Adv

Sunday, April 20, 2014

Antenatal Class - Gorgeous Pregnancy Glow di Empire Hotel Subang


Hospital Columbia Asia Puchong ade mengadakan event di Empire Hotel Subang, bersama dengan Pitter Patter pada 20 April 2014 yang lepas. Selain antenatal class di hospital, ibu2 mengandung boleh juga join program2 cmni di luar hospital. Programnye lebih kurang sama cume tak se-intensif seperti antenatal class di hospital. Event cmni bnyak orang sponsor huhu.. kami just bayar RM25.00/pax shj untuk join, termasuk goodie bag, makan tengahari, minum petang, lucky draw & pelbagai aktiviti yang menarik. Program ni start dari pukul 11.30 pagi - 5.30 petang.




Pagi2 aku bertolak dengan husband aku, kami singgah dulu breakfast. Takut nak tunggu lunch lambat plak, nanti lapar. Sampai2 di Empire Hotel Subang, kami daftar dan diorg bagi goodie bag. Lepas daftar, aku baru tengok tentative program. 12.30 tengahari, adalah waktu diorg serve makan tengahari! Adoi.. baru je makan..huhu.. Dari 11.30 pagi - 2.00 petang diorg ade bukak photobooth. Sape2 boleh datang dan ambik gambar secara percuma. Diorang akan hantar email terus kpd kite dan printkan hard copy on the spot. UNLIMITED! Kami mmg muke tak malu, terus je pegi photobooth. Mase tu tak de orang lagi. Kami ambil gambar sakan.. Dalam 5 minit lepas tu, barulah ade orang datang ambil gambar. Mase tu orang beratur ramai gile.. Nasib baik kami sempat balun ambik gambar banyak2.. Rase2 kalau dah beratur ramai2, xsempat lah nak ambil gambar banyak2..hihihi..

One of my favourites!


Alamak! misai mommy senget..huhu

Berselfie sebelum makan tengahari dihidangkan

Selain kami ambil gambar sakan kat photobooth, kat luar dewan tu jugak ade beberapa gerai yang jual barang2 penjagaan ibu mengandung, penjagaan bayi, pakaian dalam ibu mengandung, set bersalin, booth Cryocord, S-26 Mama dan macam2 lagi. Aku tak ingat. Paling best, lalu je mesti dapat trial set / goodie bag. Cume gerainye tak berape banyak, tak sampai 10 gerai tak silap. Sebelum start program, kitorang makan tengahari dulu. Punyela sedap tapi sayangnye, kami kenyang lagi..huhuhu.. tak best betul.. Makan jugaklah, buat syarat..


Geram plak tengok hadiah lucky draw.. bagusnye kalau dapat..

Baru perasan ade slide.. kalau tau, aku duduk depan slide, tak payah mengiring ke kiri smpai sakit leher & pinggang..hihi

First talk dimulakan oleh Dr. Raja Juhaidah (O & G) dan Dr. Priya Sathish Chandran (Pediatrician) dengan tajuk Delivering to Success. Aku selalu buat pregnancy check up dengan Dr. Raja Juhaidah ni la.. Insya Allah, dielah yang sambut baby kami nanti. Katenye die tinggal dekat hospital dan bersedia untuk ape2 kes emergency :)

Antara perkara-perkara yang dikongsi oleh Dr. Raja Juhaidah & Dr. Priya :

1) Proses kelahiran dan jenis kelahiran
2) Masalah2 yang selalu dialami ketika kelahiran dan selepas kelahiran
3) Tips untuk mengharungi sakit bersalin, pain relief dan penjagaan selepas bersalin
4) Masalah yang selalu dihadapi oleh bayi selepas dilahirkan
5) Pemakanan sihat & penjagaan bayi dan banyak lagi..

Tapi sayangnye mase terlalu pendek, tak puas aku nak dengar pengalaman orang beranak..huhu..




Lepas tu ade juga talk mengenai Get Fit For Birth - tips2 & senaman bagi ibu mengandung dan kaedah senaman untuk memudahkan proses kelahiran. Aku excited sangat dengan topik ni sbb aku selalu sakit belakang dan sakit pinggang. Hihi.. Senaman2 yang diajar sangat bermanfaat untuk postur badan, menambah tenaga, menguatkan stamina, mempercepatkan bukaan serviks, kaedah pernafasan semasa bersalin, bertenaga semasa dalam berpantang dan mempercepatkan pengecutan rahim selepas kelahiran dan banyak lagi.. Aku lupe nak tinggalkan email untuk dapatkan softcopy slide die. Tapi takpe, senamannye sangat common dan senang dapat dari internet / youtube. Yang kurang bestnye kelas kat hotel ni, takde praktikal, just theory jela..hihi.. Kalau kat hospital, memang ade latihan praktikal sekali..










Lepas tu diorg sambung dengan pesanan penaja oleh Cryocord - Premier Stem Cell Bank. Aku dah lame dengar pasal penyimpanan stem cell nih cume tak tau ade manfaatnye dan tak tau mane nak dapat stem cell. Lepas diorg explain & tayangkan video baru la aku faham sikit2.. Stem cell manusia kite boleh dapat dgn mengambil darah tali pusat dari uri. Stem cell ni boleh disimpan dan boleh digunakan di masa akan datang untuk kegunaan diri sendiri atau ahli keluarga kalau ade ape2 penyakit yang diorg dah senaraikan. Contoh yang aku ingat, leukemia, thalassemia, kanser dan banyak lagi. Proses pengambilan sel stem boleh dilakukan semasa ibu hamil & juga dari uri selepas kelahiran, lansung tak memudaratkan kandungan & ibu dan tak rase ape2.

Antara contoh video yang diorang tayangkan dari rancangan Nona, kisah Nur Dalila yang menghidap Beta Thalassemia Major. Doktor dua option sama ada ambil air sum-sum tulang atau menggunakan darah tali pusat. Atas nasihat doktor, mak die ambik keputusan untuk ambil stem cell dari adik kepada Nur Dalila yang mase tu belum lahir lagi dan mase tu mak die masih mengandungkan adik Nur Dalila. Mak dan ayah Nur Dalila tak dapat bantu sbb darah diorg ni, pembawa penyakit yang sama. Kebetulan plak bayi yang dikandung mak die tu bukan pembawa penyakit yang sama. Untuk cerita lebih lanjut boleh baca kat sini > My Sister's Cord Blood Save My Life. Kot2 tak faham ntah ape yang aku cerita..hihi. Kire pendek kata, kalau simpan awal2 cord blood ni bukan sahaja boleh menyelamatkan nyawa kite, malah boleh membantu menyelamatkan nyawa anak-anak, parents dan ahli keluarga lain.


Lepas tu ade plak talk pasal pemakanan sihat untuk ibu mengandung & bayi yang disampaikan oleh Ms. Indra Balaratnam. Siap ade demonstrasi masak-memasak lagi..huhu.. Mase tea break, perut aku lapar gile.. Nasib baik diorg hidangkan dessert yang sangat2 sedap! Abis tea break, diorg sambung dengan sesi lucky draw plak. Aku tak menang... cisss.. Lepas tu ade plak talk pasal The Power of Touch, tips-tips untuk berinteraksi dengan bayi dan mengurut bayi untuk mengelakkan bayi stress dan mencegah sakit2 pada anggota badan bayi. Last sekali, topic Super Nanny Tips : Establishing routine and sleep habits for little one. Sesi yang last ni menarik jugak sbb penceramah tu cerita mcm mane nak ubah rutin bayi dan ibu bapa supaya bersesuaian dengan keadaan masing-masing. Tapi mase ni aku dah sakit pinggang & sakit belakang gile2 sbb duduk lame sangat.. aku fikir nak balik je..huhuhu.. Last2 pukul 6 petang jugak abis program nih..

Ade satu bende yang berlaku dan mmg tak dapat aku lupekan.. Mase tengah boring dengar ceramah, baby dok aktif bergerak2. Sampai aku ternampak perut aku bergerak. Cepat2 aku tunjuk kat husband aku, dengan harapan baby gerak lagi supaya daddy boleh nampak. Tibe-tibe "PuP!..". Baby tendang lagi, husband nampak perut aku bergerak, seakan-akan kene ketuk dr dalam..hihihi.. kitorg seronok dok ketawa.. Kalau sebelum ni, husband just rase baby bergerak je bile letak tangan kat perut. Tu pun kalau husband aku bernasib baik, sbb kdg2 baby sombong..hihi..



Balik rumah aku seronok menyelongkar goodie bag aku.. Ade pampers Huggies Dry Pants, kain lampin, wet wipes, mask muke, nappy rash cream, breast pad, buku nota, Post It Notes, bumper sticker, towel, sample susu S-26 dan CD psl Pneumococcal Vaccination. I'm a happy mom!

No comments:

Post a Comment