Adv

Sunday, January 19, 2014

Our first shopping for baby!


Lepas je pegi daftar & check up, kami terus ke Mother, Baby & Kids Expo di PWTC. First time nak pegi baby expo nih, mestilah excited. Walaupun takde niat nak beli ape2, tp dalam kepala dah fikir dah nak survey ape. Nak survey stroller, baby car seat dan breast pump je. Setakat ni dah ade beberapa model yang dapat harge beli online. Cume saje2 jalan tengok2 kat expo kot ade yg lg menarik dan murah. Malangnye, xde satu pun yg berkenan. Kalau ade pun, mahal hargenye compare dgn harga yg aku dah survey. Antara satu-satunye bende aku beli adalah  Massage Cream for Stretch Mark (RM35.00 Free botol kecik, Nipple Cream & Skin Therapy Oil). Ntah ape2 aku nih.. setakat bende ni, kat Watson / Guardian pun ade jual. hahahaha..


Bak kate orang2 tua, jangan beli barang untuk baby kalau usia kandungan bawah dari 6 bulan. Taboo la katenye.. Mak aku pun kate cmtu. Hmm, tapi kalau nak beli barang baby lepas usia kandungan 6 bulan, mcm dah suntuk sangat plak. Agak susah nak belanje beribu-ribu untuk barang2 tu semua sekali gus. Barang2 baby zaman sekarang bukan main hebat2. Bukan mcm dulu, setakat baju2, lampin dan baby essentials je dah cukup dah. Zaman sekarang, selain baju dan pampers, kene beli breast pump (bagi yang susu badan), baby car seat, stroller, sterilizer, warmer dan banyak lagi. Lebih2 lagi sekarang ni kebanyakan ibu2 berkerjaya. Bende2 tu semua dah dikira compulsory.

Esok harinye lepas aku pegi Mother, Baby & Kids Expo kat PWTC tu, aku dan suami lepak2 kat rumah on weekend. Ntah mcm mane suami aku dok survey harge stroller dalam MUDAH. Kebetulan ade plak ade orang ni nak let go Quinny Zapp stroller dengan harge RM750.00. Katenye tak pernah pakai. Kalau kat luar harge offer pun RM1049.00. Biar betul, murah gile??? Kami mmg dah lame berkenan dengan stroller Quinny ni sbb ringan, kukuh, senang lipat dan tak makan space yang besar. Tanpa fikir panjang2 sangat, kami terus setuju nak beli yg tu. Owner tu pun dah siap set nak jumpe kat mane. Ntah mcm mane aku survey2 dalam blog, review orang yang pernah pakai stroller Quinny Zapp ni.. Rupe2nye ramai yang complaint sebab stroller ni tak boleh recline lansung dan tak boleh adjust baby mengadap belakang atau mengadap belakang. So basically, stroller ni tak sesuai untuk newborn baby. Kalau budak2 nak tidur pun tak boleh rebah. Hmm.. terus kami cancel..huhu.. Nasib baik owner tu pun okay je kami cancel dan nasib baik kami belum terus keluar jumpe owner tu.

Quinny Zapp Stroller (tak boleh recline / tak boleh adjust forward & rearward)

Mase tu jugak kami survey2 pasal stroller nih. Rupe2nye ade banyak version stroller Quinny ni. Bentuk semua hampir sama, tapi tak serupe sebenarnya. Quinny Zapp ni adalah version yg pertama, tak boleh recline/rebah dan tak boleh tukar kedudukan baby ke depan/belakang tp mudah nak lipat dan simpan. Lepas tu keluar pulak yang baru sikit iaitu Quinny Zapp Xtra (Recline). 2nd version ni dah improvised sikit, boleh rebah dan boleh adjust baby menghadap ke depan / belakang. Tapi masalahnye, bile kite nak lipat, kene bukak seat dulu. Baru boleh lipat. Paling latest, keluar lagi Quinny Zapp Xtra 2.0 (Folding Seat Stroller) iaitu stroller yg ade semua features, sama mcm the previous version, cume kali ni, boleh lipat dengan seat sekali.

Quinny Zapp Xtra 2.0 Stroller (boleh recline / boleh adjust forward & rearward / seat boleh lipat)
Mmg kami sangat2 suke, dengan stroller ni. Mmg dah aim dari dulu berangan kalau ade anak nak beli stroller 3 roda. Cume baru2 ni agak tertarik dengan Quinny ni. Siap dah try2 plak kat kedai. hihi.. Antara bende extra yg ade kepada stroller ni, kite boleh bukak seat dan attach baby car seat Maxi-Cosi. Tapi kami tak nak beli pun baby car seat Maxi-Cosi sbb kecik sangat, untuk infant shj. Suami terjumpe plak dalam MUDAH ade reseller jual stroller Quinny Zapp Xtra 2.0 brand new dengan harge RM1400.00 (termasuk warranti 2 tahun Quinny worldwide + Quinny Malaysia). Murah jugak tuh. Kalau kat kedai harga normal RM2299.00. Offer dalam website OneBabyWorld plak RM1699.00. Begitu jugak reseller dari UK / US, jual dengan harge RM1699.00.

Masalah kalau beli dari UK / US, warranti dia ade tp kalau pegi service centre Quinny Malaysia, kene bayar lebih plak berbanding dengan warranti Quinny Malaysia. Lagipun diorg boleh trace based on nombor siri yg terdapat di stroller tu, sama ada Malaysia punya atau UK/US. (Ala2 warranti breast pump jugak, mase repair ade yg kene bayar mahal, ade kene bayar murah). Quinny Zapp Xtra dari US plak ade 4 roda. Mmg di US, diorg tak dibenarkan produce stroller 3 roda kerana tidak menepati piawaian diorg.

So nak dijadikan cerita, kami pun contactlah reseller tu, setuju untuk beli stroller tu. Orang tu pun boleh hantar kat rumah. Selain tu, suami aku tanye, ade jual baby car seat Sparco tak? Mane tau dapat harge murah lagi..hihi.. Orang tu offer RM500.00. Kalau harge normal di luar RM749.00. Even kat dalam website OneBabyWorld pun dah tak de offer, harge RM749.00 jugak. Suami pun tanye, nak tak baby car seat? Adooii.. cepatnye nak beli.. haish.. fikir punye fikir, hah, gamble je la.. huhuhu.. nak lepaskan peluang mcm sayang plak. Last2 kami sambar Quinny Zapp Xtra 2.0 Stroller dan Sparco Baby Car Seat. Kami tak bgtau sape2 pun especially mak abah. Takut diorg bising sebab awal gile beli stroller & baby car seat. hihihi..


Sparco F500K Baby Seat

Kami beli stroller kaler merah (choice merah & hitam je) dan baby car seat kaler biru (choice merah, kelabu, biru. Kami pilih biru sbb Sparco mmg originally kaler biru..hihi). Mase orang tu hantar stroller & baby car seat, die adelah tunjuk cara2 nak lipat, simpan, pasang, semuala.. Rupe2nye penjual tu juga kerja dengan dealer barangan Quinny ni. Tu pasal boleh dapat murah. Kalau berminat nak tengok barang2 die, boleh tengok dalam Facebook Page die : SAYANG IBU. Breast pump pun ade jugak.. Selain tu, kami selalu survey2 breast pump di Facebook Page : PUMPONTHEGO. Dah decide nak beli yg mane, cume tunggu next month / next 2 months kot baru beli. Beli barang sikit2 dulu. Kang over sangat plak. huhu..

Ya.. kami mengaku kami mmg terlebih excited beli barang baby. huhu.. Terpakse simpan selama 6 bulan.

Baju mengandung plak, awal2 dah beli. Beriya betul shopping kat Modern Mom. Last2 tak pakai lagi pun sbb mcm over sangat la plak. Padahal, perut tak nampak lagi..hihi.. Tak pe simpan dulu, nanti perut dah besar baru pakai. Aku beruntung jugak sbb kawan2 di ofis suke tukar2 dan bagi pinjam baju mengandung / let go baju mengandung. So banyak jugak baju mengandung free aku dapat.. :-)

Nanti kandungan dah dalam 4-5 bulan, kami nak cari barang baby yg kecik2 plak.. set botol susu, sterilizer, warmer, pakaian dan baby essentials. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! See yaa..

Columbia Asia Hospital Puchong - Pendaftaran dan 1st check up

Misi untuk mencari hospital untuk bersalin dah pun selesai. Tak fikir lame2, suami decide suruh aku bersalin di Columbia Asia Hospital di Puchong je. Just 10 minit drive je dari rumah aku di Puchong Perdana. Nak bersalin di hometown aku, Seremban, suami tak bagi plak. Masalah juga di kawasan rumah aku nih. Nak bersalin hospital kerajaan punyelah jauh. Paling dekat pun Hospital Serdang, jauh sikit di Hospital Putrajaya, Hospital Kajang, Hospital Shah Alam (tak pasti dah siap ke belum), Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Klang (dua hospital last tu mmg merepek la.. jauh bebenau).

Kalau fikir dekat dengan rumah (dalam 10 minit drive), ade 2 je hospital iaitu Columbia Asia Hospital dan KPMC Puchong Specialist Centre yang terletak di Bandar Puteri, Puchong. Kalau you all tengok dua2 hospital ni, mestilah akan pilih Columbia Asia Hospital. KPMC Puchong Specialist Centre tu nampak uzur bebenor.. Kalau dah decide nak bersalin kat mane, baru boleh buka buku check up pregnancy dan buat check up dengan doktor yang sama terus di hospital di mana kite merancang untuk bersalin.

Orang kate, "Ala.. sakit beranak semua sama je.. tak kire di mana juga kite bersalin..". Ha.. sebab sakit beranak tu sama la, sesetengah orang pilih untuk bersalin di hospital swasta. Sekurang-kurangnya, bile kite rase sakit bersalin tapi dapat layanan yang bagus, facilities yang lengkap dan environment yang best. Ade juga orang yang bernasib baik dapat bersalin di hospital kerajaan, dapat bilik single, layanan yang baik, suami pun boleh sama2 sambut anak. Tp amat jarang la.. Selalu di hospital kat luar Lembah Klang la. Di belah Selangor, KL dan Putrajaya, pesakit dah makin ramai dan bertambah sesak, kite mmg tak boleh nak salahkan doktor / nurse yang kdg2 stress dan bagi layanan yang kurang mesra. Tapi aku sendiri tak tau mcm mane dengan nasib aku nanti. So, kite berdoa jela agar semuanya dipermudahkan.

Pada 9 & 10 Januari 2014 (Khamis dan Jumaat), aku ambil cuti kononnye nak pegi buka buku kat Klinik Kesihatan Puchong, check up di Columbia Hospital dan booking nursery. Kebetulan suami pun cuti nak exam. Sampai2 je aku di Klinik Kesihatan Puchong, orang ramai gile. Nak daftar untuk buka buku, orang di kaunter kate untuk hari ni dah ramai sangat orang. Dah abis quota. Setakat pukul 8 pagi tadi, dah 30 orang daftar. So untuk hari ni, dah tak boleh dah. Diorang mintak aku datang awal2 pagi hari Isnin (13 Januari 2014). Hmm.. aku terpakse akur jela. Mungkin Isnin ni kene jgak ambik time off untuk buka buku. Dah lah tak boleh buka buku di Putrajaya (dekat dengan office aku). Kene juga buka buku di Puchong sebab alamat rumah di Puchong. Kemudian nanti, mase 2nd check up baru boleh transfer ke Putrajaya.

Walaupun aku dah decide untuk buat check up dan bersalin di Columbia Hospital, aku pergi jugak ke Klinik Kesihatan. Sbb kate orang, mcm mane pun perlu jugak untuk buka buku merah di klinik kerajaan. Katenye nanti kalau ade ape2 masalah, mudah nak refer ke hospital kerajaan. Aku ade juga tanya pendapat kepada officemate2, saudara mara dan blogger. Pelbagai pandangan yang dikemukakan. Ade juga rakan2 yang kate, tak de masalah kalau tak bukak buku di klinik kerajaan pun. Kalau di klinik / hospital swasta ade buka buku check up pregnancy diorg sendiri, boleh bawak je buku tu sebagai medical reference just in case nak bersalin di hospital kerajaan / ade masalah yang perlu dirujuk dengan hospital kerajaan. Ade jugak yang kate wajib buka buku di klinik kerajaan sbb nanti kalau ade masalah, susah nak refer kepada hospital kerajaan dan mereka xkan layan. (Which is impossible diorg xkan layan kan.. peraturan yang agak rigid dan tak masuk akal, mmg susah aku nak ikut nih..huhu). Anyway, kalau tak pasti nanti aku tanye lah doktor nanti untuk kepastian.

Lepas tu aku terus ke Columbia Hospital, Puchong untuk daftar dan buat appointment. Sampai2 je di hospital tu, receptionist tu tanye, nak pilih doktor mane satu. Aku specifically pilih Dr. Raja Juhaidah Raja Abdullah (O&G). Malangnya, Dr. Raja Juhaidah tak available hari ni. Yang ade Dr. Ng Soon Pheng dgn Dr. Silvam Sellapan je yang ade. Alamak.. xkan nak mintak doktor lelaki plak yang check. Kalau check up mule2 je tak pe lagi, tapi masalahnye, akan stay dengan doktor yang sama sampai aku bersalin nanti. Aku tanye, kalau bukan hari ni, bile lagi Dr. Raja Juhaidah available? Receptionist tu kate esok petang (Jumaat) pukul 3 petang. Fuuhh.. legaa.. Ok la tuh, esok pun aku cuti lagi. Terus diorang setkan appointment aku dengan Dr. Raja Juhaidah tu hari Jumaat pukul 2.30 petang. Pesan die, mintak datang awal sbb nak register untuk first timer. Lega dah aku.. Suami aku pun boleh balik rumah dengan aman tenteram dan sambung study sebab esok exam die pagi.

Dalam hati ni mmg tak rase tenteram, sbb sangat2 nervous nak pergi check dengan doktor. Mcm2 bende negatif aku fikir. Tapi hati sangat2 excited! Esok tengahari nye, lepas suami balik dari solat Jumaat, die terus jemput aku bawak pegi hospital. Sampai di hospital, isi borang, buat ujian air kencing, check tekanan darah dan timbang berat aku. Tak lame lepas tu masuk dalam bilik doktor. Mule2 aku nak masuk sorang, pastu Dr. panggil suami sekali masuk.. :-) Dr. Raja ni cantik dan nampak muda la..Tapi rase2 die umur2 mcm mak aku. Senyum je die mase aku masuk.. walaupun aku nampak die mcm penat gile. Die tanye, berapa lame dah kahwin, aku cakaplah dah 6 tahun lebih. Die tanye lagi, mmg planning ke mcmane? Aku cakap mula2 mmg planning. Dr. tu pun tulis dalam buku ~ Married since 2007, voluntarily subfertility (pilihan utk tidak hamil secara sukarela). Kirenye bukan IVF ke, IUI ke, ade masalah miscarriage sebelum ni ke, atau masalah2 kesuburan yg lain. Setahu aku kalau ade masalah, doktor akan ambil perhatian lebih sikit lah..

Selain tu, doktor tu sembang2 dengan suami, tanye.. kenape planning? Busy kerja ke? You masih study ke? Terus suami aku cakap, "long distance marriage..". Ketawa doktor tu.. die pun faham.. die kate, dulu pun die penah ade masalah yang sama. Stress duduk berjauhan suami isteri. Susah kalau jauh2.. Lega aku doktor ni tak banyak soal lagi.


Masa aku baring, doktor terus scan. Terus nampak baby! Terkejut aku..hihi.. Suami aku lagi excited sbb die first time tengok aku scan. Aku ketawa seronok tengok baby tu bergerak2, mcm berenang2, aktif gile! Berair dah mate aku.. Sampai doktor nak ukur baby pun susah, sebab die dok ligat sangat bergerak2. Suami aku kate "die tengah makan keropok lekor tu doktor..". Ketawa doktor tu. (Sbb sebelum keluar aku pekene keropok lekor & pisang goreng..hihi). Lepas tu doktor zoom, dan tengok 3D plak. Baby tu main peekaboo plak..tutup muke dengan tangan die. Last skali, doktor bagi kami dengar heartbeat die.. Sungguh, kami sangat bersyukur2 sebab dapat dengar dan lihat kurnian ilahi yang sangat2 ajaib ni.. Suami aku menyesal tak rakam video. Katenye lepas ni kalau doktor bagi, die nak rakam video plak. :-D


Sebelum keluar dari bilik doktor, doktor ade bagitau die nak bagi aku acid folic. Aku bagitau yang aku dah ambil Obimin Pluz. Die pun ok je. Kate doktor, Obimin Pluz tu pun dah cukup. So takde ubat-ubatan. Di kesempatan ni aku sempat tanye Dr. Raja, "perlu ke saya buka buku di Klinik Kesihatan?". Doktor jawab "kalau you dah planning nak bersalin kat sini, tak perlu dah. Kalau ape2 hal, mane2 doktor masih boleh rujuk buku yang sama". Bile aku citer kat doktor pasal pendapat2 lain yg berbeza, die terus kate toksah dengar2 cakap orang. Tu dulu, sekarang semua dah senang. Ok, setel masalah.


Keluar dari bilik doktor, nurse bagi buku dan aku terus proceed ke cashier. Total bil RM153.50. Aku tngok dalam resit siap ade discount lg.


Aku terus batalkan rancangan aku untuk buka buku di Klinik Kesihatan Puchong memandangkan doktor pun advise tak perlu. Alhamdulillah, baby sihat, aku pun sihat, semua ok.. Hari ni sangat2 happy! Sbb dalam perut aku betul2 ade baby!! Balik tu proceed plak ke Mother, Baby and Kids Expo di PWTC. Terus lupe dah plan hari ni sepatutnye nak pegi book nursery. Huhuhu

Tuesday, January 14, 2014

Persediaan di awal kehamilan

Pada hari yang sama aku scan baby for the first time, terus aku tanye kawan-kawan, nak beli VITAMIN ape? nak beli susu ape? Malam tu jugak aku & suami keluar pegi cari Obimin dengan susu Anmum. Aku beli Obimin Pluz. Agak mahal sikit dengan Obimin biasa. Ade jugak aku google pasal Obimin Pluz ni, katenye dah diharamkan di Singapore dan boleh menyebabkan kanser. Tapi tak pasti tu cerita tahun bile. Aku check dengan doktor, doktor pun tak kate ape, diluluskan oleh KKM, maka aku percayalah dengan seadanya. Kadang2 lagi banyak kite membaca blog2 / artikel2 bebas ni, macam2 bende yang tak boleh, bahaya, end up tak jadi plak nnti. Ade pulak makcik2 yang kate, jgn makan vitamin2 ni nanti anak membesar dalam perut. Tu pun satu mengarut jugak. Kalau anak cepat besar, baik aku terus telan sebotol sehari, boleh terus beranak..hihihi.. Vitamin ni bagi aku bagus untuk ibu mengandung sebab, apa yang kite makan selalu tak cukup khasiatnye. Sebagai makanan tambahan, cukuplah vitamin2 yang diperlukan oleh mak dan bayi. Kebetulan kat rumah aku ade pil minyak ikan Scott's, vitamin C Shaklee (Sustained Release Vita-C Plus) dan lebih2 acid folic yang doktor bagi. So aku makan je semua. Saje nak habiskan stok.


Pastu kami beli SUSU Anmum pulak. Ade perisa coklat dan mangga. Tak pasti nak pilih ape. Katenye kalau perisa mangga khas untuk orang yg cepat mual. Tp mcm pelik je susu mangga. Last2 aku beli perisa coklat. Sedap! kalau minum tutup hidung la..hihihi.. bau susu die sangat kuat. Kalau tak kuatkan semangat mmg nak termuntah. Tapi demi anakku yang tersayang aku gigihkan minum. Aku beli 2 kotak besar, cukup minum untuk sebulan. Coklat aku penah beli, mangga pun aku telan jugak.


Setakat ni, dalam sehari skali je la aku muntah. Tu pun kadang2 kalau perut penuh. Aku tak suke sangat ikutkan perasaan nak muntah. Takut dehydrated dan xelok untuk usus. Bile pening2 je, aku bawak2 baring ataupun makan asam sikit2. Asam pun aku xslalu sangat makan sbb asam jeruk ni banyak pewarna dan pengawet. Waaahh.. Sungguh healthy conscious aku sekarang!


Beberapa minggu yang lepas, kami pegi Empire Shopping Gallery, makan2 kat situ. On the way balik, suami singgah kedai newpaper skejap. Aku pelik kenape die kedai newspaper? Nak beli newspaper, dah petang sangat dah. Rupa-rupanya die beli Majalah Pa&Ma.. Aku sendiri pun tak terfikir nak beli majalah atau apa2 BAHAN BACAAN berkenaan dengan pregnancy nih. Sebab aku fikir, setakat dalam blog, website, artikel dalam internet sudah memadai. Tapi bile aku baca majalah tu, aku rase berguna jugak. Kebetulan plak isu bulan ni banyak cerita pasal awal2 kehamilan, persediaan kehamilan, masalah menyusukan bayi dan banyak lagi. Paling best, ruangan FB/Twitter yang ibu2 semua kongsi pengalaman/masalah diorg. Terima Kasihlah kepada suami sbb belikan buku nih. Padahal, bini die buat tak kisah pun nak beli ke tak..huhu..

SENAMAN HARIAN aku, aku teruskan seperti biase. Cume kurang heavy lifting. Pilates, yoga dan main ping pong mmg hobi aku. Mule2 stop tp dah lame2 ketagih plak nak main lg. So sekarang ni masih lg main ping pong. Ade juga aku bace, mase mengandung ni bagus juga kalau bersukan. Tambah stamina dan tenaga. Tapi kalau sesetengah wanita yg mengalami masalah rahim tak kuat, mmg tak digalakkan la terlalu aktif. Berisiko tinggi.

Kalau nak tau tips untuk bersenam bagi ibu mengandung, boleh tengok - 


Baru2 ni office ade buat fire drill. Diorg semua dah bgtau awal2, untuk ibu2 mengandung dan OKU boleh turun pakai lif kecemasan. Yang lain2 turun tangga mcm biase. Tapi ade decide nak turun tangga je dari tingkat 5. Alhamdulillah semua ok je. Ade jugak pengalaman officemate aku yang terpakse naik tangga kat quarters die 17 tingkat! See.. It's all about courage and stamina. Insya Allah, bile kite kekal aktif, pasti rahim kite pun kuat, bayi dalam kandungan pun aktif. Kalau tak percaya, kite boleh tengok kebanyakan ibu2 yang hamil selepas ade anak2 kecik. Bertenaga tak diorang? Kadang2 bile aku lemah semacam, satu benda pun tak larat nak buat tp bile fikir2 kawan2 yang mengandung dan terpakse jugak uruskan anak2 dan suami mmg menaikkan semangat aku supaya tak nak malas2. Huhu.. (Tapi aku selalu gak tido..hihi)

Muke ceria lepas turun tangga

Real sungguh fire drill nye.. seronok tengok bomba datang


Buat masa ni, aku ade masalah tang PAKAIAN. Sekarang hampir masuk 3 bulan mengandung, baju2 semua masih lagi muat. Cume aku selalu rase lemas pakai jeans dan baju kurung (especially tang kain). Mcm tak boleh bernafas pun ade. Koleksi baju long dress pun tak banyak. Nak beli baju mengandung, awal sangat plak. Nasib baik mak aku ade beli 3 pasang baju long dress untuk pakai kat rumah. At least selesa sikit. Kalau tak, mula la rase lemas, pening, nak muntah, sakit perut, semua laa.. Selalu kawan2 kate, pregnant anak pertama, perut tak nampak sangat. So rase senang la tak perlu beli baju mengandung awal2 ni. Tapi kalau dok pakai baju kurung selalu kang orang kate aku boroi plak..hihihi..

Selain tu, aku semenangnye gile minum COFFEE. Favourite aku minum Nescafe kat rumah dan kalau kat luar, aku suke minum Starbucks. Walaupun sesetengah orang kate orang mengandung boleh ambil caffeine tp dengan sukatan yang sedikit dalam satu hari, tapi aku terpakse berpuasa dengan coffee kesayangan aku. Kadang2 aku suke minum air berkarbonat. Especially bile mual2. Tapi tak elok sebenarnye sbb kandungan gula yang tinggi. Setiap kali aku meroyan nak minum coffee/coke, suami akan cakap, "sayang kat baby kan.. sabar sekejaaap je..". Paling teruk pun, aku akan minum jus buah campur dengan soda. Sekurang2nya, tak manis. Cume ade gas jela..hihi.. (kemaruk nak minum air gas gak).

Masa mula2 pregnant, aku ade masalah SEMBELIT yang tak pernah aku alami. Sampai tahap mcm nak menangis pun ade ms dalam toilet..huhu. Untuk elakkan sembelit, aku selalu banyakkan makan buah-buahan (kebanyakan aku makan pisang), minum air banyak2 dan amalkan makan buah-buahan sebelum makan makanan berat. Kate abah aku untuk melincirkan usus kite (sebelum makanan masuk) dan memudahkan proses penghadaman.

Setiap kali bile aku lemah, mabuk, tak larat, aku muhasabah diri balik.. Kate doktor, itu ciri-ciri orang yg mengandung. Sesetengah orang, ade juga yg lansung tidak mengalami loya & mual tp selalu bleeding. Lain orang, lain dugaannya. So, mommy..kuatkan semangat and enjoy every second of it!!

Monday, January 13, 2014

I am pregnant! Like seriously pregnant with a baby!

Assalamualaikum semua dan selamat datang ke blog saya yang bertemakan kehidupan saya yang baru. Blog diberi nama NotreNoisette membawa maksud ~ Our Hazel. Tiada sebab yang specific mengapa ianya hazel, hanya kerana aku suka hazel. Siapa yang tak suka hazel kan?

Tahun 2013 genaplah 6 tahun aku dan suami mendirikan rumahtangga. Pelbagai cabaran yang telah kami harungi. Baru je kahwin, kami terpaksa plak berjauhan sebab suami ditugaskan di Muar, Johor. Manakala aku plak stay kerja di Puchong. Sebelum kahwin, kami dah pun beli rumah dan merancang untuk ada baby secepat mungkin. Tapi apakan daya, suami pulak tinggal berjauhan membuatkan kami suami isteri menangguhkan dahulu rancangan kami dgn mengamalkan perancangan keluarga secara semulajadi. Lepas tu timbul plak hobi baru kami iaitu ~ travel. Bile dah gile travel, mmg lansung tak ingat dunia dah. hihi.. Sudi2 jenguk travelblog kami untuk pengalaman dan tips-tips travel ~ TRAVEL MANIAC

Kami memang gile travel sampai hala tuju life kitorang pun dah lain. Takde pening2 kepala nak fikir pasal baby. Orang sekeliling plak yang pening kepala fikirkan masalah yang tak berape nk jadi masalah tu. Biasalah makcik2, orang2 conservative. Dah kahwin, mesti nak ade anak. Kalau tak de anak, disuruh buat itu ini, makan itu ini, jumpe doktor itu ini.. Last2 kami jawab : kami belum merancang untuk ade anak buat masa ini. Terus diam. Nasib baiklah family kami memahami. Ini zaman modenkan. Terpulanglah kepada pasangan suami isteri tu nak menentukan kehidupan mereka.

Baru-baru ni suami sambung belajar dan dia ajak aku sambung belajar sama-sama. Aku kurang bersetuju sbb takut kalau kami dah ade anak nanti, kami susah nak menumpukan perhatian untuk penjagaan anak. Sekurang-kurangnya, biarlah salah seorang je yang sambung belajar. Chewah.. alasan nak best.. ke malas bace buku? hahahaha

Dalam tahun 2013, kami suami isteri ade lah cakap2, nak ade baby tak? Tapi kami masih tak usaha ape2 pun. Main cakap2 je.. Masa tu dah rase dah puas travel, wishlist pun hampir semua tercapai..Alhamdulillah, sepanjang kami bersama, lebih dari 20 negara kami dah travel. Perancangan bagi travel untuk tahun 2014 plak masih tinggal rancangan je. Selalunye, kalau tahun depan nak travel, tahun ni dah sibuk booking itu ini. Tapi tidak pada kali ini. Tak tau kenape. Jeng..jeng..jeng..

Aku masih ingat yang aku datang period mase holiday sempena birthday aku di Pulau Perhentian (hujung Oktober). Kire, balun jugaklah.. aktiviti snorkeling semua.. Lepas tu, aku tak period mase hujung bulan November. Awal Disember 2013, kami pegi holiday di Penang sempena wedding anniversary. Mase tu agak frust lah sbb assume mase tu akan period. (Bajet nak honeymoon.. ;p) Tapi masih tak period. Aku dan suami buat rilek je, sbb rase macam biase2, mungkin lewat period kot. Dalam hati, berkate jugak, kdg2 lewat jugak tp tak pernah lewat mcm ni.

Baru-baru ni kami ke Tokyo, Japan (Pertengahan Disember 2013). Konon2nye nak pegi Tokyo tahun 2014. Tapi tukar rancangan pergi tahun 2013, sbb niat nak bawak adik bongsu aku jalan2. Pagi2 mase di airport LCCT, aku rase mcm loya2, muntah plak kat toilet sbb tak tahan. Aku & suami pun tak syak ape2 sbb aku memang jenis cepat mabuk lepas naik kereta/teksi/bas. Sepanjang aku kat Tokyo, tenaga aku seperti biase, jalan sana sini, bawak backpack yang bapak berat nye.. Lepas tu mase main salji dekat dgn Gunung Fuji, boleh plak aku tergelincir, jatuh terduduk atas ais. Ketawa sakan! Dalam flight balik dari Tokyo, tengah2 malam dlm pukul 2-3 pagi, boleh plak aku tetibe terjaga nak termuntah. Terus muntah dlm paperbag. Gile mabuk aku nih.

Bile start kerja lepas balik dari Tokyo, aku dah rase lain macam. Petang tu jugak mintak suami belikan pregnancy test. Terus try on the spot. Tak sampai 5 saat, terus naik 2 garisan pink! Aku tergamam. Senyap terus. Tunjuk kat suami, suami pun kate, erk..biar betul?? Bile?? Kat mane?? Bagaimana?? lol.. Aku terus whatsapp officemate aku, tanye ~ ape ni??!! Officemate dah terlebih excited, tp aku masih tak percaya..

Pandai plak husband aku cari pregnancy test eh..hihi

Jelas dan terang. Tapi kami masih ragu-ragu

Tanpa tunggu lama2 lepas Isya' terus kami pegi klinik. Kate orang, kalau urine pregnancy test (UPT) resultnye positive tak semestinya pregnant. Boleh jadi juga ade masalah cyst. Nauzubillah, mintak dijauhkan.. Di klinik sekali lagi doktor mintak aku buat UPT. Tak yah tunggu lame, nurse dah jerit kat belakang "Positif doktor!!". Doktor tu kire2 lebih kurang 8 minggu usia kandungan aku. Aku tanye lagi doktor tu, ade kemungkinan ke positif sebab cyst? Terus doktor tu marah aku..hahahaha.. "Kenape nak fikir yang you ade cyst? Dah test positif, that means you pregnant la!" Kene plak sedas dengan doktor lelaki india ni.. padan muke aku.

Balik rumah, dan-danlah suami aku hantar kat lobi. Selalu sama2 jalan kaki dari parking. Chewah... Katenye "kan you mengandung...kesian kat you..". hihihi.. Kebetulan plak mak abah aku datang rumah sekejap nak lepak2, rase tak sabar2 nak cerita kat mak abah tentang berita gembira ni walaupun dalam hati masih ade perasaan ragu2 memandangkan doktor tu just buat UPT je. Tak scan pun. Suami aku dah warning awal2 biar dia yang bagitau good news tu. Aku diam2 je.. Malam tu lepas dinner, pandai lah suami aku mengayat bgtau good news kat mak abah aku. Menjerit2 keseronokan mak aku. Excited gile! Aku plak makin gelisah. Aku siap cakap dengan mak "mak jangan cerita kat siape2 lagi tau.. please.. janji! Tunggu kakyong pegi check dgn gyne dan scan sekali. Lepas tu mak nak cerita satu kampung, mak ceritalah..".

Esoknye tu mmg tak sabar nak pegi Klinik An-Nur, Presit 15. Tengah tunggu que call je dari officemate, sama ada doktor available atau tak dan boleh check untuk pregnancy atau tak. Dalam pukul 10 officemate aku kate, doktor kate boleh datang sekarang. Kebetulan plak officemate aku hantar anak ke klinik. Aku terus ke klinik. Tengah tunggu dalam klinik tu, mulut aku tak henti2 selawat, tenangkan hati sbb sangat2 nervous. Masuk2 jumpe doktor je, aku bagitau yang aku dah buat UPT dua kali positif, tapi doktor semalam tak scan.  Lepas tu doktor tu terus scan perut aku. Terus nampak bende bulat. Aku tak faham. Doktor pun cakap "ha... tu ade kantung, ade bende kecik dalam tu.. betul la you pregnant. I tengok, takde pun cyst. Semua ok..!" Terus aku menangis depan doktor tu, mengucapkan syukur sangat2..huhu.. Doktor suruh aku tengok heartbeat die. Halus je.. blinking. Tu la heartbeat die. Seronok gile aku, tak terungkap dengan kate2. Selain tu, doktor ade pesan, jangan buat kerja berat2. Nanti lagi 3 minggu boleh datang lagi utk scan. Next month dah boleh buku (pregnancy check up). Termasuk scan dan doktor tu bagi acid folic, caj bil RM65. I'm superhappy!! Tersengih pegi parking kete sambil dok tengok gambar scan baby.



Dalam kereta, tak menyempat terus call suami, menangis2 menyampaikan berita gembira..huhu.. Sampai office plak kawan tak putus2 ucap tahniah. Sekali lagi ku tangisi kegembiraan ini.. Subhanallah..

Seperti biasa, balik umah tampal kat fridge
Ramai jugak yang message dalam Facebook, whatsapp tanye apa rahsia kami. Ade jumpe mane2 pakar perubatan kesuburan ke, ade buat apa2 procedure ke, makan ape2 suppliment ke? Hihihi.. Aku jawab simple je.. pada mulanye kami masih merancang. Tp tak sangka plak tetibe mengandung. Kite hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Allah juga sebaik-baik perancang. Mungkin sekarang memang dah masenye kot. Mungkin sebelum ni kami belum cukup matang dan terlalu muda. Asyik nak enjoy je kejenye. Kesian pada kawan2 yang mintak tips sbb aku tak boleh bagi tips! Anak terpijak la katekan.hahaha (orang kate duit terpijak kan..)