Adv

Thursday, August 7, 2014

Pengakuan Eksklusif : Terima Kasih Suamiku...

Sepanjang hidup aku, terlalu banyak aku terhutang budi kepada suami. Dialah soul mate, dialah racun, dialah penawar, dialah jantung aku dan dialah separuh diriku.. Chewah.. Blueeekk.. Terlalu banyak dah die korbankan untuk aku sepanjang perkenalan kami sejak tahun 2002. Lebih2 lagi, lepas kahwin mcm2 dugaan yang kami lalui, tapi kami tetap seperti dulu. Kami adalah musuh dan kami adalah sahabat. Segala pahit dan manis dikongsi bersama. Paling manis bile tanpa kami duga, kami bakal menimang cahaya mata selepas 7 tahun kami kahwin. Allah Maha Pemurah & Sebaik-baik Perancang. Kami bersyukur sangat2 kerana kadang2 kite tak sedar, Allah tidak memberi kepada kita apa yang kite minta dan impikan. Tapi Allah mengurniakan sesuatu yang lebih berharga tanpa kite meminta kepadanya. Alhamdulillah..


Aku tau, kekadang2 husband aku rajin bace blog aku (sbb kadang2 die akan proofread dulu dan tapis..hihi) so kat sini aku nak berterima kasih kepada husband di atas segala2nye :
  • Masa mula2 pregnant, dielah yang paling excited nak beli suppliment dan susu untuk keperluan aku. Dari mula sehingga aku sarat mengandung, die lah rajin bancuh susu untuk aku malam2 dan ingatkan aku makan vitamin. Aku mmg selalu mengelat nak minum susu malam2, tp ade die mmg tak boleh nak skip. Bile bercuti / balik kampung pun die yang akan packing vitamin & susu untuk aku sbb tak nak aku skip vitamin & susu. Selain vitamin & susu, die tambah plak stok sayur dan buah-buahan supaya aku makan bende2 berkhasiat. Sbbnye aku kurang makan sayur & buah.
  • Bile aku mabuk, tak berape sihat dielah yang asyik melayan aku, sapukan minyak angin dan tidurkan aku. Aku tak de morning sickness tp ade evening sickness. So mmg husband aku la yang menjadi mangsa..hihi. Aku tak pernah juga dimanjakan sangat mcm mane isteri lain yang mengandung dimanjakan, lagipun aku tak pernah mengidam ape2. Pernah gak, tengah2 malam aku cakap aku lapar. Terus die marah aku, "Dah tengah2 malam, ape nye pelik nak makan plak?? Tunggu esok..". Aku ketawa je, bile die kate cmtu.. Kadang2 kite2 ni bukan kebulur sangat nak makan, tp mengade je lebih..hihi. Boleh je tunggu esok.
  • Dari segi wang ringgit, husband aku tak pernah lokek. Nak berbelanje lebih sikit untuk kebaikan aku dan baby mmg die tak pernah berkira. Walaupun kami sama2 keluar duit, tp kebanyakannye dari die la.. Dari suppliment, susu Anmum, barang2 baby, pregnancy check up dan kos bersalin semua husband bantu. Die pun selalu pesan, lepas ni kite dah tak boleh joli sangat sbb nak ade baby, so kene berjimat-cermat dan kene ade banyak saving. Kalau sebelum ni, boleh lah selalu holiday / shopping untuk bini die, tp sekarang semua untuk baby. Kat rumah pun, stok susu Anmum belum abis lagi, husband aku dah beli dah 2 kotak untuk buat stok. Tu sbbnye, kdg2 rase bersalah jugak bile hati tu niat nak ponteng minum susu. Teringat husband dah beli dan tiap2 malam die tolong bancuh, sape sampai hati tak nak minum kan..
  • Mase mengandung ni, aku selalu ade alahan pada kulit badan aku. Ade ruam2 dan gatal dan belakang badan aku. Husband aku lah yang bertungkus lumus cari ubat / sabun untuk redakan ruam aku tu. Hari2, die tolong sabunkan aku. (Walaupun die selalu membebel kat aku selalu berpeluh2, pakai baju kain tak sesuai, lambat mandi dan suke tidur petang lepas balik keje). Disebabkan bantuan husband aku tu la, ruam & gatal2 aku dah makin reda.
  • Husband aku la yang jadi mangsa tukang urut aku ms aku sakit pinggang & sakit belakang. Untuk bagi aku selesa, die belikan aku back support, satu untuk di rumah dan satu untuk di pejabat. Malam2 bile aku mengadu sakit belakang, die akan urut. Kadang2 tu die dah mengantuk sangat, die tetap urutkan jugak sampai terlelap, tangan pun automatik berhenti mengurut. Sampai kene marah dengan aku plak..huhu.. Kesian husband aku, smpai terjaga2 semata-mata nak urut aku.
  • Hampir setiap malam husband aku busy buat assignment / study. Kekadang, aku baring dan tertidur dulu. Setiap malam tu lah husband aku akan sarungkan stokin, letak bantal bawah kaki untuk bagi aku selesa, cium aku, peluk aku dan usap2 perut aku. Kadang2 die bercakap dengan perut aku..huhu..Tetibe aku sebak plak.. sbb pernah aku sedih & menangis sbb husband tak nak temankan aku tidur. Padahal aku tau, mase tu husband tengah pening kepala buat assignment. Teruklah aku nih.. Huhu.. Abg, I mintak maaf sangat2..
  • Hari2 husband mesti tak miss tanye "hari ni baby gerak tak? hari ni baby nakal tak?". Setiap malam tu la die akan bercakap2 dengan baby dalam perut aku, nak rase baby bergerak. Actually, husband aku start buat cmtu sejak 3-4 bulan aku pregnant huhu.. Die suke tekapkan telinga kat perut, nak dengar baby katenye. Padahal, ms tu baby kecik lagi, tak rase/dengar ape2 pun.. Tp aku biarkan je gelagat die..hihi.. Mase 3rd trimester, hari2 husband aku bercakap dengan baby, sembang2.. Husband aku suke sangat dengan budak2. Aku bersyukur aku dikurniakan suami dan ayah yg penyayang kepada anak aku. Setiap kali husband bercakap dengan baby mesti baby akan bagi respond.. Subhanallah.. Seronok gile husband aku. Mesti dah besar baby akan manja dengan ayahnye..hihi..
  • Di waktu husband aku busy kerja pun aku suke ganggu die jugak, mintak die belikan itu la.. belikan ini la.. Office husband dekat dengan Plaza Alam Sentral, so selalulah aku kirim barang2 org perempuan, mcm minyak sapu lepas berpantang la, minyak kepala dara la, cari tungku la.. Kalau die sempat, die tengoklah. Kalau die tak sempat, die tak pegi pun. Baru2 ni, mase hari Ahad, ms die pegi kelas, gigih husband aku pegi cari losyen halia Mustajab & minyak kelapa dara. Terima Kasih abg, sbb bersusah payah gi beli. Sbb nak harap aku pegi cari, aku pun tak tau nak cari kat mane..
  • Start 7 bulan mengandung aku dah start rase panas je. Kerap berpeluh dan tak selesa. Malam2 memanjang nak pasang aircond je. Padahal aku ni jenis yang tak tahan sejuk. Sejuk sikit je, dah start bersin2 / menggigil. Malam2 tidur, terpakselah husband aku berselubung dengan selimut sbb sejuk aircond. Aku plak rilek je tak berselimut. Kesian die.. Bile die demam / pening kepala pulak, tak de bende sangat aku boleh bantu. Just picit2 kepala.. bagi ubat.. (tu pun skjap je, sbb aku picit tak kuat..tak puas..hihi)
  • Bile berat aku makin meningkat, husband aku plak yang terlebih risau. Takut aku overweight / diebetic. Selalu lah die ajak aku berjalan kat area kondo, kasi berpeluh sikit dan swimming. Paling tak pun, berjalan dalam swimming pool. Katenye, sekurang-kurangnya ade la aktiviti sikit dari baring je kat rumah. Di pun berharap sangat aku tak menghadapi apa-apa masalah utk bersalin.
32 weeks @ his birthday party
  • Setiap kali aku pegi check up, husband tak pernah miss teman aku. Selalu die lah terlebih excited & tak sabar2 nak bwk aku pegi check up. Nak jumpe baby katenye. Mcm mane busy pun, die akan mintak time off jugak utk bawak aku. Syukur Alhamdulillah.. Rase seronok sangat sbb tak sorang2..
  • Yang paling penting, semasa aku sakit bersalin, rase down dan stress husband aku jugak bersabar melayan karenah aku. Sampaikan aku xtahan sakit pun die layankan je. Aku tau agak berat dihati die bile aku request nak c-zer tp memikirkan aku dah stress sangat, dia benarkan sbg option. Walaupun aku tau, buat apa membazir duit tp bile aku dah panik, xtahan sakit, semua dah jd kelabu asap. Husband aku hanya ckp, yang penting aku dan baby selamat.



  • Semasa aku di wad bersalin, berpantang di rumah, jaga baby, suami aku bnyak membantu. Termasuklah masakkan untuk aku makanan org berpantang, bantu mandikan baby, tukar lampin, dodoikan baby dan bnyak lg. Terima kasih abg. Takde abg, mmg sy xdapat nak buat sorang2. Banyak juga bende yang aku belajar dr suami dlm menguruskan baby. Thank you Allah atas peluang ini.

Aku doakan suami aku akan sentiasa dikurniakan kesihatan, kegembiraan dan kebahagiaan dunia & akhirat. Amin..

No comments:

Post a Comment