Adv

Saturday, October 18, 2014

What the hell is babywearing?

Perkataan babywearing pun aku first time dengar. Direct translation - pemakaian baby kah? Baju baby? Hahaha.. Mula2 aku kenal dengan perkataan ni bila one of my officemate masukkan aku dalam group Malaysian Babywearers. Ape ke jadahnye babywearing ni? Bile aku nampak gambar rajah ni, barulah aku faham secara generalnye amende menatang babywearing ni. Kirenye bahasa pasarnye, kendong anak / baby carrier la. Aku terfikir, apesal nak berbabywearing sampai bergroup2 bagai?



Rupe2nye berbabywearing ni bukanlah semudah atau sewenang-wenang mcm kite sangka. Mengendong anak pun kene tau tekniknya, cara yang betul, carrier yang ergonomic, kedudukan yang betul dan banyak lagi aspek2 yang perlu dititikberatkan. Nak beli baby carrier pun sebenarnye xbleh beli sebarang. Kalau takde ilmu, mmg kite main hentam je beli ape2 carrier (yg paling popular - crotch carrier) tanpa memikirkan kualiti / ergonomic kah carrier tu dan kedudukan baby yg selamat dan selesa. Kite si pemakai pun kene selesa jugak. Kalau tak, boleh sakit pinggang/belakang. Mase aku join group Malaysian Babywearers ni baru aku tau carrier jenis ape yg sesuai bg usia baby kite.







Aku bukanlah peminat babywearing ni. Tp sebab keperluan aku untuk bwk baby sorang2, dr rumah ke kereta/kedai runcit atau mane2 tempat yg xsesuai bawak stroller untuk tempoh yang sekejap. Tu belum bile hujan/panas terik lagi dengan nak bawak barang lg.. Anak aku setakat 5kg lebih ni pun xlarat dah nk dukung lame2, ni kan plak sambil2 bawak barang2 semua. Bagi baby bawah 4 bulan sebenarnya hanya lebih sesuai pakai ring sling atau wrap kerana lebih menyokong belakang dan kepala baby yg masih belum kuat. Aku berkenan dgn ring sling sbb mcm stylo dan mudah je. Adjustable dan sesuai untuk semua peringkat umur. Boleh pakai sampai anak besar. Banyak gile local made ring sling. Antara yg aku survey kat website Jumpsac. Tp xpuas hati beli online sbb xdpt tengok material/testing2. Tengok dlm website katenye ade jual di Mom's Care, AEON Bandar Melaka. Alang2 pegi jalan2 kat Melaka, aku singgah. Kecek la husband beli ring sling. Sembang dgn husband baik punye..dok promote ring sling. Last2 husband pun belanje la ring sling. Mahal gak RM170. Konon2 kain cotton tebal, corak cantik, ring aluminium, high quality, semua laa. Mase beli tu, penjual tu pesan make sure pratice dulu pkai ring sling kat rumah ye.. Dah confident betul, baru bawak baby keluar pakai ring sling. Aku mcm pelik gak.. Aik, pkai ring sling pun kene practice ke? Ye2 je akak nih. Rupe2nye aku sudah memandang rendah nasihat akak tu..


Sampai2 je kat hotel ms kat Melaka, aku excited nak try ring sling. Try punye try, xpandai nak adjust. Padahal banyak dah tengok tutorial kat youtube. Kedudukan kaki baby pun xseperti yang sepatutnya. Baby plak dah start menangis. Ok, kite tangguh dulu lah practice. Balik rumah, aku try lg sorang2. Ok tu ok, tp tak confident la plak. Takut punggung baby terlucut plak. Haish bahaya. 2-3 kali try jugak. Mcm ok, tp xberape kemas mcm orang lain pakai. Last2 aku try pkai ring sling dengan husband, husband sendiri bagi komen, tak boleh kalau mcm ni, mcm tak secure je. Kite belum mahir lg, so tak boleh bawak baby keluar lagi pkai ring sling. Husband kate soft structured carrier (SSC) lg secure dan senang pkai. Nampak confident sikit. Hmm..


Bermulalah kajian aku kepada SSC plak. Mmg orang kate bwh 4 bulan xbleh pkai SSC sbb tulang belakang xkuat lg. Tp nak wat cmne. Xkan aku nak dukung anak aku dlm hujan panas / kat tempat crowded. Lagi bahaya. Dah lah aku rase die berat dah. Tp aku syok sendiri rase ok je sbb anak aku kepala dah kuat dan umur 3 bulan lebih.

Bile tengok dlm website, aku berkenan dengan Boba Air. Walaupun material die 100% Nylon, tp carrier tu ringan, boleh lipat dan sangat handy. Boleh simpan dlm handbag. Mmg agak panas kalau pakai lame2, tp aku xde intention nak pakai dalam tempoh yg lame pun. Pakai sekejap2 je. Kalau pegi shopping complex aku prefer pakai stroller. Boba Air is my 1st choice. 2nd choice plak of course la Ergobaby Organic SSC kan..hihi.. Especially design yg sama Alyson Hannigan pakai.hihi.. 3rd choice Boba 4G la kot.

 

Kebetulan 17-19 October ni ade baby expo plak kat Midvalley, aku dan husband teringin nak cari SSC. Mane tau harge lg murah dr online. Sebelum beli mesti nak testing dulu kan. Ade plak kawan ofis yang pakai SSC Boba, terus aku contact nak pinjam sekejap nak test serasi ke tak dgn baby, selesa ke tak. Bile try, mmg best la.. Selesa.. So confirm la beli SSC. Cume xtau SSC jenis ape yg ade jual baby expo Midvalley.



Malam tu plak husband dapat jumpe ade org nak jual pre-loved Ergobaby Original (Galaxy Grey) dengan harga RM200. Aku prefer beli pre-loved je. Sbb bukan nak pakai sangat pun. Ergo plak tu! I like! Husband tak call tp just whatsapp dan sms. Tak reply sampai ke esok harinya. So kami sepakat beli SSC baru kat kedai la. Nak tengok orang jual SSC pre-loved kat group Facebook lagi la.. Sepantas kilat je orang lain dah sambar. Mmg xkan ade harapan dan peluang.


Mase kat Midvalley, kami jumpe banyak jugak booth jual carrier. Ergo, Boba, Pognae dan banyak lg. Kami singgah kat booth Peekaboo. Boba 4G harge RM300+ (x ingat the exact price), Boba Air RM170 (Retail RM200++), Ergo Sport dan Ergo Original RM376 (Retail RM464), Ergo Bundle of Joy (with infant insert) RM423 (Retail RM529). Ergo Organic takde jual plak. Ergo Organic harge retail dalam RM600++. 1st kami try Boba Air. Ok je. Sbb dah boleh expect saiz dan kualiti kain. Lepas try Ergo Original. Best jugak. Selesa mcm pakai Boba kawan punye. Cume Ergo ni carrier die agak bulky. Kalau nak bawak tu mmg sebeban la..hihi. Berat sikit dr Boba tp sama selesa dan sedap. Husband prefer beli Ergo sbb suke brand die (tanpa sebab..hihi). Aku plak atas pagar. Semua nak. Tak tau nak pilih mane. Husband dah angkat Ergo Original. Yang tinggal corak Sea Skipper. Warna die very light blue seakan2 warna putih, gambar sauh. Aku corak budak2 ni yang lemah nih. Cukup tak gemar. Takde warna plain.


Yang plain merah ade tapi Ergo Sport. Kami xnak sebab material die 50% cotton 50% polyester dan bukan 100% cotton. Tp harge sama. Baik ambil Ergo Original. Tp tak suke gile corak dan warna die.. Arghhhh..! Boba tolak tepi la sebab design corak die semua sangat2 colourful. Klau dpt design sama mcm kawan aku punye tu ok jugak. Cantik. Kami tinggal nak bayar je Ergo gambar sauh tu. Kat kaunter aku tukar fikiran. Aku ckp kat husband nak ambik Boba Air la. Balik semula ke plan asal dan ikut balik keperluan aku. Kate nak SSC yang ringan, handy dan boleh lipat2. Boba Air la jawabnya. Beli Ergo kang menyesal bulky sangat. Dah lah warna tak berkenan. Kang mcm pakse rela je beli. Last2 kami ambik Boba Air warna hitam. Our favourite colour la kan..


Yang paling geram tu, keluar je dr baby expo tu, husband check handphone, dpt sms dr penjual pre-loved Ergo kate SSC tu masih available. Arghhh... Nak marah pun ade!!! Lambat sangat die reply. Mmg aku target nak beli Ergo pre-loved punye. Tp ingat dah tak available, aku beli la baru. Kalau tau, baik beli pre-loved. Hmm.. Tak merasalah nak pakai SSC Ergo. Takpe yang penting dah ade SSC, stand by kalau nak pakai.

Antara bende yang aku suke dgn SSC ni, aku boleh bersenam dgn baby. Sama ada fastwalking atau yoga. Bukan beriya lompat bintang ye.. hahaha..




Budaya org berbabywearing ni suke tukar2 carrier. Aku? Tengok la cmne nanti. Kot buang tebiat tambah lg satu SSC kan..haha.. Ring Sling kat umah tu buat ape? Perhiasan? Aku pun xtau.. Tapi mmg kekadang aku mmg selalu buang tabiat la.. Suke sangat tengok2 SSC last2 tergoda dengan SSC Tula (Midnight Garden). Addduhhh.. Sememangnya love at a first sight laa.. Terus order. Sedihnya, bile order2, takde stok di Malaysia plak. Gigih aku nak order direct from US kat website Tula. Tp tak tau ape pasal ntah, tak lepas plak transaction. Pelik sikit aku tengok website die. Last2 husband aku pun kate, beli jelah ape SSC yang cun & senang nak beli kat Malaysia. Ni tak, asyik nak beli yang pelik2 dan susah nak cari. Haish.. Bukan ape, aku suke beli yang limited edition & unik. Tapi nak buat mcm mane, takde rezeki nak beli pujaan hati.

Ni la die Tula Midnight Garden pujaan hatiku
Aku sebenarnye dah lame tengok2 Ergo Umba Print. Aku suke gak design tu. Unik. Mcm camouflage pun ade, batik pun ade. Limited release dan designed by Christy Turlington Burns. Haruslah unik sebab design tu dari etnik afrika. Tapi harganya RM815.00. Fuuuhhh.. Baru nak feeling ala2 Gisele Bundchen pakai Umba Print. Angan2 terbantut.. RM815 untuk baby carrier alone..wow, mengamuk husband aku. Ntah mcm mane tah website www.fabulousmom.com ade plak buat sale sehingga 40%. Ergo Umba Print dari harga RM815.00 dah jadi harga RM498.00 !! Tanpa berfikir panjang, aku terus beli. Yeay, dulu sibuk sangat teringin nak pakai Ergo, tertunai juga hajat.






Bagi aku, pengalaman pakai Boba Air & Ergo ade perbezaan. Bergantung penggunaan kite. Aku dah biasa pakai Boba Air, hampir setiap hari, ringan, cepat, pantas, compact, senang basuh. Tetiba pakai Ergo agak canggung plak. Carrier Ergo ni agak bulky, tebal, panas & berat sikit. Sesuai la untuk aku & baby sebab anak aku debab jugak. Tapi rasenye tak sesuai untuk baby / mommy yang petite. Ergo baby carrier ni kene jaga elok2 sikit sebab once kotor, nak basuh, kene jemur lah baru boleh pakai semula. Kalau Boba Air tu, aku main basuh je.. tak lame lepas tu kering dah. Lipat2 jadi bag kecik terus masuk dalam handbag. Senang. Material die mudah kering (mcm payung). Tapi untuk penggunaan yang selesa dan untuk tempoh yang lama, carrier Ergo lebih tepat. Yang tukang pakai pun selesa kalau carry baby lame2. Cume setakat ni, baby aku belum pernah tido lg dalam carrier Ergo. Dalam Boba Air dah banyak kali dah die syok tido. Tengah2 panas pun die tido dalam tu..huhu..

Danish Ilham sedap tidur ms Family Day Jabatan.


Sambil mendodoi2 sebelum tidur

Seronok menggigit budak kecik nih


Kalau nak beli ape2 baby carrier, pastikan yang original ok! Boleh jugak google untuk check authenticity carrier yg kite beli. Kalau SSC 100% cotton utk heavy duty selalunye harge mesti lebih RM300. Kalau harge RM50-70 tu tak usahlah. Tak ergonomic satu hal. Keselamatan anak kite plak jadi taruhan. Klau nk jimat, kendong anak pakai kain batik lepas / kain ela (yg berkualiti) lg selamat dan ergonomic. Banyak kes ibu2 yang beli carrier tiruan / tak berkualiti, buckel patah, kain koyak la.. Sampai anak terlepas cedera parah. Mintak dijauhkan bende2 tu berlaku. Dalam website Mudah.my banyak je yg jual Ergobaby Carrier harga RM70-100. Confirmla bukan yg original. Yang second hand pun orang jual RM200+. Kene hati-hati. Aku ni cakap banyak mcm lah pakar sangat. Huhu. Anyway group Facebook Malaysian Babywearers mmg sangat2 membantu untuk dapatkan ilmu babywearing.

Till then, HAPPY BABYWEARING TO ME !

2 comments:

  1. Kalau pakai boba air ni baby berat around 13kg mcm tu sakit bahu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kpd individu. Cume saya jarang pakai untuk long distance. Sekejap2 je. Kalau jalan jauh2, saya pakai Ergobaby

      Delete