Adv

Tuesday, March 4, 2014

Columbia Asia Hospital Puchong - 2nd check up

Pada 7 Februari 2014 (Jumaat) kami pegi check up lagi sekali. Setiap kali nak pegi check up mesti super excited! Especially husband.. Rajin dan baik hati sungguh die, amik time off setiap kali pegi pregnancy check up. Baguslah, sementara die free boleh die selalu teman aku pegi check up. Lepas solat Jumaat, kami terus pegi ke hospital. Appointment pukul 2.30 pm. Tp kami terlambat sampai plak 15 minit sbb kelam kabut nak packing barang nak pegi Genting Highlands, makan angin ;p

Tp aku tak makan apa-apa sangat sejak dari pagi. Busy sangat kat ofis. Lepas tu sempat plak main ping pong sekejap sebelum balik rumah. Konon nak release tension. Nasib baik tak gastrik. Sampai hospital, buat routine mcm biase, amik urine test, tekanan darah dan timbang berat. Berat naik 0.5 kilogram. Hmm.. No comment. Sambil2 tunggu doktor panggil, husband pegi beli makanan, Lemon tea & pie.

Mase doktor panggil, doktor tanye boleh ambil darah hari ni? Aku ok je. Cume aku pelik kenape baru hari ni baru doktor nak ambil darah. Rupa-rupanya mmg doktor akan ambil mase 2nd visit. Kang ambil awal2 takut tak confirm lagi nak sambung check up / follow up kat sini. Lagi pun bulan depan baru boleh tau result blood test. Lepas tu seperti biase, doktor scan perut aku.

Ya Allah.. my baby is so adorable.. Love you so much!

Mase scan, baby tengah tidur plak. Gerak sikit2 je.. Sampai doktor sound baby hari ni low profile plak. Beriyalah husband aku ambil video ms scan baby. Masing-masing mengharap baby gerak aktif mcm bulan lepas. Kali ni posing elok je tido. Style tido sebijik mcm mommy die plak tu. Gaya tangan pun sama. Mungkin hari sebab mommy die tak makan lagi kot. Baby takde tenaga. Kesian baby.. Lain kali mommy makan banyak2 ye.. Sambil2 tu doktor buat ultrasound, ukur kepala baby, tengok tangan baby, kaki baby, pundi kencing dan perut baby. Tu antara bende2 penting yang selalu doktor check katenye.

Alhamdulillah, doktor kate semua ok, sihat walafiat dan tengok keadaan semua ok. Since, tak de sakit ape2, tak de pendarahan, semua ok lah tuh. Aku share jugak kadang2 ade sakit berdenyut2 kat bawah perut. Kate doktor tu mungkin cramp especially bile kite buat kerja berat. Doktor offer aku nak bagi Pramilet. Aku sebenarnye tak tahu menahu ape bende menatang Pramilet tu. Aku ye kan je kalau doktor nak bagi. Lepas tu aku google ape bende Pramilet ni. Rupenye2 Pramilet ni multivitamin jugak sama mcm Obimin. Cume beza brand je. Aku dah biase ambik Obimin Pluz. Ingat nak let go kat kawan2 tp kawan2 semua dah pakai Obimin. Last2 sekali, aku makan jugak Pramilet lepas Obimin abis.


Lepas jumpe doktor, aku terus pegi check darah kat lab. Aku takut gile nak pegi check darah. Takut sakit/terkejut. Mengade2 kan..huhu. Sepanjang mase orang tu ambik tangan aku, aku pandang tempat lain. Tak nak tengok. Takut. Pastu tetibe dah siap. Banyak gak darah yg die ambil. Ok lah tu. Orang tu pun pandai cucuk kat urat aku. Sekali cube je. Sampai tak rase lansung. Lepas tu husband aku pegi bayar kat kaunter. Kali ni mahal sikit bil sbb ade buat blood test.


Lepas pegi hospital, kami terus ke Genting Highlands.. saje makan angin.. mentang2 dapat time off kan..hihi.. Saje lepak2 dengan family kat situ. So pengajarannye lepas ni, sebelum pegi check up, kene makan dulu. Supaya baby pun ceria dan aktif..hihi..

Saje nak share gambar sepanjaang 2nd trimester aku.. :-D










No comments:

Post a Comment