Adv

Thursday, August 7, 2014

Dugaan buat mommy, daddy dan baby Ilham ~ Prolonged Jaundice

Kelahiran putera sulung kami sememangnya kenangan yang paling manis buat kami suami isteri. Aku pun excited dapat mengulit baby, meluangkan masa, menyusukan die ms kat hospital.. Hari pertama lepas baby lahir, doktor bgtau baby ade jaundice selepas 18 jam.

Antara faktornye sbb aku darah O+ tp baby darah B+. Dua2 blood group ni tak serasi dan selalu ibu yang berdarah O tp anak tak berdarah O, anak tu ade chances kene jaundice. Contohnye, mcm aku sendiri dan dua orang adik aku (Syaqirah & Haiqal) tak kene jaundice ms baby sbb kami berdarah O, sama dgn mak aku pun berdarah O. Tp adik aku yg lg sorang (Husni), kene jaundice ms baby sbb die bukan berdarah O. Faktor2 lain, aku xpasti.

Hari kedua doktor terpakse tahan baby untuk buat phototherapy sehingga hari ke lima. Hati ni frust jugak sbb xdpt breastfeed slalu. Aku xlarat la nak ulang alik dr wad aku ke nursery. Br lepas c-zer plak tu. Mula2 mmg aku dah sign untuk bg full breastfeeding pd baby kat hospital. Tp sbb baby kene jaundice, aku plak xdpt nak breastfeed slalu dan ms tu susu xkeluar sngat lg, aku terpakse sign izinkan hospital bg formula buat sementara waktu. Gigih la aku malam tu try pam untuk stimulate susu badan smpai pkul 2 pagi. Mengepam sambil berair mate..huhu.. Akhirnya keluar jgak susu badan. Sekurang2nya boleh aku bantu bg susu badan disamping formula. Ade jugak aku bg stok susu yg sikit gile xsmpai setengah Oz pd nurse..huhu..kesian.

Masuk hari kelima, bacaan dah turun ke normal dan baby dah boleh discharge. Doktor pesan, banyak2kan breastfeed untuk pastikan die banyak berak & kencing supaya boleh keluarkan bilirubin dr badan. Ade follow up kene buat lg 2 hari. Aku minta doktor ni refer kpd Columbia Hospital di Seremban sbb aku dah nak balik berpantang di Seremban. Doktor ni pun dah bgtau, prolonged jaundice ni, bacaan die agak lain sikit berbanding jaundice biase. Bacaan akan naik mendadak dan akan turun perlahan-lahan dan ambil ms yang agak lama.

Ms bawak balik baby ke Puchong untuk 1 malam, mmg 1st time kami berdua dgn baby semalaman. 1st time dpt tukar diapers dan mandikan die. Sebab sepanjang kat hospital semua nurse yg buat. Ms ni la aku belajar sikit. Cume ms ni baby banyak tidur. Nak kejut punye la susah.. Selalu org kate baby yg kene jaundice mmg agak pasif dan tidur je.

Ms balik ke Seremban ade jugaklah die meragam tp bile menyusu, die diamlah.. Esoknye kami pegi follow up jaundice baby di Seremban. Naik lg plak bacaannye! Dalam 2 hari naik 100.. Adakah sbb aku xkerap bg breastfeed? Sbb ape2 yg aku makan ke? Sbb susu badan aku ke? Buat mase ni xberape kritikal untuk masuk wad semula tp nurse dan doktor ade bg nasihat supaya banyak2kan breastfeed untuk hilangkan kuning baby. Selain tu adelah tips2, contohnye titiskan air buah blackcurrent pada hari kesepuluh, jemur baby pada waktu dhuha, bg ibunye minum air sengkuang cina atau jus delima, titiskan air gula kundur pd baby dan banyak lg.. Semua tu kami usahakan. Malam2 selalu baby xpuas breastfeed, (mungkin sbb dah biase minum formula di hospital) sampai tahap aku pam susu, bg baby minum susu pkai botol.. Pastu baru baby puas minum susu.

Follow up seterusnya di hospital, adduuhhh.. Naik lg bacaan baby.. Sampai 357..! Rela tak rela terpakselah merelakan baby masuk wad kali kedua untuk phototherapy. Bacaan tu kalau dah sampai 400 kene buat pemindahan darah. Sedih sangat2 sbb ms tu malam raya. Tp apekan daya, yang penting baby sihat. Nak baby sihat aku sendiri kene kuat semangat. Susah nak kuat semangat, selalu je sambil menyusu aku menitis air mata. Kesian dengan baby, kesian dengan husband. Mulalah aku salahkan diri sendiri sbb aku tak kerap susukan baby. Tp aku cube positifkan diri, aku kate pd diri aku, jaundice ni biase berlaku.. Yang penting banyak2kan breastfeed.

Namun ade hikmahnya baby masuk wad, aku dpt betul2 fokus susukan baby, belajar bende baru dr nurse cara uruskan baby (especially bile baby mengamuk), teknik2 menyusu dan lain2. Bende2 ni aku xkan dapat di rumah. There's a blessing in disguise. Yang paling aku bersyukur, mula2 baby diasingkan sbb duduk bawah 2 lampu biru (nurse yg jaga). Next blood test, bacaan baby turun sikit. Terus doktor pindahkan baby sebilik dgn aku, letak bawah 1 lampu biru je. Doktor pun tngok aku dok stress sbb anak jauh dr aku..huhu. Baby diletakkan sebelah katil aku, bile2 ms baby merengek, aku boleh tutup lampu dan menyusukan baby. Lega aku dpt bersama dgn baby :)

Yang sedihnye, pagi esok adalah pagi raya. Tp xpelah, xkan kite nak bersuke ria ms anak tgh xberape sihat. Yang penting, anak dah sihat, br boleh kite beraya sekeluarga. Blood test baby dibuat setiap 4 jam. Kesian tu kesian baby asyik kene cucuk tp nak wat cmne, kene pantau jugak bacaannye. Setakat ni, dr mula admit, bacaan dah turun sikit2. Doktor yg check pagi tu dah nmpak perubahan yg positif pd baby. Tp for the last time, die mntak buat lg 1 blood test pkul 3 ptg nnti. 3 ptg tu bile check bacaan turun lg.. Alhamdulillah.. Doktor pun bg discharge hari yg sama. Syukur kami hanya admitted 1 malam je..

Kami happy sangat2 tp kami tetap kene berhati2 supaya kuning baby x naik lg. Kene banyakkan lg breastfeed dan aku kene pantang makan. Kate doktor aku xbleh makan kunyit, halia, herba2, jamu2 untuk mengelakkan kuning naik semula. Setakat minggu ke 3, baby banyak kencing & berak berwarna kuning dan sekarang dia semakin aktif. Syukur Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment