Adv

Thursday, April 17, 2014

Columbia Asia Hospital Puchong - Detailed Scan & LRRD Bowling Tournament

Hari ni appointment dengan doktor untuk buat detailed scan. Appointment pukul 4 tp saje ambik half day, boleh berdating dengan husband skjap :) . Sebelum tu kami makan dulu di Pizza Hut sbb pagi2 aku tak makan berat pun, baby pun lapar dah agaknya. On the way tu, pembantu doktor tu pun dah call nak remind aku punye appointment. Sampai hospital, baru teringat lupe nak bawak buku. Nasib baik xde masalah, kalau tak satu hal plak nak patah balik ke rumah semata-mata nak ambil buku.

Sambil tunggu doktor panggil, ade plak Enfamama bukak booth. Diorg dok promote suruh buat kuiz, jawab survey and distribute sample susu. Disebabkan aku boring, aku pun pegilah ke booth tu menyibukkan diri. Rase susu Enfamama mmg sedap compare dengan Anmum. No wonder ramai kawan2 promote Enfamama instead of minum Anmum. Bagi aku, susu Anmum rase die ok, cume bau susu die tu kuat sangat. Bile minum susu Enfamama ni rase & bau die sebijik mcm susu Marigold HL. Sedap dan wangi (vanilla). Tengoklah mcm mane nanti, mungkin boleh tukar. Sambil2 tu dapatlah gift (trial pack & mobile keychain).

Mase doktor panggil, aku tengok orang yg buat detail scan ni orang lain plak. Tak dapat name die siapa tapi doktor tu sangat2 la peramah. Sampai tahap terlebih peramah. Scan baby same jugak cume lebih detail. Serba-serbi die tengok. Most of the time doktor ckp bahasa die dengan pembantu die (medical term yg aku lansung tak fhm..hahaha). Sekali skala doktor akan cakap layman dengan aku. hihi.. Alhamdulillah, baby sihat dan sempurna. Antara bende yang aku ingat, doktor explain kalau baby ade tulang hidung maksudnye tiada penyakit down sindrom, aliran darah keluar masuk (warna merah & biru mase scan jantung & otak) menunjukkan tiada masalah jantung berlubang dan doktor kate Insya Allah baby tak de masalah untuk makan dan buang air besar. 

Sebelum keluar dari bilik doktor, dapat lagi free gift, Drypers & Clip Fan. Waahhh..seronok mommy hari ni dapat banyak hadiah..!! Husband pun dok perli bawak banyak gift. Hihi.. Untuk gambar dan info lebih lanjut, nanti aku share gambar dari CD. Next appointment nanti baru diorg bagi CD. Kos untuk detail scan ni caj lain, dan tak sama dengan routine pregnancy check up. Harganya RM285.00 termasuk kos admin.








Sebelum hujung minggu, divisyen aku ade mengadakan tournament bowling di Alamanda. Mula2 tak nak main, tp bile ade kawan2 yg ajak main, mule2 aku bergurau "carikan aku bola 6 pound, baru aku main..hihi". Last2 diri sendiri geram, mendaftarkan diri sendiri main bowling. Takkan nak datang & tengok saje. Mau meleleh air liur aku nanti. Member2 office pun cakap, "ala.. ko golekkan je bola bowling tu.. ape susah.." Saje jela..suke2. Bagi aku xdelah bahaya sangat main bowling. Main ping pong lagi penat rasenye.. Ade jugak rakan2 yg perihatin, bising aku main bowling. Jgn bimbanglah, bersukan semasa mengandung ni takdelah A BIG NO NO.. Selagi takde masalah pendarahan atau masalah2 lain dan dinasihati oleh doktor supaya jgn bersukan, kaum hawa yang hamil pasti boleh bersukan.

Kenapa aku yakin sangat? Seperti yang aku pernah share dalam entry sebelum ni, ibu2 hamil yang bekerja keras menguruskan anak2 yang lasak / terkejar2 menyiapkan kerja office atau ibu2 hamil yang mempunyai bidang kerja yang memerlukan tenaga fizikal (especially orang2 di kampung menoreh getah ke ape2 ke..) pasti boleh menghadapi pregnancy dengan success. Takkan ibu2 hamil yang ade anak kecik tak pernah dukung anak kan? atau mengangkat anak yang tengah mengamuk2 di shopping complex ke atau melakukan ape2 aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal. Jadi jgn bimbang dan jgn meroyan sngat tengok org hamil buat aktiviti lasak. Kadang2 aku lebih nak enjoy sebenarnye, bukan nak bersukan sangat.. Asalkan tidak memudaratkan diri dan kandungan, Insya Allah..

Bola pun nak sama besar dengan perut aku..hihi.. Kalah tak pe, asal enjoy dan tidak membahayakan diri







Seronok gile dapat juga hadiah "Juara Ibu Mengandung". Terima Kasih pihak penganjur.

No comments:

Post a Comment