Adv

Thursday, August 7, 2014

Dugaan berpuasa semasa sarat hamil

29 Jun 2014 adalah bersamaan dengan 1 Ramadhan 1435H, adalah Ramadhan pertama aku berpuasa sebagai seorang ibu mengandung. EDD plak awal bulan Ogos 2014, mula2 fikir ntah2 aku akan bersalin di penghujung Ramadhan atau di awal Syawal. Kalau awal Syawal, merasalah aku nak makan kueh raya, ketupat rendang semua. Kalau hujung Ramadhan? hmm.. xmerasalah aku puasa penuh & tak merasalah aku makan makanan sedap2 mase raya. Orang kate kalau mengandung anak sulung, sama ada akan bersalin 2 minggu awal atau 2 minggu lewat. Bersama-samalah kite berdoa..

Sebelum nak masuk bulan Ramadhan, aku risau jugak macam mane lah agaknye pengalaman berpuasa mase mengandung. Mase tak mengandung pun kadang2 tak larat dan sebelum masuk bulan Ramadhan pun aku makan banyak.. Risau plak.. Tapi kawan2 bagi dorongan dan nasihat, berpuasa semasa hamil ni biase. Yang penting, kene bersahur. Aduhh dah lah aku ni jenis jarang sangat bersahur. Antara tips untuk mendapatkan tenaga lebih semasa berpuasa, amalkan banyak minum air masak, makan kurma dan minum ESP Shaklee. Insya Allah kenyang dan bertenaga sepanjang hari. Itulah yang aku amalkan. Kebetulan plak aku mmg nak amalkan set berpantang Shaklee, alang2 terus amalkan ESP awal2. Kurma yang paling bagus adalah kurma ajwa. Kene plak mase aku berpuasa tu musim elnino yang dikatakan akan berlanjutan sampai bulan Ogos 2014, panas bahang je sepanjang masa.. mmg selalu buat aku haus.

ESP Shaklee bagus jugak amalkan untuk bagi tenaga masa bulan Ramadhan dan masa aku berpantang

Ni kurma favourite aku.. Bertangkai, kering dan kurang manis.

Disebabkan aku banyak sangat minum air sejuk sejak sebulan sebelum Ramadhan dan setiap hari masa buka puasa, aku demam teruk pulak masa Ramadhan ke 9. Aku selesema teruk, sakit tekak dan batuk. Hah, satu set kombo.. Mula2 tu aku puasa, pegi jugak kerja tp disebabkan tak cukup tidur (kerap bersin, tekak perit yang teramat sangat dan susah nak tidur), kepala dah start pening. Last2 surrender, pegi klinik. Doktor check, doktor kate aku demam. Doktor bagi aku ubat. 5 jenis ubat die bagi, ubat batuk dalam botol, pil selesema, pil demam, pil anti biotik dan lozenges. Mula2 aku risau, boleh ke pregnant2 ni makan ubat mcm2. Doktor kate, tak de masalah sebab kandungan aku dah sarat dan ubat selesema & batuk ni sesuai untuk ibu mengandung dan takkan buat kite mengantuk. Kate doktor, ubat-ubatan ni bahaya untuk early pregnancy. Nak tak nak, aku terpakselah makan je sebab nak sihat cepat.

On the way balik rumah, aku tapau bubur Mc. Donalds untuk buke puasa..huhu.. Selepas makan, aku makan semua ubat yang doktor bagi dan minum air masak banyak2. Lepas tu aku rehat. Tengah malam terbangun, sambung makan bubur dan makan ubat lagi. Esok harinye, aku tak berpuasa sebab tak berapa sihat sangat. Tp selesema dan batuk dah lega sikit. Selepas sarapan, aku makan ubat selesema, batuk & sakit tekak. Aku dah tak makan ubat demam & anti biotik, sebab dah tak demam dan tak nak terlalu bergantung kepada ubat. Memandai je aku ni kan...hihi.

Tapi alhamdulillah, aku berjaya jugak berpuasa walaupun tak penuh, sbb 2 hari aku demam selsema dan 8 hari sebab aku dah terberanak awal...huhuhu.. Nak tau cmne aku terberanak, tengok entry seterusnye ye. Jadi kesimpulannye, untuk mengelakkan aku penat & haus, mmg aku kurangkan aktiviti aku. Sbb dah sarat sangat, aku banyak2kan rileks walaupun kat office. Kdg2 tu nak berjalan pun dah tak larat dah. Tp klau selepas seminggu, dah ok dah puase walaupun sarat mengandung. Sebab dah biase.

Selamat Menyambut Ramadhan semua!

No comments:

Post a Comment