Check up kali ni appointment pagi plak sbb petang dah penuh. Aku dan suami ambil cuti sbb malas nak masuk office balik lepas check up. Setiap kali nak pegi check mesti nervous & excited. Siap plan nak pakai baju ape, sebelum check up nak makan sedap2 dengan harapan baby bergerak aktif mase kite skodeng die..hihi.. Pagi tu kami breakfast di kedai mamak. Makan roti bom & kueh pulut panggang. Sambil2 tu siap bawak bekal air masak. Kot jadi macam aritu, tak boleh nak buang air kecik ms urine test. hihihi.. Lepas tu terus ke hospital.
Masuk2 bilik doktor, terus baring. Doktor tegur perut aku ade mcm ruam2 kecik. Aku jawab ruam ni ada sejak letak cocoa butter cream. Doktor diam je, tak kate ape2. Mungkin normal kot. huhu.. Malas nak runsing2kan kepala. Masa scan, alhamdulillah baby sihat, aktif. Kaki sampai naik ke kepala.. amboi.. amboi.. Doktor nak ukur2 pun susah sbb asyik bergerak. Doktor kate, bagus bile selalu aktif. Maksudnye die sihat. Nothing much.. sbb semua ok. Sampai tahap aku pun boring dah..hihi.. Berat aku naik 2.5 Kg. Kene control lagi berat aku ni. Kate doktor, make sure throughout pregnancy jgn lebih 15 Kg. Selain tu, doktor cakap, sekarang dah boleh buat detailed scan. Boleh buat appointment untuk tarikh 15 April. Aku dan suami ok je. Mmg nak buat pun. Walaupun sesetengah orang tak buat kerana takde keperluan, tapi lagi bagus kalau buat untuk pastikan semua ok dan kalau ade ape2 masalah, buat kite boleh tau awal2 dan buat ape2 persediaan untuk sebarang kemungkinan.
Selain tu, aku just share dgn doktor sebelum ni susah nak buang air besar dan kekadang meneran sampai sakit bahagian vagina sbb die mengembang. Doktor pesan, make sure banyakkan makanan yang mengandungi fiber & banyakkan minum air masak supaya senang nak buang air. Pemakanan yg sihat kene selalu amalkan sbb nanti dah bersalin lagi kite kene pantang makan. Lately aku selalu sakit belakang setiap kali duduk lame. Doktor pun kate tu normal. Cume kene amalkan cara duduk & berdiri yg betul. Aku mmg selalu tak selesa bile duduk lame. Walaupun pakai back support. Mungkin cara duduk salah kot. Tp bile aku berdiri lama, bersukan mmg tak de masalah. Duduk je azab..
Nampak tak angry bird baby? hihi.. He's adorable!!! |
Sebelum balik tu, aku tanye doktor bile diorg nak buat antenatal class lagi? Doktor ajak kami join program die dgn hospital "Gorgeous Pregnancy Glow" yang bertempat di Empire Hotel Subang. Doktor kate, kali ni kite boleh makan best sikit..hihi.. Selalunye buat kat hospital je. Actually kami prefer buat kat hospital walaupun mahal sikit (RM80.00/couple) sbb nnti boleh melawat labour room & bilik pesakit. Lepas fikir2, kami decide nak pegi di Empire Hotel Subang jela.
![]() |
Selain tu, ade juga antenal class di cawangan Seremban. Ingat nak balik kampung, sambil2 tu pegi antenatal class. Tapi tarikhnye pada minggu husband ade kelas plak esoknya. Malas nak ulang alik. |
![]() |
Selain Seremban, di Setapak pun ade jugak |
Lepas check up, pegi makan.. tak hengat.. |
No comments:
Post a Comment