinement and 3 months maternity leave

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana mengurniakan kami suami isteri hadiah yg sangat2 bermakna ~ Danish Ilham bin Mohd Zulfakar pada 20 Julai yg lalu. Ni lah aktiviti aku sepanjang cuti bersalin 3 bulan. 3 bulan dikira agak lama la utk kelahiran pertama. So banyak bende boleh kite manfaatkan.

MAKAN
Selepas kelahiran baby, kami diduga plak baby kene prolonged jaundice (demam kuning berlarutan slepas 14 hari). Sepanjang tempoh berpantang kat rumah parents mmg aku jaga makan. Elakkan makan kunyit dan halia. Tp klau diikutkan, aku ni taklah jaga sangat pantang makan/minum. Kuantiti tetap ikut suke aku.huhu. Rase2 lapar, aku bedal satu macam. Tak boleh tahan la.. Dah la aku menyusu badan. Cepat haus dan lapar. Konon kate org2 tua, tak boleh makan bnyak dan tak boleh minum air banyak2. Tang tu, aku xfollow la sbb menyusu baby kene banyak minum air masak dan kene makan regularly dan berkhasiat. Kate org, mak kenyang maka anak pun akan kenyang jugak. Aku tak amalkan ambil semuanya air panas. Kdg2 aku minum air biase jugak (air tak suam, sejuk). Cume aku tak ambil air sejuk/ais. Pernah la jugak husband aku kesian aku terliur sangat nak minum air sejuk/air gas die bg la aku minum beberapa teguk. Lega rase hati. Maklumla ms tu hari raya, stress gile tengok org makan lontong, lemang, kueh raya.. Arghh.. Bersabarla.. 




BERURUT, BERGANGGANG, BERTUNGKU, BERBENGKUNG
Mula2 aku rajin pakai bengkung traditional,  beriya lah ikat kemain. Lame2 rase leceh plak sbb susah nak susukan baby. Aku ikat bengkung ketat jugak, xbleh plak gerak. Bile nak menyusukan baby, kene bukak dulu. Lame2 aku fed up, aku beli bengkung moden plak. Baru la rajin sikit nak pakai. Cepat sikit. Dah lame2, aku pakai dua2 especially malam2, aku xyah bangun just mengiring je utk menyusukan baby.


Tukang urut yg dtg rumah ade tengok batu sungai yg officemate aku bagi. Tapi besar sangat katenye, tak sesuai utk aku dan lebih2 lg bersalin caesarean. So, die bagi aku satu batu sungai yg kecik, bulat utk aku dan ajar aku cara bertungku dengan betul. Aku suke dgn tukang urut aku tu. Die urut kuat tp tak sakit/geli. Aku ni dah lah tak tahan sakit/geli. Lepas die urut aku, die suruh aku duduk atas kotak kayu yang ade lubang kat atas, utk berganggang. Dalam kotak tu, die dah bakar bara, sambil tu kite berselubung atas kotak tu. Panas dan sedap.. Berganggang ni bagus utk kecutkan rahim, buang lemak dan kuruskan badan. Boleh jgak buat mcm sauna. Caj makcik urut tu RM250 utk 3 hari urut utk aku dan RM30 utk urut husband aku.

BERPANTANG SORANG2
Lepas 3 minggu berpantang kat rumah parents di Seremban,  aku dah start rase bosan plak. Husband pun cuti 3 minggu. Last2 aku pun follow husband balik Puchong jugak. Mak abah lepaskan je aku sbb die tengok sepanjang kat rumah pun, aku boleh uruskan baby sendiri. Aku pun dah kuat. Tinggal pantang makan dan jgn angkat berat je. Lagi pun aku lebih selesa kat rumah sendiri. Ade gak kawan2 bimbang, boleh ke berpantang sorang2? Boleh, takde masalah selagi keadaan kesihatan mengizinkan. Berurut dan berganggang dah selesai. Bertungku, berbengkung, berpilis semua boleh buat sendiri. Makan lg senang, kene plak sekarang aku tgh jaga makan.

MONTHLY CHECK UP BABY
Aku dah berdebar jugak nak pegi check up baby. Sebab buat mase ni, baby masih lg kuning. Sambil2 check kuning baby, aku pun nak cucuk utk vaccination skali. Mase aku call utk buat appointment,  nasib baik doktor available malam. So kami pegi la hospital malam dlm pkul 8. Senang sikit, husband pun xpyh ambil cuti. Doc check baby, kuning die masih lg ade, bacaan tinggi tp tak bahaya sangat dlm 200+. So, disebabkan dah melebihi 14hari doktor kene buat blood test dan urine test utk tengok fungsi hati, ginjal dan ape tah bagi memastikan baby takde ape2 masalah lain. Keputusannya nanti doktor akan call bgtau. Utk vaccination plak, tak perlu buat sekarang. Boleh tunggu next month utk buat injection 6 in 1 terus dan sekali dgn bagi vaccine rota virus. Check berat baby plak, tak berapa naik. Just 500gram je. Kene naik dlm 1kg sebulan. Tp xpe, doktor pesan kene banyakkan lg breastfeed dan mommy kene jaga makan biar regular. Esoknya, dapat call dr doktor, bgtau dr blood test dan urine test baby, semua ok takde masalah. So doktor kate baby kene breastmilk jaundice. Tak bahaya dan akan ambil mase 2-4 bulan utk hilang. Aku dan husband berasa syukur sangat2.

Ade beberapa pendapat dr doktor dan kawan2, bgtau klau berhenti breastfeed dlm 72 hours boleh hilangkan jaundice dengan cepat. Klau teruskan breastfeeding mmg akan ambil mase yang lama. So aku suami isteri decided nak stopkan dulu breastfeed. Kami bagi baby minum formula S26 lebih kurang dlm seminggu. Lepas tu ms next appointment dgn doktor, check darah jaundice baby dah turun secara mendadak smpai doktor pun terkejut. Syukur alhamdulillah.. Tp doktor tetap pesan jgn stop terus breastfeeding. Nak campur formula utk top up xde msalah tp kene tetap teruskan breastfeeding. Selain check darah, doktor bg injection 6 in 1 vaccination dan bg ubat makan utk vaccine rota virus sekali. Baby tak nangis bile kene inject tp menangis sakan bile doktor pegang tangan die.. Kuat plak tu tangan baby mintak dilepaskan. Susah gak doktor nak inject amik darah kat tangan. Inject vaccination 6 in 1 tu doktor inject kat peha. Balik rumah, kesian baby asyik menangis bile kaki die bergerak sbb effect dr injection tu. Nasib baik smpai petang je sakit. Kesian tengok baby menangis kesakitan. Next appointment mid of October nanti utk vaccination yg seterusnya, 2nd dose vaksin rota virus dan pneumococcal. Untuk cerita vaccination baby, nanti aku share secara detail kat entry lain.


BREASTPUMPING
Mula2 lepas bersalin, susu aku mmg sikit gile. Mungkin cukup utk baby tp bile pump nak buat stok, sangat2 la mengecewakan. Disamping aku ambil suppliment aku banyakkan minum air masak dan kerapkan pump. Tp sekarang dah 2 bulan hasil nak buat stok tak semeriah org lain. Sesetengah org sekali pump 15 minute, dpt 5oz. Tp aku just dpt dalam 2-3 oz. Aku dah give up nak makan mcm2 suppliment. Aku just teruskan pump, kumpul stok. Sikit2 lame2 jadi bukit. Kdg2 kekangan masa pun ye jugak. Tak boleh nak mengepam slalu sbb anak aku kuat menyusu. Kalau nak tandem pumping lg aku xsuke. Tak cukup tangan. Aku suke rileks sambil menyusukan baby. Sambil2 main dgn baby, bersihkan jari baby, potong kuku baby..huhu..pelik kan? Aku mmg potong kuku baby mase die tgh menyusu.  Mase tu baby lebih rileks dan duduk tertib. Mmg senang nak bersihkan tangan die dan potong kuku.

Maka kite tunggu dah lihatlah nanti stok cukup ke tak utk baby di nursery. Kalau tak, terpakse la aku kais pagi, makan pagi, kais ptg, makan ptg. Pump hari ni utk kegunaan esok. Ataupun terpakselah aku bg formula di nursery. Kalau tak, anak aku nak minum susu ape? Cari ibu susuan? Xpela.. Aku prefer bg baby formula. Sekurang2nya aku masih menyusu badan baby. Husband bagi cadangan, bg susu badan secara consistent. Hari2 bagi walaupun setakat 2-3 paket (1 paket = 3oz) pada nursery. Biar lebihkan susu badan dr formula. Aku setuju je. Ikut setakat kemampuan aku. Ade rezeki lebih, bolehlah bagi bekal lebih pada nursery.

OUTING
Klau nak cakap keluar rumah, baby dah banyak kali keluar rumah. Ulang alik hospital di Puchong, travel dari Puchong ke Seremban, ulang alik hospital di Seremban, travel plak dr Seremban ke Puchong, pastu g hospital lg utk check up.. Banyak dah..huhu. Paling best beberapa hari sebelum aku abis pantang aku bawak baby pegi lepak ofis satu hari. Sbb aku ade hal skit kat ofis. Ms tu pun kat ofis ade buat makan2 dan bg hadiah kpd ibu2 yang br bersalin. Haah seronokla aku makan free & dpt hadiah (hadiah aku pilih sendiri plak tu..hihi).

Tepat 1 September, hari ke 44 aku bwk baby pegi Sunway Pyramid. Klau org tua2 mesti marah.. Sbb xberape elok bwk baby ke tempat public. Tp nak buat cmne, mommy nye yang sibuk nak berjalan. Dpt jugaklah pengalaman breastfeed in public dan tukar lampin baby. Kate husband, kite kene praktis lg bawak baby keluar supaya lebih cekap nak menyusu ke, tukar lampin ke, layan baby bile meragam ke.. Lagi satu, kene praktis bawa baby dalam car seat. Haa.. Ni paling mencabar. Kami selalu biasakan letak baby dlm car seat walaupun ade org boleh dukung die. Lagi pun tak selamat pangku baby dalam kereta.



Mase umur baby nak masuk umur 2 bulan, kami bwk baby pegi Pavilion plak. Keluar rumah pagi, malam br balik. Siap 2 kali salin lampin baby, berape kali menyusu ntah..hihi. Esoknye tu plak ade kenduri kahwin kat Klang. Keluar lagi baby pegi jalan2.. Ni pun pengalaman jugak, makan gilir2 & makan sambil pangku baby. Mentang2 baby baik sepanjang hari, on the way balik tu singgah plak di Setia City Mall. Dok merayaaau je mommy & daddy eh.. Nak buat cmne. Hujung bulan September aritu ade plak kenduri kahwin member kolej kat Kuala Pilah. Mmm.. Sabar jela baby ye, ikut mommy & daddy berjalan lg.hihi..





Minggu depannya, balik rumah mentua di Pontian, Johor plak.. Sempena hari raya haji, daddy amik cuti lame sikit. Lepas balik rumah mentua, kami lepak di Melaka plak. Kate daddy, saje2 short vacation sebelum mommy masuk keje :)



EXERCISE
Selepas bersalin, berat aku turun 13kg. Balik ke berat asal sebelum pregnant. Tp aku xberape suke dgn bentuk badan aku. Baju aku banyak yg comel2 plak. Confirmla sekarang dah tak muat. Jeans semua pun xmuat. Sedih! Boleh ke pakai jeans saiz 26 - 27 balik? Hmm.. Hanya masa yg menentukan. Ramai org kate, jgn risau.. Kalau susu badan, confirm akan kurus. Hmm.. Aku tak berape percaya dgn teori tu. Mn boleh kurus hanya dgn breastfeed baby. Lainlah kalau mmg dah baka badan kurus2. Tak pyh breastfeed dan exercise pun boleh kurus. Katenye menyusu badan akan bakar 500 kalori/setiap sesi. Betul tu betul.. Tp klau kite tak jaga makan, boleh bayangkan berapa ribu kalori plak masuk badan kite? Itu kalori.. How about body fat? Stamina dan tenaga? Bagi aku, bukan kurus jd keutamaan. Tp biar kite jadi ibu yang FIT.

Bile aku sibuk pg gym, ade gak yg mengata. Ala.. Menyusu badan xperlu pg gym. Bahaya bersenam lepas bersalin caesarean. Aku xboleh kalau duduk rumah 3 bulan, tak berpeluh lansung. Nnti baru member ajak main pingpong sikit dah pengsan.huhu. Tak salah kalau nak bersenam, asalkan keadaan diri tu mengizinkan. Dapatkan nasihat doktor sama ada boleh ke tak bersenam dan bersenam cara mcm mane dibolehkan. Kalau tanye trainer, ade jugak senaman utk post natal bg bersalin normal dan czer. Bukan boleh bersenam suke2. Aku selalu berjogging pakai treadmill & elliptical machine, yoga, buat senaman perut pakai equipment, plank, sit up dan senaman khas utk org lepas bersalin caesarean. Tu pun trainer di gym yang bg tunjuk ajar. Jgn asyik fikir nak kurus je. Manfaat lain yg kite boleh dapat, boleh tingkatkan stamina, relaxing, melancarkan blood circulation dan pernafasan kite. Untung aku dapat cuti bersalin 3 bulan, jadi aku manfaatkan. Kalau kat rumah, aku curi2 masa baby tido dan curi mase bile husband balik keje. Sempatlah exercise sambil husband jage baby. Bile mak abah aku ade / bile aku balik rumah parents, aku ambil kesempatan spend time digym. Tp xlame, 1 jam cardio, 1 jam lg masuk kelas yoga / body combat / zumba atau ape2 yg sempat. Thanks my sister banyak bg tunjuk ajar dan selalu teman aku. Lepas ni, tak sabar nak masuk ofis nak sambung aktiviti harian aku ~ main pingpong! And guess what? Berkat aku rajin ke gym, sekarang dah muat semua jeans2 lame.. Syukur Alhamdulillah.. Tp sedih sikit xdpt shopping jeans baru :-(





PRACTICE
Banyak bende aku kene praktis. Mula2 praktis jaga baby, susukan baby, pump susu utk baby. Sekarang kene praktis bawa baby keluar, tukar lampin, susukan baby dan melayan karenah baby kat luar. Paling aku nervous sekali praktis bawa baby naik kereta sorang2. Huhu.. Husband dok remind suruh keluar dgn baby sorang2 tp aku asyik tangguh. Takut sebenarnye. Tp kene jugak sbb nnti lambat laun kene jugak drive dgn baby sorang2 pg office dan nursery. Hujung bulan September, aku tetibe hati kering plak nk bwk baby keluar. Kebetulan plak kat ofis aku ade buat jualan sebelum raya haji. Alang2 bolehlah singgah. Pagi tu aku siap2 menyusukan baby dan packing barang. Bag semua aku dah galas, pastu aku dukung baby. Sampai kat kereta, aku start engine dulu, bukak aircond. Pastu baru letak baby dlm car seat. Mula2 tu die merengek gak, mungkin sbb seat tu panas / xselesa / nak menyusu lg. Aku duduk kat belakang skjap menyusukan baby. Baby dah terlena baru aku letak dlm car seat. Alhamdulillah,  sepanjang perjalanan die xmeragam. Jaga sekejap pastu tido balik. Ade sesekali tu, die merengek gak, tp bile dah lame skit jalan, die ok dah. Terus tido. Mungkin sbb kereta tu bergerak2 (vibrate) dan ade aircond.


Aku happy sbb berjaya bawak baby pegi jalan2 satu hari sorang2. Sempat jugaklah bwk pg window shopping kat Alamanda. Bile semua bende kene urus sendiri ni, agak susah jugak sebab tak cukup tangan.  Aku dah mula terase nak berbabywearing. Hmm.. Ingat nk beli ring sling. Mcm stylo je..hihi.. Tp kene belajar gak teknik pkai ring sling ni. Aku berkenan ring sling kat website Jumpasac. Tak sabar punye pasal, aku search kat mane Jumpasac ade distribute barang2 die. Aku xnak beli online sbb nak tengok material dan boleh tanye2 cmne nk pakai. Dlm Facebook Jumpasac adelah bgtau, di Mom's Care, AEON Bandar Melaka ade jual. Bagus sangat la tuh. Mmg hujung minggu ni pg Melaka pun. Hihihi. Senang aku nak buat kerja rumah, berjalan, bersenam, malah fastwalking pun best..hihi. Tp bukan senang nak bersling ring klau xpandai. Nak cerita panjang lebar psl babywearing boleh refer entry psl baby wearing.

HANTAR KE NURSERY
Aku berdebar2 jugak sebelum nak hantar baby ke nursery. Baby plak selalu jeluak susu. Pastu baby terlebih manja plak. Klau nk tidur, mesti nak menetek dulu. Jarang la die tidur lame lepas susu botol. Malam2, mmg bawah ketiak je die tidur, asyik nak menetek. Jadi sebagai persediaan, aku selalu latih die susu botol bg sampai kenyang dan tidur. Lepas sendawakan baby, aku tidurkan die mengiring untuk mengelak die tersedak susu. Hanya berdoa dan tawakkal jela hantar baby ke nursery. Mak ade offer nak jaga, tp nanti nak hantar anak dah besar pg nursery lg susah. Lgpun bagus utk ajar anak berdikari nanti. Last2 aku whatsapp cikgu nursery. Aku cerita sejujur-jujurnya, xde dolak-dalih lg dah. Cikgu pun jawab, untuk bilik baby 3-6 bulan, mmg akan ade cikgu stand by 24hours. Mereka akan gilir2 utk makan/solat. Cikgu akan riba baby bile nak susu dan akan dudukkan baby utk disendawakan. Diorg dah aware masalah tu dan akan ambil langkah berjaga2. Lega aku dengar. Syukur, alhamdulillah. Aku kene fikir positif. Sekurang2nya aku boleh fokus pam susu kat ofis. Sebelum ni klau kat rumah, susah nak pam susu sebab anak asyik nak melekat je. Huhu.. Tapi ape yg pasti, mesti mate aku berair bile hantar anak kat nursery nanti. Haha. Maka bermulalah kehidupanku sebagai ibu berkerja.. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin

No comments:

Post a Comment