Adv

Monday, January 13, 2014

I am pregnant! Like seriously pregnant with a baby!

Assalamualaikum semua dan selamat datang ke blog saya yang bertemakan kehidupan saya yang baru. Blog diberi nama NotreNoisette membawa maksud ~ Our Hazel. Tiada sebab yang specific mengapa ianya hazel, hanya kerana aku suka hazel. Siapa yang tak suka hazel kan?

Tahun 2013 genaplah 6 tahun aku dan suami mendirikan rumahtangga. Pelbagai cabaran yang telah kami harungi. Baru je kahwin, kami terpaksa plak berjauhan sebab suami ditugaskan di Muar, Johor. Manakala aku plak stay kerja di Puchong. Sebelum kahwin, kami dah pun beli rumah dan merancang untuk ada baby secepat mungkin. Tapi apakan daya, suami pulak tinggal berjauhan membuatkan kami suami isteri menangguhkan dahulu rancangan kami dgn mengamalkan perancangan keluarga secara semulajadi. Lepas tu timbul plak hobi baru kami iaitu ~ travel. Bile dah gile travel, mmg lansung tak ingat dunia dah. hihi.. Sudi2 jenguk travelblog kami untuk pengalaman dan tips-tips travel ~ TRAVEL MANIAC

Kami memang gile travel sampai hala tuju life kitorang pun dah lain. Takde pening2 kepala nak fikir pasal baby. Orang sekeliling plak yang pening kepala fikirkan masalah yang tak berape nk jadi masalah tu. Biasalah makcik2, orang2 conservative. Dah kahwin, mesti nak ade anak. Kalau tak de anak, disuruh buat itu ini, makan itu ini, jumpe doktor itu ini.. Last2 kami jawab : kami belum merancang untuk ade anak buat masa ini. Terus diam. Nasib baiklah family kami memahami. Ini zaman modenkan. Terpulanglah kepada pasangan suami isteri tu nak menentukan kehidupan mereka.

Baru-baru ni suami sambung belajar dan dia ajak aku sambung belajar sama-sama. Aku kurang bersetuju sbb takut kalau kami dah ade anak nanti, kami susah nak menumpukan perhatian untuk penjagaan anak. Sekurang-kurangnya, biarlah salah seorang je yang sambung belajar. Chewah.. alasan nak best.. ke malas bace buku? hahahaha

Dalam tahun 2013, kami suami isteri ade lah cakap2, nak ade baby tak? Tapi kami masih tak usaha ape2 pun. Main cakap2 je.. Masa tu dah rase dah puas travel, wishlist pun hampir semua tercapai..Alhamdulillah, sepanjang kami bersama, lebih dari 20 negara kami dah travel. Perancangan bagi travel untuk tahun 2014 plak masih tinggal rancangan je. Selalunye, kalau tahun depan nak travel, tahun ni dah sibuk booking itu ini. Tapi tidak pada kali ini. Tak tau kenape. Jeng..jeng..jeng..

Aku masih ingat yang aku datang period mase holiday sempena birthday aku di Pulau Perhentian (hujung Oktober). Kire, balun jugaklah.. aktiviti snorkeling semua.. Lepas tu, aku tak period mase hujung bulan November. Awal Disember 2013, kami pegi holiday di Penang sempena wedding anniversary. Mase tu agak frust lah sbb assume mase tu akan period. (Bajet nak honeymoon.. ;p) Tapi masih tak period. Aku dan suami buat rilek je, sbb rase macam biase2, mungkin lewat period kot. Dalam hati, berkate jugak, kdg2 lewat jugak tp tak pernah lewat mcm ni.

Baru-baru ni kami ke Tokyo, Japan (Pertengahan Disember 2013). Konon2nye nak pegi Tokyo tahun 2014. Tapi tukar rancangan pergi tahun 2013, sbb niat nak bawak adik bongsu aku jalan2. Pagi2 mase di airport LCCT, aku rase mcm loya2, muntah plak kat toilet sbb tak tahan. Aku & suami pun tak syak ape2 sbb aku memang jenis cepat mabuk lepas naik kereta/teksi/bas. Sepanjang aku kat Tokyo, tenaga aku seperti biase, jalan sana sini, bawak backpack yang bapak berat nye.. Lepas tu mase main salji dekat dgn Gunung Fuji, boleh plak aku tergelincir, jatuh terduduk atas ais. Ketawa sakan! Dalam flight balik dari Tokyo, tengah2 malam dlm pukul 2-3 pagi, boleh plak aku tetibe terjaga nak termuntah. Terus muntah dlm paperbag. Gile mabuk aku nih.

Bile start kerja lepas balik dari Tokyo, aku dah rase lain macam. Petang tu jugak mintak suami belikan pregnancy test. Terus try on the spot. Tak sampai 5 saat, terus naik 2 garisan pink! Aku tergamam. Senyap terus. Tunjuk kat suami, suami pun kate, erk..biar betul?? Bile?? Kat mane?? Bagaimana?? lol.. Aku terus whatsapp officemate aku, tanye ~ ape ni??!! Officemate dah terlebih excited, tp aku masih tak percaya..

Pandai plak husband aku cari pregnancy test eh..hihi

Jelas dan terang. Tapi kami masih ragu-ragu

Tanpa tunggu lama2 lepas Isya' terus kami pegi klinik. Kate orang, kalau urine pregnancy test (UPT) resultnye positive tak semestinya pregnant. Boleh jadi juga ade masalah cyst. Nauzubillah, mintak dijauhkan.. Di klinik sekali lagi doktor mintak aku buat UPT. Tak yah tunggu lame, nurse dah jerit kat belakang "Positif doktor!!". Doktor tu kire2 lebih kurang 8 minggu usia kandungan aku. Aku tanye lagi doktor tu, ade kemungkinan ke positif sebab cyst? Terus doktor tu marah aku..hahahaha.. "Kenape nak fikir yang you ade cyst? Dah test positif, that means you pregnant la!" Kene plak sedas dengan doktor lelaki india ni.. padan muke aku.

Balik rumah, dan-danlah suami aku hantar kat lobi. Selalu sama2 jalan kaki dari parking. Chewah... Katenye "kan you mengandung...kesian kat you..". hihihi.. Kebetulan plak mak abah aku datang rumah sekejap nak lepak2, rase tak sabar2 nak cerita kat mak abah tentang berita gembira ni walaupun dalam hati masih ade perasaan ragu2 memandangkan doktor tu just buat UPT je. Tak scan pun. Suami aku dah warning awal2 biar dia yang bagitau good news tu. Aku diam2 je.. Malam tu lepas dinner, pandai lah suami aku mengayat bgtau good news kat mak abah aku. Menjerit2 keseronokan mak aku. Excited gile! Aku plak makin gelisah. Aku siap cakap dengan mak "mak jangan cerita kat siape2 lagi tau.. please.. janji! Tunggu kakyong pegi check dgn gyne dan scan sekali. Lepas tu mak nak cerita satu kampung, mak ceritalah..".

Esoknye tu mmg tak sabar nak pegi Klinik An-Nur, Presit 15. Tengah tunggu que call je dari officemate, sama ada doktor available atau tak dan boleh check untuk pregnancy atau tak. Dalam pukul 10 officemate aku kate, doktor kate boleh datang sekarang. Kebetulan plak officemate aku hantar anak ke klinik. Aku terus ke klinik. Tengah tunggu dalam klinik tu, mulut aku tak henti2 selawat, tenangkan hati sbb sangat2 nervous. Masuk2 jumpe doktor je, aku bagitau yang aku dah buat UPT dua kali positif, tapi doktor semalam tak scan.  Lepas tu doktor tu terus scan perut aku. Terus nampak bende bulat. Aku tak faham. Doktor pun cakap "ha... tu ade kantung, ade bende kecik dalam tu.. betul la you pregnant. I tengok, takde pun cyst. Semua ok..!" Terus aku menangis depan doktor tu, mengucapkan syukur sangat2..huhu.. Doktor suruh aku tengok heartbeat die. Halus je.. blinking. Tu la heartbeat die. Seronok gile aku, tak terungkap dengan kate2. Selain tu, doktor ade pesan, jangan buat kerja berat2. Nanti lagi 3 minggu boleh datang lagi utk scan. Next month dah boleh buku (pregnancy check up). Termasuk scan dan doktor tu bagi acid folic, caj bil RM65. I'm superhappy!! Tersengih pegi parking kete sambil dok tengok gambar scan baby.



Dalam kereta, tak menyempat terus call suami, menangis2 menyampaikan berita gembira..huhu.. Sampai office plak kawan tak putus2 ucap tahniah. Sekali lagi ku tangisi kegembiraan ini.. Subhanallah..

Seperti biasa, balik umah tampal kat fridge
Ramai jugak yang message dalam Facebook, whatsapp tanye apa rahsia kami. Ade jumpe mane2 pakar perubatan kesuburan ke, ade buat apa2 procedure ke, makan ape2 suppliment ke? Hihihi.. Aku jawab simple je.. pada mulanye kami masih merancang. Tp tak sangka plak tetibe mengandung. Kite hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Allah juga sebaik-baik perancang. Mungkin sekarang memang dah masenye kot. Mungkin sebelum ni kami belum cukup matang dan terlalu muda. Asyik nak enjoy je kejenye. Kesian pada kawan2 yang mintak tips sbb aku tak boleh bagi tips! Anak terpijak la katekan.hahaha (orang kate duit terpijak kan..)

No comments:

Post a Comment