Adv

Monday, March 3, 2014

3 months pregnancy : Kejohanan Ping Pong JPM

Mase aku mengandung ni, aku tetap tak boleh berhenti melakukan aktiviti harian aku ~ main ping pong. Setakat ni Alhamdulillah, tak selalu mabuk. Kerap mabuk malam2 je. Siang2, aku sihat walafiat. Cume bile kadang2 dah start mabuk tu, aku isi perut sikit, sapu minyak angin kat kepala, bawah hidung dan dada, lepas tu aku tidur sekejap. Sedaya upaya aku elakkan muntah. Aku amalkan makan dalam kuantiti yang sikit tp kerap. Okla.. dengan cara yang aku buat ni, membuatkan aku jarang muntah.

Tengah dok galak main ping pong hari2, tetiba dapat plak email kate ade Kejohanan Ping Pong Jabatan Perdana Menteri. Aku dgn kawan2 of course la excited nak masuk lawan mewakili Jabatan Peguam Negara. Bajet terror gile dah..hahaha. Nasib baik tak de yg menghalang aku nak join masuk tournament tu. Mungkin sbb main ping pong bukanlah agresif mcm game2 lain. Hari2 main tak ingat, takkan nak masuk tournament pun tak boleh kan?

Balik rumah, bgtau husband aku nak masuk tournament ping pong. Husband aku ok je, sbb dah hari2 main ping pong kan.. Cume die nasihatkan, jaga makan, selalu minum susu (Anmum) dan selalu praktis supaya tingkatkan stamina dan tak penat ms tournament nanti. Die risau aku tak larat / muntah je ms tournament nanti. Ms tournament tu tepat 3 bulan usia kandungan aku. Perut pun tak nampak lagi.


Di hari tournament tu, pagi2 aku breakfast dulu, makan fillet o fish burger Mc.D, hashbrown dan Teh O Panas. Sambil tu bawak bekal air mineral banyak2. Nasib baiklah tournament ni bukan liga. Main kalah mati je. Kalau tak, aku pun mungkin tak larat. Tak lame lepas diorg start main, dalam 1 jam gitu, name aku pun diorg panggil untuk perlawanan kategori perseorangan. Aku agak nervous nak main sbb aku dah tau siapa lawan aku sejak perjumpaan pemilihan lagi. Lawan aku tu plak seorang Dato'. Namenye mcm chinese muslim. Argh... mcm tak de harapan je..hihihi. Dah lah aku first time nak masuk tournament, pastu dapat plak lawan aku yg mcm pro. Takpelah.. tawakal je, kalah / menang tak penting, yang penting pengalaman masuk tournament dan boleh buat persediaan untuk masa akan datang.

Partner beregu

Team power

Pasukan Jabatan Peguam Negara




Masa perlawanan tu mmg agak mencabar sbb lawan aku tu bukan calang2 orang. Mungkin nampak berumur tp sangat2 lincah. Hmm.. aku pun dah underestimate die. 1st set je aku menang. 2nd, 3rd dan 4th set aku kalah deuce sampai mate 17-19. Huh! Stress aku!. Dah lah stress kalah,  kalah deuce plak tuh. Penat gile, stress main sampai 4 set. Tp seronok lah main.. Hihi.. Lepas Zohor plak aku kene tunggu untuk perlawanan beregu plak. Main beregu pun kalah 3 set. Walaupun kami pulang dengan hampa, tp seronok jugaklah main. At least ade fight dan dah test power. Hihi..

Syukur, aku sihat walafiat, dan takde kejadian yang tidak diingini berlaku walaupun aku aktif berlari.

No comments:

Post a Comment