Adv

Thursday, August 7, 2014

Persediaan kehamilan dan berpantang

Kat sini aku nak share segala tok nenek vitamin & ubat-ubatan yang aku ms pregnancy, semasa berpantang dan segala persediaan sepanjang kehamilan. Bukan ape, untuk panduan aku sendiri di masa akan datang, kot2 aku pregnant lagi..huhu..

1st Trimester
  • Obimin Pluz (Beli kat farmasi, sbb mase tu belum buat pregnancy check up lagi)
  • Asid Folic (Doktor dari Klinik An-Nur prerscribe masa aku find out aku mula2 pregnant. Makan sebab nak habiskan stok. Actually Asid Folic mmg dah terkandung dlm Obimin)
  • Vita C Shaklee (Bagus untuk anti-bodi. Alhamdulillah sepanjang pregnancy tak penah demam)
  • Pure Cod Liver Oil Capsule (Niat asal nak abiskan stok kat rumah. Pun bagus untuk anti-bodi)
  • Susu Anmum (Selalu beli perisa mangga & coklat. Mmg membuatkan kite bertenaga sepanjang masa)
  • Senaman/sukan : Ping pong, berenang, pilates, yoga (dah mula amal sebelum mengandung tp tak digalakkan kalau ade pendarahan, terlalu penat atau sakit2)
  • Jus delima (minum jus kotak di office / bancuh pati delima di rumah)
  • Kismis dan kekacang, air soya & taufu fah (Aku suke mengunyah.. so nak elakkan kadar kolestrol naik atau berat badan berlebihan terpaksa gantikan makanan junk food kepada kismis / kacang / biskut hi-fibre)

Ms ni dianggarkan dalam sebulan lebih pregnant

2nd Trimester
  • Pramilet (Aku tukar dari Obimin Pluz ke Pramilet sbb Pramilet boleh kurangkan peningkatan berat badan. Lagipun harga pun lagi murah. Doktor dah prescribe, aku makan je.. Kebanyakan review orang lain mengatakan Obimin boleh menyebabkan berat naik dengan mendadak sbb menambah selera makan)
  • Vita C Shaklee (Bagus untuk anti-bodi. Alhamdulillah sepanjang pregnancy tak penah demam)
  • Dah tak makan Pure Cod Liver Oil Capsule sbb dah abis stok
  • Susu Anmum (Selalu beli perisa mangga & coklat. Mmg membuatkan kite bertenaga sepanjang masa)
  • Senaman/sukan : Ping pong, berenang, pilates, yoga, senaman menggunakan gym ball (memudahkan bukaan serviks untuk bersalin)
  • Jus delima (minum jus kotak di office / bancuh pati delima di rumah)
  • Kismis dan kekacang, air soya & taufu fah

Ms ni dah lebih 32 minggu tak silap. Tak larat dah stretching2.. just berjalan dalam swimming pool / berenang je

3rd Trimester
  • Buat detailed scan untuk check perkembangan bayi yang sempurna. Boleh check jantung, pundi kencing, masalah down syndrome, sumbing, kecacatan fizikal dan lain2 lagi.
  • Hadiri kelas antenatal
  • Dah boleh packing bag untuk baby, mommy & daddy untuk ke hospital. Just in case, kalau terawal dari mase yang dijangka..hihi
  • Pramilet
  • Pil kalsium (Doktor prescribe sejak 4th pregnancy check up)
  • PB Neurogain (Doktor prescribe, bagus untuk perkembangan otak, sesuai untuk kandungan 6 bulan ke atas. Kalau terlalu awal, takut anak hyperactive. Lepas tu beli kat farmasi je, lagi murah..)
  • Vita C Shaklee
  • Pure Cod Liver Oil Capsule (Dah lame abis stok, tetibe selsema & batuk sekejap, terus beli pil ni dan amalkan semula)
  • Minyak Kelapa Dara Tropika (makan satu sudu besar dan buat urutan perineum pakai minyak tu) *urutan perineum - urutan antara vagina ke anus. Contoh video boleh tengok dalam Youtube. Cume aku tak tahan nak makan minyak kelapa dara tu. Habis sebotol, terus aku beli yang kapsul punye. Senang sikit nak telan. Bile nak buat urutan, aku pecahkan kapsul tu. Mudahkan?
  • Aku dah berhenti minum susu Anmum sbb aku tengok berat badan aku naik mendadak padahal aku control makan aku. Kebanyakan ibu-ibu hamil mengalami masalah yang sama bile dah consult dengan doktor / nurse. Ini mungkin sebab kandungan gula yang tinggi dalam Anmum dan pemakanan aku plak mungkin kurang seimbang. So aku tukar ke susu HL Marigold & Dutch Lady Low Fat. Lepas tu berat tak naik mendadak sangat.
  • Senaman/sukan : Ping pong, berenang, berjalan dalam swimming pool, senaman menggunakan gymball (memudahkan bukaan serviks untuk bersalin)
  • Jus delima (minum jus kotak di office / bancuh pati delima di rumah) - Orang kate jus delima bagus untuk mengelakkan anak kene jaundice
  • Kismis dan kekacang, air soya & taufu fah
  • Pati Ayam Brands (amalkan seminggu sebelum nak bersalin, boleh bagi tenaga)


Check list barang-barang persediaan baby & mommy :
  • Baju & seluar (lengan panjang, lengan pendek, baju tidur, rompers, jumpsuit)
  • Towel mandi & towel muka
  • Mitten & booties
  • Bedung
  • Barut
  • Topi
  • Selimut
  • Wet wipes
  • Cotton bud
  • Set mandi (baby bath, shampoo, baby powder)
  • Baby oil / lotion
  • Nappy rash cream
  • Vicks
  • Minyak telon / Minyak Yu Yi Cap Limau
  • Tuam baby
  • Diapers & napkin
  • Changing mat
  • Penyembur air
  • Manicure & pedicure set
  • Detergent (basuh baju baby, toys & botol)
  • Feeding bottle
  • Berus botol baby
  • Warmer
  • Sterilizer
  • Breast pump
  • Storage bag
  • Termometer
  • Bouncer
  • Kelambu
  • Set bantal
  • Baby cot
  • Baby car seat
  • Stroller
  • Set berpantang (krim sapu sebelum berbengkung, pilis, tungku, bengkung dan suppliment)

Terlebih rajin basuh baju baby.. geram aku tengok

Check list persediaan ke hospital (lagi bagus sediakan awal2, kalau ape2 hal, rembat bag je..)
  • Buku check up dan IC
  • Handphone
  • Kamera
  • Pakaian mommy (baju, kain, skirt)
  • Stoking
  • Maternity bra, disposable panties, maternity pad
  • Toiletries
  • Breast pad
  • Sweater
  • Selipar
  • Minyak angin / minyak urut 
  • Baju & seluar baby (3 pasang untuk siang & malam)
  • Towel mandi & towel muka (Mommy & baby)
  • Mitten & booties
  • Bedung
  • Barut
  • Topi
  • Selimut
  • Wet wipes
  • Set mandi for travelling (baby bath, shampoo, baby powder, baby oil)
  • Nappy rash cream
  • Vicks
  • Minyak telon / Minyak Yu Yi Cap Limau
  • Diapers & napkin
  • Changing mat
Masuk 8 bulan, aku start packing barang baby & barang sendiri. Itu pun kelam kabut, ade je bende tak beli lagi mcm pampers & minyak angin..huhu. Nasib baik prepare awal2. Terase mcm sikit plak barang2 nk packing. Harap2 semua cukup la.

Mommy berpantang

Mula2 masa nak survey set berpantang, punye la pening kepala sbb ade terlalu banyak pilihan. Dari harga yang murah, sampailah yang mahal, semua ade. Ade juga orang yang tidak mengamalkan pengambilan set berpantang tp rezeki die la dapat baka body yang slim..hihi.. Aku agak takut nak abiskan beratus2 untuk set berpantang, takut tak termakan. So aku pilih jalan yang mudah dan murah. Aku juga amalkan makan suppliment Shaklee sbb harga agak berpatutan, boleh tahan 3-4 bulan dan manfaat yang berterusan. Lepas survey melalui internet dan tanye pendapat kawan2, ni adalah antara cara aku berpantang :

Set berpantang Shaklee. ESP tu aku minum mase bulan puasa bagi tambah tenaga (mase tu dah sarat)
  1. Bengkung - jenis zigzag dan kain belacu tebal (mudah dipakai sendiri dan mudah ke toilet tp tak sekuat bengkung lilit). Jenis zigzag ni aku pakai sekejap je. Memandangkan aku bersalin c-zer, aku ikat longgar2 kat bahagian bawah. Selain tu, aku pun ade beli jugak bengkung moden (zipzap) yang sesuai untuk orang bersalin c-zer.
  2. Lotion Halia Mustajab dengan haruman buah delima (disapu sebelum memakai bengkung zigzag / bengkung moden)
  3. Tungku batu sungai complimentary from tukang urut :-) (panaskan 5 minit atas dapur dengan api kecil dan ditungkukan di bahagian perut, dada, ulu hati, tengkuk, ketiak, buah dada dan belikat, pagi dan malam)
  4. Krim pilis (krim pilis yang telah sedia dibancuh adalah lebih mudah, terus sapu je kat dahi)
  5. Urutan bersalin (urutan sengkak di awal kelahiran tidak digalakkan sebab takut pendarahan, kalau bersalin c-zer dinasihatkan buat urutan sengkak selepas 6 bulan)
  6. Berganggang - dibantu oleh tukang urut selepas berurut, untuk mengecutkan rahim dan mengeringkan luka (c-zer)
  7. ESP Shaklee - untuk tenaga
  8. Vita-C Shaklee - untuk antibodi dan tenaga
  9. Zinc Shaklee - untuk cepat sembuhkan luka
  10. Ostematrix Shaklee - untuk menambah kalsium, especially bile breastfeed, badan akan cepat sakit
  11. Alfafa Shaklee - untuk menambah susu badan (baby aku kene jaundice, kene stop dulu)
  12. Minum horlicks - sbg milk booster
  13. Snack - biskut Jacobs Hi-Fibre (nak makan buah / sayur sebarang tak boleh, so mkn biskut yang banyak serat untuk senang lawas)
  14. Lain-lain - berstokin, pakai sweater, makan cereal berserat tinggi, jus oren dan susu rendah lemak ms breakfast, sedikit nasi dengan ikan tenggiri/salmon dan baby carrot/corn ms lunch dan snek ringan ms dinner (horlicks & biskut)
Roti dgn jem aprikot & air madu suam


Salmon bakar dgn krim sup

2 comments:

  1. keep on updating babe! Love to read your blog :)

    xoxo, Zakim Ulala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq cik akim.. Insya Allah, more post coming in and ready to be published :)

      Delete