Adv

Monday, May 5, 2014

Columbia Asia Hospital Puchong - 5th check up

Pada 2 Mei 2014, aku dan husband pegi pregnancy check up buat kali ke-5. 1st May cuti, kami pegi tengok movie The Amazing Spiderman 2. 2nd May tu hari Jumaat malas nak ambik cuti. Rugi sbb hari Jumaat. hihi.. Time off je la.. 

Kali ni kat hospital tak ramai orang plak.. Tp aku ambik masa lame skit nk buat urine test. Susah nak kencing, sbb baru buang air di rumah, lepas tu kurang minum air plak. hihi..Nasib baik bawak bekal air masak. Lepas tu timbang berat. Naik 4 kilogram!! Buntang mata husband aku.. Nervous aku nak masuk bilik doktor, mesti doktor bising berat aku naik.

Masuk je bilik doktor, doktor review dulu result detailed scan yang kami buat 2 minggu lepas. Semua ok, cume doktor yang buat detailed scan tu tulis note kate saluran kencing aku dah mengembang menghampiri buah pinggang.. ke pundi kencing? Ntah.. aku pun tak berape faham. Lepas tu doktor scan, check tak de masalah. Since doktor kate tak de masalah, aku malas nak sakit kepala nak tanye lebih lanjut. huhu.. Cume aku lupe nak tanye, apekah punca terjadi mcm tu. Takpelah, lupekan jela..

Lepas tu doktor menggeleng2 sbb berat aku naik 4 kilogram. Doktor kate, aku makan banyak. Husband aku pun menggeleng2 support doktor..hahaha.. aku cakap, "Doktor, saya selalu jaga makan. Ade kemungkinan ke, sebab sy amalkan minum Anmum?". Doktor just sengih. Katenye "most probably..". Die tak de komen lebih. Aku pun faham, takkan die nak against penggunaan susu jenama Anmum plak kan.

 

Doktor tanye nak ubat ape? Aku cakap tak payah bg PB Neurogain sbb dah ade stok beli dari farmasi. Doktor bagi Pramilet & pil kalsium je la.. At least kali ni, bil murah sikit sbb dah beli PB Neurogain dari farmasi RM50.00 je.. Kalau beli 2 plak harga RM94.00 je.. Sebelum bayar bil, nurse bagi CD gambar & video baby mase detailed scan aritu..


Weekend tu sempat lagi aku berdating dengan member kolej aku. Kami sama2 expecting our 1st child. Due pun pada tahun yang sama

No comments:

Post a Comment