Adv

Thursday, August 7, 2014

Detik Kelahiran Danish Ilham bin Mohd Zulfakar

Sakit contraction dah start sejak tengah malam semalam. Semakin kerap. Due sepatutnye bulan Ogos. Tp sekarang baru 20 Julai 2014. Nampak gaya mcm 2 minggu awal aku bersalin. Mungkin dah mmg tibe masenye atau disebabkan travel jauh hari Jumaat dan Sabtu smlm. Pagi2 aku kejutkan suami, xtahan sangat nak pegi hospital. Kami terus packing barang2 untuk di bawa ke hospital. On the way ke hospital suami singgah kedai beli air mineral, Pati Ayam Brands dan roti. Tp xsempat nak mkn roti. Just minum air dan minum pati ayam untuk menambah tenaga (tips mak aku sebelum bersalin).

Sampai je di hospital lebih kurang pkul 10 lebih, aku terus bg admission letter di registration counter. Diorg terus bawak aku pg labor room untuk check CTG. Heartbeat baby ok dan contraction aku dah semakin kerap. Di labor room terus aku dan husband bg tau bidan yang aku berhasrat nak bersalin secara Caesarean. Diorg tanye, nak pilih tarikh bile? Aku dah xlarat nak tahan sakit. Kalau dapat hari ni lg bagus. Doktor Raja pun tgh on the way. So diorg jadualkan operation pukul 2 petang. Aku dah xbleh makan / minum dah. Sebab sebelum operate kene puasa sekurang2nya 6 jam.

Complimentary toiletries

Baru lepas buat CTG dan ready nak masuk wad sementara tunggu pukul 2 ptg untuk operate

Hati ini sangatlah berdebar2.. Klau boleh nak selesai cepat tp pada masa yang sama takut plak nak hadapinye. Lepas diorg minta aku pkai baju hospital, aku di bawa ke dalam wad. Nurse check tekanan darah dan bg makan ubat. Ubat ape, xtau plak. Lepas tu dtg plak nurse lain untuk bersihkan aku. Bab cukur-mencukur yang membuatkan aku seram. Bidan dah inform husband aku awal2 utk sediakan kain untuk bungkus uri.


Dalam pkul 1.30 ptg, nurse dah bawak stretcher untuk angkut aku pg operation theater. Sebelum tu lg skali diorg bg aku minum ubat. Dalam operation theater pun aku seram semacam.. Takut gile aku tngok pekakas2, bau ubat, doktor ramai2 dgn baju & tutup muka. Serious, kasi aku cuak! Lepas tu ade pakar bius yang explain pilihan bius sama ada nak separuh badan atau sepenuhnya (tidur). Aku pilih bius separuh badan. Doktor cucuk bius kat tangan dan tulang belakang. Aku tang cucuk-mencucuk ni cukuplah takut dan seram! Doktor tu tau sangat aku ni cepat gelabah. So die buat slow2. Syukur la aku xrase ape2. Sebab kebanyakan org kate sakit bile masukkan bius kat tulang belakang. Selain tu, doktor ade ckp awal2, setiap org akan dpt reaksi yg berbeza dgn bius. Mcm aku, aku rs gatal2 kat muke. Muke aku pun dah merah sikit.

Kaki dah rase kebas sikit.. Tp masih boleh rase sentuhan. Mase doktor nak bersihkan bahagian nak operate dan masukkan tube (urinary catherer) aku boleh plak terkejut, angkat kaki dan kepit. Menjerit terkejut doktor2 kat situ..huhu.. Doktor suruh aku rileks dan abaikan rs sentuhan kat mane2. Yang penting xde rase sakit. Aku dah bergenang air mata.. (xabis2 emo..!). Doktor Raja siap perli aku. "Bawak bertenang,  I dah start potong dah pun... Hah, tak rase kan..". Dlm perut rs mcm ditekan2. Mase tu aku lega sikit tp masih takut. Xlame lepas tu kami dengar suara baby menangis.. Lagi sekali aku menangis tp kerana kegembiraan. Baby boy kesayangan kami selamat dilahirkan pada pkul 2.20 ptg, 20 Julai 2014. Doktor sempat tunjukkan baby yang dah dibersihkan, bg aku cium baby tu.. Husband azan dan iqamat di telinga baby. Lepas jahit dan bersihkan bahagian pembedahan, aku dibawa keluar dr operation theater. Mase tu aku menggigil mcm kesejukan. Kate doktor sbb reaksi kpd bius. Akan ambil mase 1 jam ke 1 jam setengah untuk reda.





Punyela takut yang amat, (walaupun caesarean), tp tak sangka masa yang diambil terlalu pantas. Mak & abah yang tunggu kat luar pun terkejut sebab sekejap sangat.

Tunggu doktor sambil sembang2 - 5 minit
Penerangan dan masukkan bius - 5 minit
Bersihkan tempat pembedahan - 5 minit
Keluarkan baby & uri - 5 minit
Jahit - 5 minit
Bersihkan tempat pembedahan - 5 minit.

Seriously, tu anggaran aku.. Tp aku rs lg cepat kot. Sbb aku yg tgh gelabah dan panik pun terase mcm cepat gile prosedur tu. Syukur Alhamdulillah.. Semuanya selamat.

Ms ni baru keluar dr operation theater. Adik aku saje je snap gambar aku dgn air kencing aku. Cissss

Mase aku balik ke wad, gigil aku tak abis lg. Bukan sejuk tp mmg menggigil. Kate husband aku, doktor mmg tambahkan sikit dos bius sbb aku panik sangat. Takpela doktor, asalkan doktor boleh buat kerja doktor dgn mudah. Kot2 aku ni menggelabah smpai menganggu plak doktor nak wat keje. Hihi..

Bius tu ambil ms dlm 6 jam baru hilang. Nak selamat, doktor bg estimation pkul 9 malam baru boleh turun katil. Tp memandangkan aku dah pkai tube, xde keperluan la turun dr katil. Aku berak pun nurse yang cucikan. Hihi.. Makan minum pun husband yang suapkan.

Saat paling menyeronokkan, lewat petang tu nurse dtg bawak baby untuk breastfeed. Sangat2 teruja nak tngok puas2 wajah baby dan bagi breastfeed. Nurse tu ajar aku breastfeed. Pandai plak baby hisap susu. Mata aku dah berair dah..huhu.. :'-) aku ckp "pandai la baby ni hisap susu..". Bile nurse tu dah confident je tengok aku, die pun biarkan baby dgn aku. Lepas menyusu, die tido kat bawah lengan aku.. Waahhh.. Seronoknye.. Kdg2 aku musykil gak, ade ke susu.. Baby ni beriya hisap tp aku xnmpak ape2 pun yg keluar. Nurse kate, colostrum yang keluar, xbnyak pun tp berkhasiat utk baby. Aku layankan aje.. Asalkan baby tido lepas menyusu.

Nurse ni yg ajar aku breastfeed. Sangat2 membantu


Esok paginye, nurse bukak tube (urinary catherer)..wow..menakutkan jugak! Nasib baik nurse suruh tarik nafas, cepat2 nurse tarik tube tu. Xsempat aku nak jerit.hihi.. Lepas tu nurse tolong aku turun dr katil dan minta aku selalu cube bergerak perlahan2. Selalu bergerak akan banyakkan peredaran darah dan luka tu akan cepat sembuh. Tp jangan sekali2 angkat berat / buat kerja berat. Lepas operate, mmg xbleh dok baring je.. Lg bahaya ade.. Mule2 je aku rase sakit luke kat dalam dah lame2 xrase ape dah. Mase gynae aku Dr. Raja dtg bukak bandage luke tu pun kate jahitan ok dan kate boleh mandi mcm biase. Cume pastikan tempat tu kering lepas mandi. Aku tngok luke jahitan tu pun hampir xnampak. Cantikla die buat. Boleh lah pakai bikini kirenye..kuang3. Kate doktor dalam setahun aku dah boleh pregnant lg. Haish.. Cepat sangat tu doktor..huhu..

Esok paginye husband aku dtg bwk surprise utk baby! Thanks daddy!


Selepas ni, bermula la kehidupan kami yang serba baru dengan kehadiran insan yang menjadi penyeri hidup kami. Semoga kami sabar dan tenang menghadapi segala dugaan yang berlaku demi membesarkan anak yang tersayang ~ Danish Ilham bin Mohd Zulfakar.

Husband yg setia menemani aku


Adik2 aku excited dpt anak buah pertama

Makan di bulan Ramadhan..hihi

Boneless fish & mashed potato.. sedap!!

Adik bongsu aku Haiqal sekarang dah jadi uncle

We are now a mommy and a daddy!

Sebelum balik, hospital ade bg gift kpd baby. Banyak jugaklah barang yg baby dapat. Pelbagai jenama nappy rash cream, set mandian Dettol, pelbagai jenama diapers, Tupperware, wet wipes, buku2, risalah dan lain2. And of course, tote bag yg comel

4 comments:

  1. Salam sis... seronok baca ur experience pasal ni... sy pun djgka bersalin akhir ramadhan or raya tahun ni. sis bersalin kat mne ye ni. mcm bagus je service die. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam sis, Alhamdulillah.. semoga selamat semuanya :-) Selamat menyambut aidilfitri dgn baby baru!. Saya bersalin di columbia asia hospital di puchong.

      Delete
  2. slm sis,brape yer cost czer dgn dr raja?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. dalam RM6k+ (klau bersalin weekdays murah sikit)

      Delete