Adv

Monday, June 23, 2014

Columbia Asia Hospital Puchong - 7th check up & Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

Doktor set appointment untuk this check up awal sikit berbanding sebulan sekali. Lepas ni kate doktor, die akan start buat 2 minggu sekali. Wuuu.. semakan hari, semakin takut dan nervous plak..

Kebelakangan ni, selera aku makin menjadi-jadi. Cuaca plak makin panas. Asyik nak minum air sejuk je. Tetibe selalu mengidam ABC plak..haish.. Sehari sebelum pegi check up, mengidam nak mkn Nasi Goreng Paprik & ABC plak. Lapar la jugak sbb tengahari tu tak makan ape2 pun. Just mkn kurma & biskut je. Husband aku layankan je. Die pun dah tak larat nak bising dah. Dicontrol2 makan, berat naik jugak.. Baik balun je makan..hihi. Bila balik rumah, timbang berat.. huh naik lagi.. Kire2, total keseluruhan kenaikan berat badan aku adalah 16 kilogram! Rilek2.. jgn stress.. Nak melantak, kite melantak.. lepas bersalin nnti berpantang betul2.. Kena kerja keras!!

Tak pernah suke mkn ABC tp ms sarat mengandung ni suke gile plak mkn ABC
Seperti biasa, hari ni buat check up ambil time off separuh hari. Malam sebelum tu dah packing barang baby & mommy siap-siap untuk bawak ke hometown aku (tempat berpantang). Kesemua baju baby, sterilizer, warmer, breastpump, barang-barang mandian, diaper, tungku, bengkung, ubat-ubat berpantang dan mcm2 lagi semua dah packing nak bawak balik kampung. Supaya senang nanti husband dah xpayah bawakkan lagi dah. Bag untuk bersalin je aku bawak kehulu-kehilir sekarang ni. Just in case..hihi

Mase sampai hospital, hati dah redha je dengan berat badan sendiri.. Berserah je berapa banyak naik. Tp kali ni naik 1.5 kilogram je. Doktor pun cakap "good..!". Padahal, nak hujung2 boleh lah cakap kan. Selalu orang kate, bile dah hujung2 nih, berat badan dah tak naik sangat dah. Lepas tu check ultrasound, baby ni buat hal lagi tak nak tunjuk muke.. ciss.. Kate doktor, selalu cmtu. Baby check up ms petang selalu tak nak tunjuk muke. hihi.. Takpelah, asalkan baby sihat. Doktor buat routine check on the measurement, Alhamdulillah semua ok, development pun seperti yang sepatutnya tapi doktor cakap baby punye upper body besar sikit dan tinggi compare dengan ukuran normal. Seram plak aku dengar..huhu. Lepas tu boleh plak doktor tanye "You nak try lahir normal kan?". Tetibe aku mcm tak nak mengangguk. hahaha.. Husband yang jawab "A'ah doktor, nak try normal..". Vitamin kat rumah tak abis lagi. So, takde amik ubat. Bil murah la skit..hihi..

Hari Isnin depan tu ade Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Peguam Negara 2014. Alhamdulillah rezeki baby dapat APC untuk tahun ni pula. Dapat jugak lah pengalaman naik pentas kali kedua, tapi kali ni sangat2 special sebab naik pentas dengan baby..hihi. Agak stress jugak memikir nak pakai baju ape. Takkan nak pakai baju mengandung yang hari2 aku pakai pegi keje. Tak glamer. Nak beli baju beriya plak, rugi sebab tak bleh pakai lame. Tak lame lagi dah nak beranak. Tp nak merasa pkai baju raya mengandung plak..hishh pening. Last2 jumpe la baju yang bukan baju mengandung tp orang mengandung boleh pakai. Sekurang2nya lepas bersalin pun boleh pakai jugak.

Pagi tu tak sempat nak breakfast. Just sempat sambar kueh 2 biji, minum nescafe beberapa teguk je sbb aku lambat smpai. Mase ambik gambar group photo, aku dah lapar. Tunggu VIP lame jugak, tapi yang seronoknya tibe2 diorg sediakan tempat duduk aku kat depan. Mesti sbb diorg notice aku sorang perut besar. huhu.. Alhamdulillah, kalau tak aku mmg tak larat nak berdiri lama2. Dah lah kaki dah start bengkak, kasut pun dah ketat, tumit tinggi plak tu. Syukur..

I really love my dress.. Baby, nanti raya, Insya Allah kite pakai baju ni lagi ye..

Mase ni 34 weeks.. Gigih pakai high heels. Tp tak tinggi sangat la.. Jalan atas pentas pun control. Abis majlis terus tukar baju, sarung selipar jepun. Rimas plak pkai baju glamer2, dah lah panas! Lengan baju tu nasib baik tak masuk dalam kuah kari..

 


APC tahun ni aku dedicate kan khas kepada suamiku yang tersayang. Selain ucapan terima kasih kepada bos, terima kasih juga kepada husband yang banyak membantu aku bagi idea dan tunjuk ajar. Terima kasih Allah di atas rezeki-rezeki yang dikurniakan.
 

No comments:

Post a Comment