Adv

Monday, March 24, 2014

Online Shopping & Expo Sane Sini

Untuk si baby sayang, sekali dalam sebulan mesti kami akan semak semula check list dan shopping. Kali ni, kami beli barang keperluan baby yang kecik2. Macam bedak, shampoo, baby oil, wet wipes dan lain-lain lagi. Baru-baru ni kami shopping di Tesco, Paradigm Mall & Jusco, IOI Mall.

Tak cukup dengan shopping di shopping mall, nak jugak shopping online. Kebetulan plak ade kawan yang jual Giraffe Toy Organizer Shelf with Removable Storage Bin dengan harga murah. Walaupun aku tak nampak lagi keperluan nak beli rak tu, tapi aku beli jugak. Konon2 kalau bukan untuk diri sendiri, mungkin untuk anak buah. Hihi.. Last2 terpikat sendiri dan dah berangan nak hias bilik baby.

Comel kan?

Selain barang2 keperluan baby yg lain, aku pun masih mencari breast pump yg ok. Minat dengan breast pump Medela Freestyle tp price range berbeza-beza sangat. Ade yg mahal dan ade yang murah. Kalau mahal, sekali dengan waranti Malaysia + worldwide. Kalau yang murah tak de waranti Malaysia plak. Just worldwide warranty je.. Tu belum bezakan dengan free gift yang kite dapat lagi.. pening kepala aku fikir nak beli kat mane. Last time aku survey kat kedai mcm Isetan, Parkson, Anakku, etc harga RM2200. Kalau ade offer pun RM1800. Kat Baby Expo dulu kat PWTC ade jual RM1500+ tp tak termasuk handsfree kit. Pening kepala aku. Antara Facebook page yang ade jual breast pump Medela Freestyle dengan harga yg murah : PumpOnTheGo dan Butik UK. Last2 aku pilih nak beli breast pump dari Butik UK. Harga Medela Freestyle RM1190. Terus order..hihi.. Breast pump ni murah sbb direct dari UK dan warranti pun lain. Balun, jangan tak balun!

Package dah sampai!!

Niat di hati mmg nak menyusukan baby secara eksklusif. Doakan kami murahkan rezeki ok!


Semenjak dua menjak nih selalu plak alert dengan expo2 untuk kaum2 ibu & anak2 nih.. hihi.. Sebelum nih ade Maternity & Children Expo di Midvalley Exhibition Centre hujung bulan Januari aritu. Lepas tu ade Children's World Baby Fair hujung bulan Februari. Kali ni Motherhood Expo plak di KL Convention Centre pada 28 Feb - 2 Mac.

Kalau sebelum ni, tak pegi sbb tak de barang nak beli. Kali ni kami nak pegi atas misi nak cari baby Bottle Sterilizer & Warmer. Orang tua2 selalu suruh rendam botol dengan air panas je atau rebus. Susu plak rendam dengan air panas.. (bagi yg breastfeed) Tp sekarang ni dah zaman moden, lepas tu ade plak kemudahan untuk membersihkan botol2 baby dengan cara lebih mudah, mestilah kite kene cuba kan? Mungkin dulu2 sterilizer & warmer agak mahal. Tp sekarang ni dah makin banyak pilihan dan harga pun ade yg murah dan mahal. Pilih je..

Kami pun sampai tahap tak larat nak survey satu2, mane yg bagus, murah dan berbaloi. Ade beberapa jenama yang kami tengok. Antaranya Little Bean, Dr. Brown, Avent dan Pigeon. Last2 kami pilih sterilizer & warmer Little Bean. Harga RM160.00 termasuk sterilizer, warmer, 2 bottle dan changing mat. Compare dengan lain2 ade yg mahal, tak de free gift, brand tak pernah dengar dan ade gak yg harge terlalu murah.


Kami beli pun tak sempat nak survey berape harga kat luar. Tak pasti lagi mahal atau lagi murah. Lepas survey2, harga kat luar dalam RM199.00. Hmm.. Boleh laa... Ade sesetengah set tu sekali dengan car warmer. Kirenye bolehlah panaskan susu dalam kereta. Tapi setakat ni, tak de keperluan lagi nak panaskan susu dalam kereta. Nanti kemudian2 baru cari kot.


22 - 25 Mac 2014 plak ade Pregnancy, Children and Baby Expo di PICC, Putrajaya plak. Dengan harapan mase ni belum gaji, moga tak ramai orang.. Lepas keje aku pun pegi lah dengan husband. Mmg tak ramai orang pun, tapi masalahnye kedai2 pun tak banyak. Tapi jadilaa.. target aku kali ni nak beli bottle set & baju kalau ade yg berkenaan. Nasib baik lah ade gerai Avent. Harge pun oklah, murah dari kat luar. Kalau Avent Natural Starter Set (2 botol 9oz + 2 botol 4oz + bottle and teet brush + soother) harganya hanya RM165.00. Kalau kat luar last time aku tengok RM240.00. Kalau Avent Natural bottle set (2 botol 4oz) harganya hanya RM65.00. Harga normal RM93.00.

Selain daripada tu, ade la jual baju2, rompers, legging, bootie, mitten, etc dari harga RM3.00 - RM25.00. Seronok jugak gaul2 baju cari yang comel2 cume kedai tak berape banyak, so tak banyak choice. Dalam setengah jam kami membeli kat situ. Kedai tak banyak & tak banyak choice pun masih memborong jugak..hihi.. Lebih2 lagi bile kami dah tau jantina baby kami.. :-)



Dah pegi dgn husband, esoknye tu pegi plak dengan officemate! Kat tepi tu saje promote jus delima..hihi.. elok amalkan semasa mengandung..

During weekend, aku & husband jalan2 kat Sunway Pyramid, tetibe terjumpe plak set botol susu offer kat Parkson - Nuby Softlex Premium Starter Set (Grows with Baby). Dulu aku jumpe kat Mothercare, Alamanda harga die dalam RM200.00. Tapi harge offer di Parkson just RM100.00 je. Aku fikir2 dah bottle set Avent tp husband kate elok beli sebab set ni special skit sbb boleh pakai sampai anak umur setahun. Siap ade training bottle & puting pun berbagai2 untuk latih baby dari pakai feeding bottle ke straw. Nak bagi solid food pun boleh. Hmm.. agak menarik. Kalau tau ade offer kat Parkson cmni, tak de lah aku beli set botol Avent. Tu pun mahal gak walaupun beli kat expo kat PICC.

Nak tau review, baby aku suke / tak kene tunggu..huhu.. harap2 die suke la..


Last time lepas buat 4th pregnancy check up, aku & husband pegi Ikea sbb nak pegi beli Changing Table for Baby. Asal2nye, kami nak cari changing station je untuk letak/pasangkan pada baby cot. Senang nak tukar2 lampin budak. Tapi masalahnye, selalu changing station tu dah siap free sekali bile beli baby cot / playpan. Nak beli changing station shj mmg takde jual la.. Mak aku dah bagi baby cot, so malas nak beli baru. Yang lame elok lagi, mase tu adik bongsu aku yang pakai (13 tahun lepas) ~ Terima Kasih kepada arwah wan sbb lipat elok2 dan bungkus elok2 baby cot tu. Masih cantik lagi. Design pun modern ~ brand Anakku.

Changing table ni takde la penting sangat nak beli. Tapi sbb jual kat Ikea murah, just RM99.00 tu yang aku rase tak rugi beli. Tak silap dalam One Baby World pun ade jual changing station tp mahal gak, lebih RM100.00, tp just changing station untuk sangkut atas playpan / baby cot. Kalau aku beli changing table Ikea ni, agak2 dah tak pakai jadikan lah tempat letak barang..hihi.. Alas die plak bukan kain/sponge tapi mcm pelampung/balloon. Kene isi hangin. Lagi la aku suke, senang basuh. Segala bende utk uruskan anak aku, dah tempatkan dalam bilik baby. Excitednye nak siapkan bilik baby. Over sangat kan... Mentang2 anak first..



Pada 25-27 April 2014 plak, ade Mother, Baby & Kids Expo di SACC plak.. (Shah Alam Convention Centre). Antara checklist barang yang belum beli lagi : kain lampin, towel, diapers, tilam baby, bouncer, krim pilis, bengkung, minyak kelapa dara, lotion halia Mustajab, tungku dan set bersalin Shaklee. Jalan punye jalan dalam SACC tu, punyelah ramai orang. Dah lah crowded, semua orang duk bawak stroller kehulu kehilir, adeehhh.. stress aku. Tp aku manage jugaklah jumpe booth jual Bengkung, dan Krim Pilis.

Camnila rupe bengkung yang aku beli tu. Saiz M tak de plak.. Last2, aku bayar dulu, diorg pos kan bengkung tu. Aku pun malas nak cari lain. Pos pun, pos la.. Harga aku beli RM65.00 bagi bengkung tebal & labuh. Harge untuk bengkuk singkat/nipis, lain2 harga. Selain tu, aku beli krim pilis harge RM29.00/botol. Dah siap bancuh, tinggal sapu je.. Untuk minyak kelapa dara Tropika & lotion halia Mustajab plak, husband beli esoknye di Plaza Alam Sentral.

Hajat di hati nak beli set bantal baby melalui Facebook sbb banyak betul design2 yang modern. Sbb aku & husband tak suke sangat design cartoon2 nih.. Tapi terjumpe plak Set Bantal + Kelambu kat expo tu. Siap boleh convert jadi sofa kecik lagi.. Comel.. So bolehlah aku letak jugak dalam baby cot. Nak lipat pun senang untuk travel. Ade jugak zip & senang nak basuh / gantikan isi die. Tak yah beli tilam dah. Kalau nak beli tilam kekabu, kat belakang rumah pun ade kedai kekabu.



Sebagai tambahan, aku beli lagi satu set tilam + kelambu dari page FB Baby and Muslimah Online Store untuk rumah parents aku plak. Sebabnya kat rumah parents aku ade jugak baby cot tp tak de tilam. Harge tak mahal sangat dalam RM50.00+ (Set tilam dengan kelambu + sleeping bag). Ade banyak warna. Aku pilih colour kelabu. Material die cotton dan isinya fiber. Bukan kekabu.

Columbia Asia Hospital Puchong - 3rd check up

Pregnancy check up yang ketiga, doktor akan bagi keputusan blood test. Seperti biasa, rutin pertama ~ daftar, urine test, timbang berat, tengok tekanan darah dan jumpe doktor. Masalah aku hari ni, susah nak buang air kecik plak ms nak buat urine test..hihi.. Mungkin sebelum keluar rumah dah buang air kot. Masuk toilet, lepas tu keluar balik..hihihi.. Husband pun pegi beli air kat cafe, lepas tu aku minum banyak2.. Alhamdulillah, semua ok.

Sampai turn aku timbang berat, aku terkejut berat aku naik sampai 3 kilo..huhuhu.. Sekarang berat aku 59kg. Terkejut jugak, sbb minggu lepas naik 0.5kg je. Tp syukurlah, naik juga berat.. Bermaksud baby pun membesar dan maklumlah, selera makan maknya pun dah bertambah ok. Mase doktor panggil masuk, die terus review blood test result aku. Alhamdulillah, semua ok takde masalah. Cume doktor tegur, "Wah.. berat naik mendadak terus 3 kilo..". Aku panik, tanye doktor tu normal atau tak okay? Doktor cakap "Okay lah tu, total dalam 5 months pregnancy naik 3.5kg. Tp jangan every month naik 3kg plak tau".






Lepas tu, seperti biasa scan baby. Masa scan baby doktor tanye nak tau jantina tak. Kami jawab "bolehlah doktor..". Tak sampai 2 saat, doktor terus cakap "baby boy..". Kami terus ketawa sbb masing2 mcm dah agak dari mula..hihi.. Kali ni, nak tengok muke baby puas2, tak dapat plak sbb die lekapkan muke kat perut aku. So bile scan tak nampak sangat. Tapi bahagian penis die mmg nampak jelas..hihi.. Mmg sah baby boy! Kadang2, naluri sebagai ibu pun boleh tau die carry baby boy / baby girl. Walaubagaimanapun, kami bersyukur kami dikurniakan baby boy dan sihat walafiat. Check pun tak lame, sbb setakat ni Alhamdulillah tak de masalah. Sebelum keluar, doktor offer nak bagi lagi Pramilet. Aku terima je, sbb senang jugak, tak payah nak cari Obimin kat farmasi. Lepas tu, husband terus bayar bil.

Mase ni baby lasak sangat..sampai doktor tak dapat nak snap muke. Nampak angry bird die je..hihihi..
That's my boy!

Saje nak share, gambar setakat ni aku pregnant 21 minggu (5 bulan lebih). Alhamdulillah setakat ni aku masih aktif macam biase. Main pingpong, menari, ke hulu ke hilir mcm biase. Cume kadang2 tu adelah dah start sakit kaki bile berdiri lama. Salah duduk, start sakit pinggang plak. Masa ni tak rase baby bergerak lagi. Nak dekat 22 minggu baru terase baby bergerak2 especially pagi2. Malam2 husband pegang perut baby tak bergerak plak. huhu..


Tak menahan pantang minum coffee, 5 bulan lebih aku tak ambil coffee. Tapi hari ni ambil juga. Just hazelnut machiato je.. Lepas rindu..

So, since kami dah tahu kami bakal melahirkan baby boy, senanglah kerja kami nanti. Nak cari baju, nak cari nama, nak hias bilik baby, etc.. Awal2 dah tahu senang..

Tuesday, March 4, 2014

Columbia Asia Hospital Puchong - 2nd check up

Pada 7 Februari 2014 (Jumaat) kami pegi check up lagi sekali. Setiap kali nak pegi check up mesti super excited! Especially husband.. Rajin dan baik hati sungguh die, amik time off setiap kali pegi pregnancy check up. Baguslah, sementara die free boleh die selalu teman aku pegi check up. Lepas solat Jumaat, kami terus pegi ke hospital. Appointment pukul 2.30 pm. Tp kami terlambat sampai plak 15 minit sbb kelam kabut nak packing barang nak pegi Genting Highlands, makan angin ;p

Tp aku tak makan apa-apa sangat sejak dari pagi. Busy sangat kat ofis. Lepas tu sempat plak main ping pong sekejap sebelum balik rumah. Konon nak release tension. Nasib baik tak gastrik. Sampai hospital, buat routine mcm biase, amik urine test, tekanan darah dan timbang berat. Berat naik 0.5 kilogram. Hmm.. No comment. Sambil2 tunggu doktor panggil, husband pegi beli makanan, Lemon tea & pie.

Mase doktor panggil, doktor tanye boleh ambil darah hari ni? Aku ok je. Cume aku pelik kenape baru hari ni baru doktor nak ambil darah. Rupa-rupanya mmg doktor akan ambil mase 2nd visit. Kang ambil awal2 takut tak confirm lagi nak sambung check up / follow up kat sini. Lagi pun bulan depan baru boleh tau result blood test. Lepas tu seperti biase, doktor scan perut aku.

Ya Allah.. my baby is so adorable.. Love you so much!

Mase scan, baby tengah tidur plak. Gerak sikit2 je.. Sampai doktor sound baby hari ni low profile plak. Beriyalah husband aku ambil video ms scan baby. Masing-masing mengharap baby gerak aktif mcm bulan lepas. Kali ni posing elok je tido. Style tido sebijik mcm mommy die plak tu. Gaya tangan pun sama. Mungkin hari sebab mommy die tak makan lagi kot. Baby takde tenaga. Kesian baby.. Lain kali mommy makan banyak2 ye.. Sambil2 tu doktor buat ultrasound, ukur kepala baby, tengok tangan baby, kaki baby, pundi kencing dan perut baby. Tu antara bende2 penting yang selalu doktor check katenye.

Alhamdulillah, doktor kate semua ok, sihat walafiat dan tengok keadaan semua ok. Since, tak de sakit ape2, tak de pendarahan, semua ok lah tuh. Aku share jugak kadang2 ade sakit berdenyut2 kat bawah perut. Kate doktor tu mungkin cramp especially bile kite buat kerja berat. Doktor offer aku nak bagi Pramilet. Aku sebenarnye tak tahu menahu ape bende menatang Pramilet tu. Aku ye kan je kalau doktor nak bagi. Lepas tu aku google ape bende Pramilet ni. Rupenye2 Pramilet ni multivitamin jugak sama mcm Obimin. Cume beza brand je. Aku dah biase ambik Obimin Pluz. Ingat nak let go kat kawan2 tp kawan2 semua dah pakai Obimin. Last2 sekali, aku makan jugak Pramilet lepas Obimin abis.


Lepas jumpe doktor, aku terus pegi check darah kat lab. Aku takut gile nak pegi check darah. Takut sakit/terkejut. Mengade2 kan..huhu. Sepanjang mase orang tu ambik tangan aku, aku pandang tempat lain. Tak nak tengok. Takut. Pastu tetibe dah siap. Banyak gak darah yg die ambil. Ok lah tu. Orang tu pun pandai cucuk kat urat aku. Sekali cube je. Sampai tak rase lansung. Lepas tu husband aku pegi bayar kat kaunter. Kali ni mahal sikit bil sbb ade buat blood test.


Lepas pegi hospital, kami terus ke Genting Highlands.. saje makan angin.. mentang2 dapat time off kan..hihi.. Saje lepak2 dengan family kat situ. So pengajarannye lepas ni, sebelum pegi check up, kene makan dulu. Supaya baby pun ceria dan aktif..hihi..

Saje nak share gambar sepanjaang 2nd trimester aku.. :-D










Monday, March 3, 2014

3 months pregnancy : Kejohanan Ping Pong JPM

Mase aku mengandung ni, aku tetap tak boleh berhenti melakukan aktiviti harian aku ~ main ping pong. Setakat ni Alhamdulillah, tak selalu mabuk. Kerap mabuk malam2 je. Siang2, aku sihat walafiat. Cume bile kadang2 dah start mabuk tu, aku isi perut sikit, sapu minyak angin kat kepala, bawah hidung dan dada, lepas tu aku tidur sekejap. Sedaya upaya aku elakkan muntah. Aku amalkan makan dalam kuantiti yang sikit tp kerap. Okla.. dengan cara yang aku buat ni, membuatkan aku jarang muntah.

Tengah dok galak main ping pong hari2, tetiba dapat plak email kate ade Kejohanan Ping Pong Jabatan Perdana Menteri. Aku dgn kawan2 of course la excited nak masuk lawan mewakili Jabatan Peguam Negara. Bajet terror gile dah..hahaha. Nasib baik tak de yg menghalang aku nak join masuk tournament tu. Mungkin sbb main ping pong bukanlah agresif mcm game2 lain. Hari2 main tak ingat, takkan nak masuk tournament pun tak boleh kan?

Balik rumah, bgtau husband aku nak masuk tournament ping pong. Husband aku ok je, sbb dah hari2 main ping pong kan.. Cume die nasihatkan, jaga makan, selalu minum susu (Anmum) dan selalu praktis supaya tingkatkan stamina dan tak penat ms tournament nanti. Die risau aku tak larat / muntah je ms tournament nanti. Ms tournament tu tepat 3 bulan usia kandungan aku. Perut pun tak nampak lagi.


Di hari tournament tu, pagi2 aku breakfast dulu, makan fillet o fish burger Mc.D, hashbrown dan Teh O Panas. Sambil tu bawak bekal air mineral banyak2. Nasib baiklah tournament ni bukan liga. Main kalah mati je. Kalau tak, aku pun mungkin tak larat. Tak lame lepas diorg start main, dalam 1 jam gitu, name aku pun diorg panggil untuk perlawanan kategori perseorangan. Aku agak nervous nak main sbb aku dah tau siapa lawan aku sejak perjumpaan pemilihan lagi. Lawan aku tu plak seorang Dato'. Namenye mcm chinese muslim. Argh... mcm tak de harapan je..hihihi. Dah lah aku first time nak masuk tournament, pastu dapat plak lawan aku yg mcm pro. Takpelah.. tawakal je, kalah / menang tak penting, yang penting pengalaman masuk tournament dan boleh buat persediaan untuk masa akan datang.

Partner beregu

Team power

Pasukan Jabatan Peguam Negara




Masa perlawanan tu mmg agak mencabar sbb lawan aku tu bukan calang2 orang. Mungkin nampak berumur tp sangat2 lincah. Hmm.. aku pun dah underestimate die. 1st set je aku menang. 2nd, 3rd dan 4th set aku kalah deuce sampai mate 17-19. Huh! Stress aku!. Dah lah stress kalah,  kalah deuce plak tuh. Penat gile, stress main sampai 4 set. Tp seronok lah main.. Hihi.. Lepas Zohor plak aku kene tunggu untuk perlawanan beregu plak. Main beregu pun kalah 3 set. Walaupun kami pulang dengan hampa, tp seronok jugaklah main. At least ade fight dan dah test power. Hihi..

Syukur, aku sihat walafiat, dan takde kejadian yang tidak diingini berlaku walaupun aku aktif berlari.