Adv

Thursday, August 7, 2014

Tanda awal kelahiran yang tidak diduga

Selepas pegi pregnancy check up yang ke-9, kami terus ke Pontian untuk meluangkan masa berbuka puasa di rumah mentua. Confirmla raya nanti xdapat nak balik sane. Perjalanan amik masa lebih kurang 5 jam. Siap driver singgah tidur sekejap kat R&R dan singgah berbuka puasa di Muar (di kedai kegemaran aku Fung Seng). Sampai di rumah mentua dalam pkul 10 pm.

Malam tu agak susah sikit nak tidur. Pinggang dan belakang makin sakit. Berpeluh-peluh jgak aku. Bile dah berpeluh, mula start gatal2 kat badan. Tp lena la sekejap. Pagi2 dlm pkul 7-8 gitu, husband dah bangun, sembang2 dgn aku. Plan hari ni nk g shopping di Johor Premium Outlet. Tibe2 aku rase mcm ade air turun tanpa dipakse2, laju dan hangat. Aku ingat air kencing. Aku bangun dari katil, nak pg mandi, makin laju air tu turun. Tengok di bilik air, ade blood show. Bukan fresh blood tp lendir berwarna perang. Panik jugaklah aku, sbb aku tak bersedia lg.

Pagi tu jugak terus bersiap packing pegi hospital. Hospital plak kami pening nak pegi hospital mn. Nak pegi GH Pontian, aku xde bukak buku merah. Takut gak house rule situ xnak terima patient yg xpernah check up kat situ. Last2 aku pg je hospital Columbia Asia di Nusa Jaya, tak berapa jauh dr rumah mentua. Ms nak ke hospital, mak mentua pun agak panik dan sebak. Huhu.. Bertambah berdebar aku ms nak keluar rumah.

Perjalanan ke hospital mengambil masa dlm 30 minit. Sampai di hospital, aku bg buku check up dan explain psl dah turun tanda tp xde sakit contraction lg. Diorg hantar aku pegi labour room dan ade bidan check CTG. Setakat ni, baby punye heartbeat ok dan aku masih tak de contraction lg. Bidan tu ade tanye, nak bersalin kat mane? Johor atau Puchong? Aku jwb, kalau bleh bersalin di Puchong. Tp klau dah xbleh, bersalin kat sini pun bleh. Sebelum selesai, bidan tu check jalan. Tp xberjaya, sbb aku xtahan sakit. Huhu.. Sedih gile aku. Akhirnye, doktor tulis remark dlm buku check up utk rujukan doktor di Puchong dan doktor bagi aku balik. Keluar dr hospital, aku rase down gile sbb xdpt nak check jalan. Frust pd diri sendiri dan bimbang kpd baby dlm kandungan. Cume nasib baik doktor kate, belum mase lg. Kalau dah rs sakit kene terus pegi hospital. Doktor pun pesan, klau boleh balik Puchong secepat mungkin sbb bile2 mase boleh bersalin.

Sebelum balik rumah, aku dan suami sambung plan asal.. Kami pegi Johor Premium Outlet..hihi.. Seronok tu seronok.. tp dalam hati, berdebar Allah je yang tau. Berjalan sakan le aku & suami.

Sempat lagi bershopping sakan walaupun dalam hati berdebar-debar

Petang tu sempat kami berbuka puasa dgn keluarga mentua. Tp malam tu jugak kami terpakse balik ke Puchong. On the way back to Puchong, aku tak henti2 menangis sbb takut, gelisah, bimbang dan mcm2 perasaan yang bercampur-baur. Sbb aku mmg jenis xtahan sakit. Malam tu husband pun cube tenangkan aku. Malam tu jugak kami dah buat keputusan utk aku bersalin secara Caesarean. Terase mcm awal plak buat keputusan cmtu. Tp siapa sangka, mlm tu jugak aku dah sakit contraction. Terus 5 minit sekali plak tu!

Mlm tu mmg xbleh tidur lansung. Aku duduk je kat atas gym ball untuk kurangkan rase sakit. Nak pergi ke hospital tgh2 malam, aku pun letih sebenarnye dan kesian plak kat suami. Tp memandangkan sakit contraction xberapa konsisten, aku biarkan je dulu. Esok2 pagi br pegi hospital. Dr pkul 1 pagi sampai la ke siang hari aku dok kehulu kehilir menahan sakit. Kejap lepak tngok tv, kejap naik semula atas katil, kejap duduk atas gym ball. Husband dah lena kepenatan.

Dah siang tu terus ajak husband g hospital. Kemas ape2 yg patut dan terus husband bwk g hospital. Xtahan sangat dah sakit. Tak larat nak singgah breakfast. Husband just beli Pati Ayam Brands (untuk tenaga), air mineral dan roti. Tp xsempat nak mkn roti. Bawak kereta pun bile contraction dtg, minta husband slow down sekejap..huhu.. nasib baik lah hospital dekat dengan rumah.

Sampai je di hospital, dalam hati ni hanya berdoa agar semuanya berjalan dgn lancar dan semuanya sihat dan selamat. Insya Allah..

No comments:

Post a Comment